Tip Serta Kelengkapan Lazim Trip Pelantar Minyak

Share

 

Berikut disenaraikan peralatan yang kami gunakan di sepanjang trip ke pelantar minyak ini. Selain dari peralatan, disediakan juga beberapa tips dan ikan sasaran utama yang menjadi target kami.

 

Selain kekili yang digunakan untuk ikan yang bersaiz besar, joran berkapasiti 20lb ke 60lb turut digunakan. Antara jenama rod yang digunakan ialah Daiwa V.I.P Saltwater 25lb-60lb. Shimano TM1605 Triton 30lb-80lb turut digunakan.

 

 

Kekili

 

Kekili manual terdiri dari Okuma Titus 50 TLD, Accurate, Penn International 2 speed dan kekili spinning bersiri 4000 ke atas. Kekili elektrik pula terdiri dari Command X4, MT750, X6 dan Tanacom Bull 750.

 

Tali utama

Majoriti menggunakan tali 80 lb untuk pancingan bottom. Untuk teknik jigging dan popping, tali sulam Jig Master 30lb digunakan.

 

 

Perambut

Perambut nylon 80 lb ke 100 lb digunakan jika berhasrat mendaratkan ikan merah bersaiz 8kg ke atas agar ikan tidak terlucut dengan mudah.

Jenis perambut apollo digunakan di waktu siang dan perambut panjang 3 depa yang disambung melalui tanduk digunakan pada waktu malam.

 

Gewang tiruan

Kami banyak menggunakan popper bersaiz besar. Anggaran berat 80gm hingga 120gm.

Jig pula bersaiz 15 cm ke atas. Jig jenis panjang lebih sesuai digunakan di sini.

 

 

Tips tambahan:

 

Jika memancing di laut, pastikan anda memakai pakaian sesuai iaitu baju lengan panjang, seluar panjang dan topi.

 

Sapukan krim sunblock atau gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kulit kering dan mengelupas.

 

Jangan lupa bawa bekalan air minuman dan makanan secukupnya.

 

 

Air 100 Plus dan air oren terbaik untuk melegakan mabuk laut.

 

Ubat-ubatan ringan seperti pil penahan mabuk, minyak angin dan paracetamol, plaster luka juga perlu.

 

Spesies sasaran utama

 

Nama Ikan: Ikan merah

Nama saintifik: Lutjanus Erythropterus

 

 

Habitat: Mendiami dasar yang berkarang, tukun, kapal karam dan bergerak secara berkumpulan. Turut digelar merah pucat.

 

Menjadi ikan target kaki pancing, kerana keenakkan rasanya, yang maha, ia boleh dibuat hampir semua jenis masakan. Malah harganya juga cukup mahal. Purata saiznya 2-4 kg, manakala saiz besar biasanya mendiami kawasan perairan yang dalam.

Published by
Amang