Tip & trik memancing di benteng pemecah ombak!!

Share

 

Untuk pancingan batu di muara, peralatan pancingan yang digunakan mestilah sesuai. Panjang joran yang hendak digunakan hendaklah 7 kaki ke atas berkekuatan sederhana. Joran fast taper disyorkan kerana ia dapat menyawal larian ikan dengan cepat.

 

Penggunaan hujung joran yang memberikan tindak balas cepat ketika kita menyentap memberi kelebihan kepada kita.

Hujung joran yang terlalu lembut akan menyebabkan ikan mudah menyelitkan diri di celah batu dan akhirnya putus.

 

 

 

Pemilihan tali juga amat penting dan mestilah sesuai dengan joran dan kekili yang digunakan.

Minimum kekuatan yang digunakan haruslah tidak kurang dari 15lb. Kekuatan tersebut sudah memadai dengan saiz dan kekuatan ikan biasa diperolehi.

 

Kekili yang digunakan juga tidak perlu besar kerana kekuatan tarikan ikan di celah batu boleh dikawal dan banyak bergantung kepada kekuatan tali dan joran, yang sesuai

digunakan mestilah yang tahan lasak kerana berkemungkinan untuk mendapatkan ikan bersaiz yang tidak dijangka boleh berlaku.

 

 

umpan

Boleh dikatakan semua jenis umpan semulajadi berkesan ketika menggunakan cara ini. Lain tempat mungkin lain umpan yang digunakan bergantung kepada diet ikan di situ.

Umpan ikan lebih sesuai digunakan kerana bau yang dikeluarkan, cukup menyelerakan bagi si ikan.

 

Umpan seperti kembung, tamban, bilis dan udang adalah yang paling popular. Kadang-kadang ada juga yang nak menggunakan umpan sotong.

Umpan hendaklah dipotong kecil-kecil sebelum digunakan kecuali bilis. Mata kail yang disyorkan ialah bersaiz 1/0. Perambut tidak diperlukan kerana kail perlu diikat terus pada tali utama (mono).

 

Cara pancing

Ada du acara yang sering digunakan. Pertama ialah mencari lubang di celah-celah batu dan biarkan umpan tenggelam seketika.

Anda juga boleh mengunjun supaya umpan kelihatan seperti bergerak. Cara ini lebih mudah menarik perhatian ikan untuk menyambar. Jika tidak ada sambutan, cari lubang yang lain.

 

Keduanya ialah berdiri di gigi air dan mencampakkan umpan ke hulu dan biarkan hanyut. Seboleh-bolehnya ukuran tali yang dilepaskan hendaklah sama panjang dengan joran atau lebih sedikit.

 

Ukuran ini perlu diambil kira kerana umpan dicampak tidak jauh dari tempat kita berdiri. Paling penting ialah apabila umpan tersangkut pada batu, ia mudah untuk dilepaskan. Seperti mana cara yang pertama, cara ini juga memerlukan banyak pergerakan.

 

 

 

Cara pertama sesuai digunakan ketika air pasang kerana batu-batu yang tenggelam akan didatangi ikan untuk mencari makan.

Cara yang kedua pula sesuai digunakan ketika air menyonsong pasang atau surut kerana aliran air membantu menghanyutkan umpan.

 

Namun, kedua-duanya boleh dipraktikkan sepanjang anda berada di situ. Kesimpulannya jika anda terjumpa muara atau benteng pemecah ombak, cubalah guna cara ini.

 

 

baca spesies ikan surfcasting

 

Tambahan:

Teliti jadual air pasang surut kerana ia membawa ikan masuk dan keluar. Pancingan muara berbatu akan berjaya pada masa bulan besar kerana ikan rapat ke tebing.

 

Ragutan ikan bukan sepanjang masa. Dalam sehari, waktu keemas an ikan menyambar umpan dua kali sahaja iaitu apabila air pasang penuh.

Tentukan kita sampai pada waktu yang tepat untuk mengelakkan dari memancing pada waktu air surut. Inilah waktu untuk tidur atau mengisi perut.

 

 

 

Bawa pelbagai jenis umpan kerana kita tidak tahu keinginan ikan untuk hari itu.

Sumber: Che Hasruddin

 

 

Published by
Amang