Petua bertemu harimau
Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang. Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).
Petua bertemu beruang matahari
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar. Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).
Petua berhadapan kera / lutong
Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu. Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu. Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.
Pantang larang binatang buas
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi. Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.