Bagi pemancing yang kali pertama merancang untuk pergi memancing ke luar negeri dengan menggunakan perkhidmatan kenderaan udara seperti kapal terbang, tentu saja

perkara yang akan terlintas di fikiran adalah bagaimana nak bawa set pancing dan perkakasan ke dalam kapal terbang.

 

Sebenarnya, bukan susah sangat pun. Ada caranya, iaitu semua barang-barang ini mestilah melalui kargo termasuklah barangan lebih muatan seperti joran, ia tidak boleh

bersama anda di dalam kabin. Justeru sebelum bergerak ke lapangan terbang, sebaiknya buat sedikit pemeriksaan terlebih dahulu.

 

 

Sebelum bertolak, pastikan semua peralatan memancing anda dikemas sebaik mungkin di dalam kotak khas. Sebaiknya gunalah beg atau kotak pancing yang keras.

Pastikan setiap mata kail, perambut, gewang, jig, kabel kekili elektrik dan alatan memancing lain dimasukkan dengan kemas ke dalam beg untuk dibawa masuk ke dalam muatan kargo.

Ads

 

Tip Semak Barangan Pancing Sebelum Naik Kapal Terbang

 

Walaupun ada kemungkinan risiko kehilangan barang, tidak perlulah anda membawa kekili dan kekili elektrik dalam beg galas dan dibawa masuk sebagai hand carry bersama di

dalam kapal terbang. Masukkan ia ke dalam kargo kerana ada di sesetengah airport, tali pancing terutamanya tali sulam dianggap merbahaya kerana boleh dijadikan senjata.

 

Ads

Sila periksa sekali lagi peralatan anda, terutama barang yang dianggap berbahaya tidak dimasukkan sekali di dalam beg pakaian anda, walaupun satu pek mata kail. Ini kerana bila diimbas atau scan, alarm akan berbunyi dan barang anda pasti tidak dibenarkan masuk.

 

Setiap rod hendaklah dimasukkan dengan kemas ke dalam bazooka untuk mengelakkan daripada rod patah. Pastikan bazooka di kunci kemas sebelum dihantar ke muatan kargo.

Penting bagi setiap kotak, bazooka diletakkan sticker mudah pecah, bagi mengelakkan pekerja kargo mengenal pasti barang biasa atau mudah pecah.

 

Ads

Tip Semak Barangan Pancing Sebelum Naik Kapal Terbang

 

Pastikan setiap pemancing mengambil muatan kargo sekurang-kurangnya 20kg seorang semasa membeli tiket kapal terbang. Bermakna jika ahli keseluruhan seramai 10 orang,

trip tersebut mempunyai 200 kg muatan barang-barang yang boleh dimuatkan ke dalam kargo pergi dan balik Caj kargo akan dikenakan sebanyak RM30/per kg di lapangan terbang jika terdapat lebihan kargo (bergantung pada caj semasa).

 

Sila patuh kepada prosedur yang telah ditetapkan ketika check-in dan semasa melalui pemeriksaan imigresen di lapangan terbang.

Bila tamat sesi memancing, lakukan perkara yang sama dan untuk hasil tangkapan. Di sesetengah lokasi agak bagus kerana tekong akan menyiapkan segala-galanya, iaitu ikan

akan dipacking terus ke dalam kotak polisterin dan dihantar terus ke lapangan terbang. Cara terbaik adalah, rujuk kepada rakan yang pernah pergi trip memancing menaiki kapal terbang untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI