Selain teknik dasar atau bottom fishing, ikan ruby snapper juga boleh dipancing dengan aplikasi jigging atau lebih tepat lagi menerusi teknik jigging perlahan.
Malah melalui teknik jigging inilah, spesies dasar ini menjadi popular dalam masa singkat dan hampir semua pemancing mahu mencubanya.
Dengan kaedah ini pemancing harus menggunakan metal jig yang berukuran besar antara 300 gram hingga 600 gm.
Mengunjun jig seberat 300 gm di padang pancing kedalaman 200 hingga 400 meter bukanlah satu usaha yang ringan. Belanja peralatan untuk jigging ruby snapper juga bukan kecil.
Ads
Tapi saat kita berhasil strike, kepuasannya akan sangat luar biasa, itulah salah satu sensasi memancing dengan teknik jigging.
Sensasi ini bermula saat kita menurunkan metal jig, pastikan jig kita sampai menyentuh dasar karang, kemudian karau atau pitch dengan berlahan karena ikan ruby pergerakannya
sangat lambat saat menyambar umpan, dibandingkan dengan jenis amberjack atau dogtooth.
Ads
Kemudian (setelah karau perlahan) dengan anggaran metal jig sampai pada kedalaman 10 meter atau 20 meter dari dasar laut, kemudian kita turunkan kembali dan begitu seterusnya, sampai kita berhasil mendapatkan sambaran.
Ads
Ketika slow jigging masih baru diperkenalkan, jigging ruby snapper ini dianggap satu aplikasi membunuh diri.
Memadai memperoleh seekor sahaja ruby walaupun berskala saiz 2-3 kg sahaja pun, ia memerah kudrat dan keringat untuk mengepamnya ke permukaan dari kedalaman 200 meter.
Hari ini, dengan peralatan pancing yang semakin efisien untuk jigging laut dalam seperti memburu ruby snapper ini, sensasi yang dirasai dan kepuasan amat sangat setelah
mendakap ruby snapper itu membuatkan aplikasi jigging ruby snapper ini menjadi fenomena besar dalam industri perikanan rekreasi tanah air.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Peredaran bulan bertanggungjawab ke atas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air laut.
Perubahan ini adalah faktor utama yang akan jadi penentu kejayaan pancingan pemancing terdahulu hinggalah sekarang.
Tarikh yang digunakan dalam jadual ini ini adalah dirujuk kepada kalendar Islam atau Hijrah dan Kalendar Cina. Ini disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan.
Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda.
(TARIKH – AIR – ARUS – LOKASI SESUAI – SAIZ IKAN – UMPAN)
1 – sangat besar – sangat laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun,udang,ikan potong
2 – besar – laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun,udang,ikan potong
3 – sederhana – ideal – tepian pantai – semua saiz – umpun,udang,ikan potong
4 – perlahan – cantik – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup,ikan potong
5 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup,ikan potong
6 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup,ikan potong
7 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup,ikan potong
8 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup,ikan potong
9 – perlahan – cantik – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup,umpun,ikan potong
10 – sederhana – cantik – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup,umpun,ikan potong
11 – Sederhana besar – cantik – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup, umpun, ikan potong
12 – sederhana besar – ideal – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun,udang, ikan potong
13 – besar – laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun,udang, ikan potong
14 – besar – laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
15 – sangat besar – sangat laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
16 – sangat besar – sangat laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
17 – sederhana besar – ideal – semua lokasi – besar & sederhana – umpun, umpan hidup, ikan potong
18 – perlahan – cantik – semua lokasi – besar & sederhana – umpun, umpan hidup, ikan potong
19 – perlahan – cantik – semua lokasi – besar & sederhana – umpun, umpan hidup, ikan potong
20 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup, ikan potong
21 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup, ikan potong
22 – mati – pasif – laut dalam – besar & sederhana – umpan hidup, ikan potong
23 – Perlahan – cantik – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup, ikan potong
24 – Perlahan – cantik – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup, ikan potong
25 – sederhana besar – ideal – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup, ikan potong
26 – sederhana besar – ideal – semua lokasi – semua saiz – umpan hidup, ikan potong
27 – besar – laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
28 – besar – laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
29 – sangat besar – sangat laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
30 – sangat besar – sangat laju – tepian pantai – kecil & sederhana – umpun, udang, ikan potong
Kebanyakan kolam memancing hari ini mengamalkan konsep pancingan tangkap dan lepas. Tidak kiralah kolam pancingan air masin mahupun air tawar.
Memandangkan ia konsep tangkap dan lepas maka proses pengendalian ikan amatlah penting bagi menjamin tahap survival ikan berpanjangan agar ia terus boleh dipancing lagi, lagi dan lagi…
Tatacara Mendaratkan Ikan
Boleh
Gunalah tangguk yang disediakan oleh pihak. Jika tangguk tidak disediakan maka gunalah tangguk sendiri untuk mendaratkan hasil tangkapan tanpa mengira saiznya.
Tak Boleh
Jangan sesekali menggunakan lip grip atau pencangkuk mulut ikan. Perbuatan ini bukan saja boleh mencederakan mulut ikan malah turut menjejaskan struktur tulang belakangnya. Terutamanya ikan yang bersaiz besar.
Boleh
Jika ketiadaan alat mendaratkan ikan, cubalah untuk mendaratkan ikan dengan memegang bahagian ekornya. Atau dengan memasukkan tangan ke bahagian bawah pipinya. Namun tindakan ini perlu berhati-hati agar tidak mencederakan bahagian insangnya.
Tak Boleh
Elakkan juga melakukan jerk iaitu mengangkat ikan keluar dari air dengan menggunakan kuasa joran dan tali pancing walaupun memiliki set pancing yang sangat berkuasa.
Tatacara menanggalkan mata kail
Boleh
Gunalah playar atau alat khas menanggalkan mata kail (hook remover) untuk mengeluarkan mata kail yang tertancap pada mulut atau badan ikan.
Tak Boleh
Elakkan dari menanggalkannya hanya menggunakan tangan sahaja. Sekiranya mata kail berada jauh di dalam mulut ikan, sebaiknya cakap dipaksa untuk menanggalkannya. Potong sahaja perambut kira-kira 5 cm yang terkeluar dari mulut ikan.
Tatacara bergambar dengan ikan
Boleh
Sekiranya ingin bergambar dengan hasil tangkapan, lakukanlah dengan tempoh yang segera. Sebaiknya biarkan ikan berada dalam keadaan tenang sebelum memegangnya. Peganglah bahagian ekor dengan kemas dan mengampu bahagian abdomennya untuk bergambar.
Tak Boleh
Jangan bersihkan badan ikan dengan mengelap kotoran atau lendir pada badan ikan. Lendir pada badan ikan adalah agen antibodi yang sangat penting pada kesihatan ikan. Jangan juga bergambar dengan cara menggantung ikan dengan menggunakan lip grip.
Tatacara melepaskan kembali tangkapan
Boleh
Jika perlu, berikan sedikit bantuan pernafasan jika ikan yang dilepaskan kembali dengan cara yang sempurna menunjukkan respon negatif untuk berenang dalam keadaan normal.
Tak Boleh
Jangan sesekali campak ikan ke kolam dengan cara melambungnya ke udara. Perbuatan ini samalah sebagaimana kita terjun ke kolam dengan cara mengembangkan badan.
Seawal pagi kami berempat memulakan perjalanan menuju ke arah 180 darjah sebaik sahaja keluar dari muara Pulau Pintu Gedung. Biasanya kami akan menempuh alun agak tinggi di muara Pintu Gedung selepas berlakunya angin barat.
Alun menjadi semakin rendah apabila mula memasuki kawasan selat air dalam di kawasan laluan kapal. Jika alun berterusan, batalkan sahaja rancangan kerana aktiviti menotok akan terbantut disebabkan suasana yang amat tidak selesa.
Perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit lagi untuk tiba di lokasi pertama. Kalau kekurangan umpan, boya merah terakhir di mana tempat kapal menukar haluan di hujung laluan masuk ke Pelabuhan Kelang boleh disinggahi untuk apollo anak-anak ikan.
Dari lokasi yang pertama kami akan berhanyut mencari lubuk didiami ikan dan ulang kembali di posisi sama sekiranya terdapat strike.
Jika tiada sambaran, sampan akan dibiarkan hanyut untuk tempoh masa tertentu sebelum berpindah ke lokasi berikutnya jika masih tiada sebarang sentapan.
Setibanya di lokasi, perkara pertama yang dilakukan ialah memerhatikan kapal dagang yang bertali arus. Hari itu saya memilih untuk memancing di Paloh 2 iaitu laluan kapal yang hanya melalui Selat Melaka tanpa singgah di Pelabuhan Kelang.
Paloh 3 pula ialah kawasan khas di mana kapal tangki dan kapal besar sahaja menggunakannya.
Saya memilih untuk berhanyut di celah antara laluan kapal di mana sebelah kanan ialah haluan yang menghala ke utara dan sebelah kiri haluan kapal yang menghala ke selatan.
Kawasan ini dikenal pasti sedikit selamat kerana kapal-kapal ini jarang menggunakan laluan tengah.
Cuma yang dibimbangi ialah sampan hanyut ke arah laluan khas untuk kapal. Setelah memastikan laluan selamat dan jauh dari kiri kanan laluan kapal, berulah peralatan digunakan.
Penggunaan kekili elektrik sangat efektif di kawasan ini kerana kedalaman air sekitar 60 meter ke atas. Kekili manual boleh digunakan sekirinya memiliki tenaga mengarau yang konsisten kerana ada ketikanya tali pancing perlu dikarau secepat mungkin apabila sampan disedari berada di haluan kapal.
Waktu ini, pasti hon kuat kedengaran dari kapal menandakan bot sudah hampir di haluannya.
Misi pertama ialah ikan demersal sebagai buruan utama seperti kerapu, jenahak, ibu gelama, gegerut dan kadangkala kaci serta tebal pipi. Perambut kekuatan 60 lb ke atas sepanjang 4 depa dengan tali utama 80 lb hingga 100 lb.
Ini berikutan jika tersangkut pada karang kebiasaannya perambut lebih kecil dari tali utama akan putus, dengan ini ladung terselamat daripada menjadi tukun.
Elakkan menggunakan kekili mendatar kerana ia lebih cepat meletihkan pemancing apabila disuruh karau setiap kali sampan ingin beredar ke lokasi lain.
Mata kail 5/0 jika mata tunggal atau 2 bentuk mata 3/0 digunakan mencangkuk seekor sotong kurita hidup.
Ladung biasanya saiz 24 agar ia terseret di dasar ketika berhanyut atau menotok. Kalau umpan hanyut jauh ke atas dari dasar peluang sentapan adalah tipis kecuali di kawasan yang adanya ikan pertengahan seperti GT, talang dan haruan tasik.
Jika sampan hanyut dengan melintang arus, 6 joran boleh dipasang sekali gus, jika ia hanyut senget memadai 3 joran sahaja.
Pastikan joran di belakang dihanyutkan jauh dari kedudukan pemancing kedua dan ketiga. Yang seronok menotok ialah cara sentapan dilakukan ikan. Oleh kerana umpan bergerak, ikan seperti marah dan menerkam dengan rakus.
Joran pula perlu dipastikan kuat dan diikat kemas pada sampan kerana banyak sentapan ikan adalah dengan mengejut. Beberapa kes joran tercampak kerap juga berlaku gara-gara pemancing leka menjaga dan mengikat joran.
Tentangan di awal sentapan cukup kuat dan ia berterusan hingga 1/3 dasar sebelum ikan demersal akan lumpuh apabila gelembung udara terhasil di mulutnya. Umpan perlu dilabuhkan satu persatu bagi mengelakkan tali pancing berbelit antara satu sama lain.
Umpan selain sotong kurita, udang lipan, pelaling mati, hirisan cabut, belanak, ikan tembakul, anak gelama da udang kertas boleh digunakan. Jika berhanyut pada malam hari sotong cumit adalah umpan nombor 1!
Sambil itu jika membawa sonar, sentiasa perhatikan tahap kedalaman air kerna ia berbeza di setiap kawasan. Bermula dari 30 meter hingga menjunam 70 meter.
Bila umpan masuk lubang dalam, hulurkan lagi tali pancing hingga ladung dikesan terhentak pada lantai dasar. Bila umpan terlepas jauh, ikan jarang mengejarnya.
Begitu juga apabila kedalaman menaik, tali pancing perlu dikarau sedikit. Jika tidak ia amat mudah melekat apabila memasuki kawasan berkarang.
Jika tersangkut karang, pegang joran sehingga lurus, dapatkan koyan kosong segera belitkan beberapa lilitan talipancing pada koyan kosong. Tahan sehingga putus. Jangan gunakan joran.
Sampan yang sedang berhanyut membantu pemancing menarik hingga terlepas sangkut berkenaan. Sama ada perambut atau tali utama putus itu soal kedua kerana melepakan tali sangkut adalah perlu.
Ambil dalam masa sejam setiap kali berhanyut sebelum naik ke arah arus semula. GPS adalah perlu sebagai panduan wajib bagi mengetahui arah sampan hanyut serta membuat data simpanan setiap kali sentapan terjadi.
Rujuk balik kawasan berlaku strike tadi melalui bacaan sonar untuk mengesan struktur dasar. Pasti ada karang atau lubang dalam tempat ikan bersembunyi.
Kemudian ulang laluan yang sama sehingga laluan berkenaan tiada lagi sebarang tanda sentapan ikan. Panduan utama berhanyut di kawasan ini ialah aliran arus.
Jika sampan berhanyut ke arah utara maka ia menandakan air bergerak surut dan jika sampan hanyut ke arah Singapura ini menunjukkan air pasang.
Kecuali bila angin menolak sampan lebih kuat daripada arus. Ketika berhanyut sentiasa ingat darat adalah sebelah timur manakala sempadan Indonesia di sebelah Barat.
Kalau panik hilang arah terutama ketika kabus atau jerebu, tuju timur sehingga nampak pedoman darat. Yang mudah dikesan ialah bukit Jugra, Banting.
Jika mengantuk, jangan tidur serentak, ambil giliran sebab apa yang penting seorang perlu berjaga mengawasi sebarang pergerakan kapal dan sentapan.
Ada masa kita pasti terserempak dengan bot Indon kecil yang disyaki membawa puluhan PATI melepasi sempadan. Yang kelihatan ialah tekong laut di bumbung bot, PATI berselindung macam ikan sardin di dalam kabin yang kecil.
Kalau boleh rujuk carta pasang surut air. Kunci penggera pada handphone waktu-waktu air dijadualkan bertukar arus.
Bila dah hampir masanya sentiasa standby atau pegang joran kerana waktu ini adalah paling produktif. Pastikan semua joran yang dilabuhkan, umpannya segar dan ditukar baru jika perlu.
Kadangkala seharian ikan berhanyut hasil hanya diperolehi dalam 10 hingga 30 minit sahaja ketika arus bertukar.
Waktu-waktu lain hanya dok termenung menunggu joran melentur sambil kena karau umpan yang sering kehabisan dikerjakan kumpulan ikan mengkerong.
Jika kena lubuk ikan jarang menolak umpan yang hanyut di depan mata masa arus lemah.
Biasanya waktu begini saya memilih untuk berhanyut berdekatan dengan lubuk potensi yang banyak sentapan sebelumnya.
Ini pernah terjadi di mana kesemua joran yang dilabuhkan mengena ikan. Yang mana satu ingin dikarau dahulu terpulanglah kepada pemancing itu sendiri.
Kalau pakai bangla suruh je bangla yang karau sambil perhatikan keputusannya. Nak kepuasan lebih, kayuh dengan kudrat tenaga tangan uatu pusing manual.
Jika trip menotok pulang dengan tangan kosong, baki umpan boleh digunakan untuk memancing di dalam sungai. Setidak-tidaknya ada ikan muara yang boleh menceriakan hati suram bak kata pepatah tiada enjin, dayung pun berguna.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...