Bagi korang yang belum pernah memancing dan bercadang untuk memancing di Pulau Jerejak, di sini kami belanja sedikit tip keselamatan sepanjang masa korang memancing di pulau tersebut.
Bawa peralatan kecemasan
Malang sememangnya tidak berbau. Oleh yang demikian bawalah peralatan kecemasan seperti ubat-ubatan yang penting. Memadai salah seorang daripada grup korang yang membawanya jika korang tidak dapat berbuat demikian.
Alas kaki sesuai
Pastikan alat kaki sama ada kasut atau sandal yang korang gunakan bersesuaian dengan geografi lokasi. Jika kurang sesuai pun jangan pula berkaki ayam.
Ads
Barang berharga
Simpan barang berharga jauh dari kawasan hutan bagi mengelakkan diambil oleh kera. Tentu korang tidak ingin melihat handphone atau kunci rumah dibawa oleh kera ke dalam hutan.
Makanan secukupnya
Bawalah makanan dan minuman yang secukupnya. Yang paling penting adalah air minuman. Pastikan tidak hidrasi ketika memancing.
Ads
Kawasan bahaya
Jangan memancing di kawasan berbatu di tengah laut ketika air pasang besar. Atau dalam erti kata lain, sentiasalah perhatikan gerakan pasang surut air dan di mana lokasi korang berada ketika memancing.
Barang pancing
Pastikan joran anda diletakkan di kawasan yang kukuh dan sentiasa berada berhampiran joran. Jangan ambil mudah terhadap spesies yang ada di perairan Pulau Jerejak.
Ads
Adab
Sentiasalah menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang memancing di sini. Saling hormat menghormati itu amat penting diamalkan.
Keselamatan tambahan
Sentiasa memancing di dalam kumpulan yang ramai kerana pasti ada mata yang sentiasa memandang untuk menangguk di air keruh.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan pecah periuk amat jarang menjadi subjek sasaran namun ia boleh menyerikan suasana pancing anda jika ia sedia menyambut umpan yang dihulurkan di kawasan kediamannya.
Jika tidak percaya, cari objek hanyut bersaiz besar seperti seperdu pokok nipah, kesan kehadirannya kemudian pakai joran aksi sederhana 12-15Ib, cubalah bergasak dengannya. Jika objek yang besar tidak mustahil beratus-ratus ekor boleh dipancing satu persatu.
Kebiasaannya, ramai pemancing di sebelah pantai barat terutama sekitar Sungai Besar hinggalah ke Hutan Melintang di Perak membuat `ops sampah hanyut’ sewaktu air mati.
Kumpulan pemancing ini berlegar mencari pangkal nipah atau objek longgokan hanyut. Apabila bertemu sasaran, bot akan mendekati sampah kemudian hanyut bersama dan pada
masa yang sama pemancing mula menhulurkan hirisan ikan pelaling/kembong dipadankan dengan mata kail no 1/0 atau 3/0 mengikut saiz ikan pecah periuk di situ.
Ada juga gemar mengikat mata kail terus ke tali utama tanpa mengunakan perambut. Pemberat tidak perlu apabila memancing ikan ‘sampah’ ini malah kili tidak digalakan kerana ia mempercepatkan umpan jatuh ke bawah.
Pergerakan hirisan umpan ikan mestilah perlahan melalui bawah objek timbul dan ikan di bawah biasanya menyambar semasa ia tenggelam.
Biarkan ia melarikan tangsi seketika sebelum menyentap balas. Jangan membalas ketika ikan ini sedang menggonggong umpan jika tidak mahu terlucut mata kail ataupun mata kail terpelanting semula ke arah tuannya maupun sahabat karib sebelah.
Peralatan Dan Umpan
Jikan ingin mencari keseronokan, gunakan seringan mana peralatan yang anda ada, jika tidak memadai dengan kombinasi peralatan 10lb hingga 25lb.
Mata kail diikat terus ke tali utama jika tali utama melebihi 20lb dan gunakan perambut pendek jika tali kurang dari saiz tersebut.
Kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah digunakan umtuk mencampakkkan umpan tanpa pemberat berhampiran longgokan objek timbul.
Sistem tegangan perlu disetkan mengikut saiz tali dan pastikan jangan diketat habis jika tidak mahu tali putus ketika sentapan balas.
Ikat baru mata kail atau tukar perambut selepas memperolehi 3 hingga 5 ekor ikan kerana tali pada bahagian depan dan ikatan mata kail pastinya calar bergeser dengan gigi pecah periuk.
Umpan yang biasa digunakan ialah hirisan ikan mati seperti lumrahnya pelaling, kembong, selar, tongkol serta udang (buang kulit tak apa).
Kalau bersaiz besar, setakat seekor anak selar maupun selayang tiada masalah bagi pemburu ini menelan mangsanya.
ΩPenggunaan Rod yang sesuai adalah dari 12kaki ke atas. Tujuan penggunaan rod surfcast bersaiz 12kaki ke atas adalah spot balingan dan jatuhan Jaring Ketam Drone yang agak jauh dari pantai.
Sebaik-baiknya jika di pantai terdapat jeti atau batu-batu pemecah ombak, ia memberikan advantage bagi para pemancing ketam untuk membuat lontaran lebih jauh dari kawasan pantai dan berpotensi untuk mendapatkan ketam yang lebih bersaiz besar dan banyak.
ΩBagi pemancing di atas rumah rakit, kelong atau jeti, pilihan rod terpulang kepada pemancing sama ada mahu menggunakan rod surfcast 12 hingga 15 kaki atau rod bersaiz 6 hingga 10 kaki (mengikut kesesuaian tempat).
ΩSebaiknya survey dahulu jadual air kecil atau jadual air pasang berarus perlahan kerana jaring Ketam Drone ini disebabkan apabila jaring berada di dalam dasar air masin ia akan mengembang dengan baik.
ΩAir pasang besar amat tidak sesuai digunakan semasa berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti kerana arus air yang kuat serta laju akan menghanyutkan jaring tersebut biar pun
batu ladung yang besar digunakan sebagai pemberat namun akan menyebabkan jaring tidak betul-betul berada di dasar air laut.
ΩSaiz batu ladung yang disyorkan bagi pemancing di pantai adalah bersaiz 6 begitu juga jika berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti bergantung pada arus air.
ΩUmpan yang disyorkan adalah ikan sardin atau Selayang. Umpan tersebut tidak semestinya segar sebaiknya pilihlah ikan yang agak lama sedikit atau mendapati perutnya
hampir pecah ini kerana ketam amat tertarik pada umpan yang agak lama dan sedikit berbau hanyir ikan dan saiznya tidak perlu terlalu besar.
Selain itu umpan kulit ayam juga boleh digunakan untuk memancing ketam.
ΩSemasa umpan mula dikutis oleh ketam, di hujung rod akan berlaku sedikit pergerakan naik dan turun (terhangguk-hangguk) seperti memancing udang galah.
Perkara utama sebelum mula menarik jaring dari dasar, biarkan dahulu jaring tersebut dikutis ketam selama 4 ke 5 minit tujuannya adalah bagi memastikan ketam telah mula
terperangkap di jaring dan jika anda menariknya dengan cepat, besar kemungkinan ketam tersebut boleh terlepas dari perangkap jaring.
ΩDrag spinning reel haruslah dalam keadaan sedikit longgar, ini kerana jaring tersebut bila-bila masa sahaja ikan akan masuk perangkap jaring, dibimbangi ikan besar yang masuk perangkap Jaring Ketam Drone.
Jadi sentiasa berhati-hati jika drag spinning reel terlalu ketat peratusan rod terbang masuk ke dalam air.
ΩUmpan harus dipantau selalu, andai terlalu lama umpan didalam air kemungkinan besar umpan hanya tinggal tulang sahaja dan jangan sama sekali memancing ketam di kawasan
berbatu kerana jaring ini mudah sangkut pada batu-batu karang di dalam laut dan juga bahaya pada keselamatan diri anda.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Boleh dikatakan semua ikan memiliki sisik sama ada di air tawar mahupun air masin. Dalam siri ini kami nak ketengahkan spesies ikan bersisik air masin gred tinggi yang menjadi buruan ramai pemancing serata negeri.
KERTANG
Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang
Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan. Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa. Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.
Umpan: Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak.
KERAPU BORON
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama umum: Malabar grouper
Nama tempatan: Kerapu / boron / tong gas
Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.
Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya.
KERAPU BARA
Nama Saintifik: Epinephelus retouti
Nama umum: Red-tipped grouper
Nama tempatan: Kerapu bara
Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut. idak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.
Umpan: Umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.
KERAPU PISANG
Nama Saintifik : Plectropomus pessuliferus
Nama umum : Roving coralgrouper
Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh
Ikan kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi di kalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang.
Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi.
LOLONG BARA
Nama Saintifik: Priacanthus tayenus
Nama umum: Purple spotted bigeye
Nama Tempatan: Lolong bara
Kebanyakan ahli keluarga ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di lautan India dan Pasifik, tetapi empat spesies (Cookeolus japonicus, Heteropriacanthus cruentatus, Priacanthus arenatus, dan Pristigenys alta) dijumpai di Atlantik.
Mereka cenderung hidup berhampiran dengan gugur atau terumbu karang, walaupun sedikit diketahui mendiami perairan terbuka.
Umpan: Ia memakan apa sahaja umpan untuk pancingan ikan dasar seperti merah atau kerapu.
IBU GELAMA
Nama saintifik: Argyrosomus japonicus
Nama umum: Mulloway, Jewfish, Kingfish
Nama tempatan: Ibu gelama, temerih
Ibu gelama dianggap sebagai spesies buruan paling atas masa kini. Ia berikutan bukan sahaja kerana kesukaran untuk memperolehinya, bahkan disebabkan tahap kekuatan pertarungannya yang luar biasa berbanding spesies.
Ibu gelama adalah ikan besar berbentuk menirus. Memiliki kepala berwarna tembaga dan keperakan dengan permukaan belakang badan berwarna keunguan-hijau dan perut berwarna pucat. Ia memiliki dengan deretan bintik-bintik putih khas yang membentang di sepanjang garis lateral. Sirip kaudal bersudut pada juvenil tetapi menjadi lebih bulat pada spesimen dewasa.
Umpan: Biasanya dipancing dengan berumpankan ikan, udang atau sotong.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...