Tip Selenggara Barang Pancing *done

Share

Barang pancing yang telah digunakan sama ada di sungai atau laut, jangan dibiarkan begitu saja seperti melonggok baju dalam bakul. Sebaik-baiknya jangan tunggu lama, sampai sahaja di rumah, curi sedikit masa sewaktu dengan mencuci peralatan berkenaan. Berikut langkah-langkah selenggara yang perlu dilakukan.

 

#1 : CUCI

Tidak kira jika korang baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci peralatan berkenaan dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta (elakkan mengguna sabun pencuci).

 

 

 

#2 : DRAG

Pastikan drag dan gelendung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.

 

#3 : JORAN

Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang dan juga setiap cincin.

 

 

#4 : MINYAK

Biarkan seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan minyak seperti minyak gris, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit.

 

#5 : DRAG

Longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.

 

 

#6 : PISAH

Sebaiknya pisahkan kekili dari joran sekiranya anda hendak menyimpannya dalam tempoh yang lama.

 

#7 : GEWANG

Bagi kaki casting, sebaiknya, masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.

 

 

#8 : KARAT

Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.

 

 

#9 : SIMPAN

Sila simpan di tempat yang sesuai untuk semua alatan pancing anda. Sediakan satu sudut khas di dalam rumah anda dan kemas semua perkakasan memancing di dalam kotak.

Published by
Amang