Oleh kerana pari ikan yang suka mendap di dasar, peralatan halus dan lembut bukanlah lawannya. Tali pancing paling minimum yang disyorkan ialah 20lb.
Mesin atau kekili pula sekurang-kurangnya saiz 5000 dan paling penting tahan lasak. Joran pula sekurang-kurangnya berkekuatan PE2.
Waktu sesuai
Ads
Waktu sesuai ialah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air. Pari menelan umpan tidak kira masa, sama ada pagi, petang dan malam.
Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan ke atasnya akan mula melarikan diri.
Tenaga yang dimiliki pada permulaan ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah.
Ads
Semasa memberi tali, pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia.
Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar dalam jangka masa yang lama.
Ads
Jenis pari
Jenis pari yang biasa makan umpan pemancing ialah pari benting, pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari pasir, pari nyonya, pari daun, pari kulim, pari tanjung, ketuka dan
kadang kala pari lang. Pari paus, pari kebas dan pari serban adalah di antara pari yang tidak makan umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
Cara-Caranya:
Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan. Cara ini adalah untuk menarik perhatian haruan pada gewang yang digunakan. Gaya persembahan gewang perlu dipelbagaikan dan tidak statik pada satu gaya saja.
Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan. Ada ketika haruan mengambil sedikit masa memerhati gewang sebelum menyambar.
Seterusnya lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Persembahan gewang untuk memujuk haruan tidaklah semudah menggunakan umpan hidup seperti katak yang terbukti memiliki kelebihan semulajadi. Sekiranya masih tidak ada sambaran juga, bolehlah berpindah ke lubuk lain untuk seketika dan kembali untuk memujuk hingga berjaya.
Terdapat pelbagai spesies ikan ketarap yang ada di dunia ni namun kebanyakan yang ditangkap di perairan Laut China Selatan termasuklah di Penyabong adalah dari spesies ketarap bintik hitam atau black-spot tuskfish. Ia boleh mencapai saiz 100cm panjang dan direkodkan mencapai berat 15.5kg (tapi belum dapat lagi saiz ni di Penyabong).
Ketarap mempunyai gigi yang agak pelik dan berceranggah bagi membolehkannya memakan makanan yang keras dan bercengkerang seperti ketam. Ketarap kerap dipancing dengan teknik pancingan dasar menggunakan umpan ketam atau udang. Kadangkala boleh juga diperoleh jika menggunakan sotong.
Set pancingan harus kuat bagi tidak memberi peluang pada larian pertama yang menuju ke karang dan menyebabkan pemancing berputih mata. Ia boleh dipancing menggunakan kaedah jigging namun kadang-kadang saja ia berjaya. Kini lebih kerap diperoleh dengan teknik ‘jigdang’ iaitu jigging berumpankan udang. Udang yang disangkut pada assist hook jig terbukti lebih berkesan.
Berbeza dengan pancingan dasar yang bersauh, teknik ‘jigdang’ ini bot perlu berhanyut bagi mencari lubuk ketarap dan menggayakannya seakan-akan teknik slow pitch jigging. Dengan set pancingan yang lebih ringan pasti pemancing dapat merasai debaran apabila melawan spesies ini tatkala larian pertamanya dirasai semasa joran berada di tangan.
Teknik ini masih boleh dikategorikan sebagai sportfishing kerana ia tetap pancingan yang memerlukan daya sensitiviti dan teknik-teknik tertentu. Malah penggunaan jig yang berkilat itu sendiri menambahkan daya tarikan. Teknik `jigdang’ ini sudah banyak dilakukan oleh jiggers tetapi tidak didedahkan kepada umum.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam segmen info spesies ikan telinga gajah, terdapat satu spesies ikan telinga gajah yang makan pancing atau boleh dipancing. Untuk memancing telinga gajah ini kita terlebih dahulu perlu tahu lokasi habitat, kesesuaian waktu, jenis umpan, cara persembahan umpan dan peralatan yang tepat.
Ikan telinga gajah boleh ditemui secara konsisten di kawasan tukun kapal karam, tukun-tukun konkrit yang besar atau struktur tiang konkrit dengan kedalaman sehingga 50 meter. Antara lokasi popular untuk menemuinya ialah di gugusan pelantar minyak, rumah api Pematang Sedepa atau One Phantom Bank dan kelong konkrit seperti Kelong Paradise di Sabak Bernam.
Di Kelong Paradise dan rumah api One Phantom Bank contohnya sudah sekian lama menjadi medan pancingan telinga gajah.
Kesesuaian waktu
Tiada waktu khusus untuk pancingan ikan telinga gajah. Ini kerana ia aktif mencari makan pada waktu siang dan malam. Walau bagaimana pun ia dikatakan lebih sesuai dipancing ketika air kecil dan kurang berarus. Dan lebih agresif memburu makanan ketika air pasang mula berhenti.
Umpan dan persembahan.
Ikan-ikan kecil, krutesia dan alga merupakan diet utama telinga gajah. Maka tidak hairanlah ia memilih lokasi seperti tukun dan struktur tiang-tiangan yang menjadi tumpuan sumber makanan sebagai habitatnya.
Selain udang hidup yang banyak digunakan sebagai umpan, ikan telinga gajah juga boleh dipancingan dengan menggunakan dedak ayam. Malah penggunaan dedak ayam sebagai umpan sudah menjadi trend sejak sekian lama oleh para penggemar telinga gajah.
Peralatan
Kesesuaian peralatan banyak bergantung kepada habitat telinga gajah itu. Sebagaimana diketahui, habitat kegemaran telinga gajah dipenuhi dengan struktur yang menjadi bentang kepadanya untuk menyelamatkan diri.
Justeru peralatan yang berkuasa perlu digunakan. Kekili yang mempunyai kuasa putaran yang tinggi dan mampu menghalang telinga gajah memasuki struktur. Begitu juga dengan joran. Sekiranya joran digunakan lembik maka peluang untuk mendaratkannya adalah rendah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...