Pemilihan umpan

 

Udang Galah sebenarnya tidak memilih umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan pada mata kail. Antara umpan terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang nasi atau udang beras dan organ dalaman ayam.

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Waktu memancing

 

Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curahan hujan cukup tinggi. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut.

 

Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat kegemaran bagi udang galah biasanya di antara kayu atau balak yang terendam di sungai. Selain itu udang galah juga sering bermain di dasar sungai.

 

Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik udang galah antaranya, kenali struktur dasar sungai tempat di mana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun.

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Kedua, lihat pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras. Jika arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.

 

Ads

Cara memakan umpan

 

Apabila udang galah beratnya lebih 300 gram, maka umpan akan langsung dilarikan dan hujung joran akan langsung melentik atau melengkung.

 

Bagi udang ukuran biasa dan kecil, biasanya sewaktu umpan dimakan, umpan akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan sepitnya sehingga hujung joran akan melentik beberapa kali seperti ikan kecil yang makan.

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Memancing udang galah haruslah sabar dan toleransi. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melentik atau melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentap kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak dan pastinya udang galah akan terlepas.

 

Jika udang sudah mengena, angkat joran perlahan-perlahan sambil mengarau kekili dengan posisi hujung joran mendongak ke atas sehingga line tegak lurus dengan permukaan air.

 

Ads

Udang biasanya jika terkena pancing akan mundur ke belakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentap atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya koyak terkena kail.

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Jadi pancinglah dengan atau situasi yang tenang dan santai. Kadang-kadang juga udang galah makan tanpa ada gerakan, jadi untuk 10-15 minit sekali perhatikan keadaan umpan dengan karau perlahan lebih kurang 1 kaki karauan.

 

Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar.

 

Cara memancing di atas sampan

 

Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12-17 kaki. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan. Tidak menghairankan jika ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.

Ads

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.

 

Melontar umpan sehingga batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian karau tali dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Memancing udang galah di tebing (menebing)

 

Pilih kawasan tebing yang lapang dan tidak terlalu bersemak untuk mengelakan gangguan haiwan atau binatang seperti ular dan sebagainya. Ia juga untuk memudahkan untuk membuat lontaran dan karauan pancing. Lima atau tiga batang joran seorang adalah bertepatan dan mencukupi.

 

Susunan joran di tepi tebing juga penting semasa memancing mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya.

 

Tip Penting Mengail Udang Galah

 

Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Pastikan juga menggunakan pancang atau rod holder bagi mengelakkan joran terjun ke dalam sungai.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI