Tip Peralatan & Cara Memancing Rainbow Runner!!

Share

 

Salah satu ciri utama yang perlu ada pada peralatan yang anda gunakan ialah kelancaran spool bagi membenarkan tali utama meluru keluar pada peringkat permulaan.

Ramai pemancing laut dalam tidak memperdulikan washer break pada spool menyebabkan setengahnya tidak beroperasi dengan lancar. Servis peralatan sebelum guna.

Secara peribadi saya syor menggunakan kekili spinning kerana senang umpan dilontarkan ke sasaran.

 

Sebagai ikan pelagik, rainbow runner pasti memburu di permukaan dan pertengahan air. Cara terbaik ialah hanyutkan umpan tanpa pemberat atau dengan pemberat kecil sekadar menenggelamkan umpan di pertengahan air.

 

 

Disebabkan ia adalah spesies tidak bahaya atau bergigi tajam, usahlah gentar pakai tangsi mono sahaja sebagai perambut utama. Tali perambut tangsi biasa boleh digunakan dan disyorkan antara 40 lb-70lb. Tanpa perambut dawai kecuali alu-alu mahupun tenggiri turut sama berminat dengan lontaran umpan pemancing.

 

Mata kail perlu keras, kuat dan tajam untuk menusuk kukuh dalam mulutnya agar ia tidak terbuka apabila ikan ini meronta dengan kuat. Mata kail sesuai bersaiz 2/0 hingga 4/0, untuk memudahkan lebih sesuai guna ‘suiside hook’ kerana lekatan 95% berlaku pada bahagian bibir ikan sahaja. Jika hendak lepaskan kembali ia ke habitat asal kadar hidupnya lebih tinggi.

 

Jom like & see first page Umpanmania –  www.facebook.com/umpania101

 

Pengamatan saya ikan rainbow runner bukanlah spesies culas dan bijak meninjau mangsa (cermat), ia bantai sahaja sama ada perambut tangsi atau dawai tanpa mengira jumlah mata kail yang terpacak pada umpan.

Umpan terbaik selain anak ikan hidup ialah sotong (hidup atau mati) dan ikan mati. Hirisan ikan kurang sesuai kerana ia gemar umpan seekor sesuai dengan teknik hanyut yang diamalkan.

 

Published by
Amang