Tip & Taktikal Pancing Gerut-Gerut & Tebal Pipi!!

Share

 

Pilihan utama gerut-gerut ialah di kawasan kuala sungai yang berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau.

Walaupun bersaiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dan marnpu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya.

 

Tebal pipi yang paling besar saya perolehi ialah hampir 3kg iaitu berhampiran Pulau Serimbun manakala gerut-gerut terberat yang pernah dipancing di antara sekilogram hingga 2kg diSungai Cemara Kota Tinggi.

 

Menggunakan pancing bersaiz sederhana dengan kekuatan tali 15 hingga 35 paun sudah memadai dan disyorkan jika pemancing ingin satu pertarungan yang adil serta sengit.

Anda perlu gunakan mata pancing yang tajam kerana gerut-gerut dan tebal pipi yang bersaiz sekitar sekilogram mempunyai bahagian mulut yang keras terutama pada sebelah atas bahagian lelangit.

 

Jika memancing di air yang mempunyai kedalaman lebih 15 meter, peluang untuk mendapatkan spesies yang lebih besar adalah cerah jika dibandingkan air yang cetek.

 

Di air dalam, cara dua spesies ini memakan umpan seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran tidak begitu ketara sehingga mata pancing sudah masuk ke dalam mulutnya.

Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada dua spesies yang mempunyai tabiat dan rupa yang hampir sama ini.

 

Pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0.

Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil pada pendapat saya adalah menggunakan umpan udang hidup.

Mungkin di kawasan perairan Pulau Serimbun Selat tebrau, umpan udang hidup paling mudah dan sesuai digunakan.

 

Gerut-gerut yang biasa diperolehi di kawasan muara dan air cetek sesuai menggunakan perumpun dan mata yang lebih kecil.

Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.

(Oleh: Zulkifflee Hussin)

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang