Memancing dengan kaedah menggunakan kayak atau kayak fishing kian mendapat tempat di kalangan pemancing hari ini. Seandainya anda ingin mencuba kaedah ini, sebaiknya pelajari dulu teknik pengendalian dan keselamatan.
Safety line 1 (Tali kayak)
Tali ini amat penting untuk menghubungkan (diikat pada peserta dan kayak) pemancing dengan kayak sekurang kurangnya 2.5 meter.
Tali berjarak 2.5 meter membolehkan anda jatuh ke dalam air tanpa ada sebarang gangguan dan tidak terlalu dekat dengan kayak demi keselamatan anda supaya tidak terhantuk pada kayak.
Tali ini juga berfungsi supaya anda boleh menarik kayak tanpa berenang kepadanya. Ia juga berperanan untuk memudahkan anda sentiasa bersama kayak walaupun air bergerak.
Safety line 2 (Tali paddle)
Tali ini menghubungkan kayak dengan pendayung. Jika kayak terbalik atau pun pendayung jatuh ke dalam air, tali ini akan memudahkan dapatkan semula pendayung.
Kayuhan
Setiap rentak kayuhan menentukan kelajuan dan imbangan ketika berkayak. Teknik kayuhan yang betul membantu mengekalkan stamina anda ketika berkayak.
Pastikan anda tahu teknik kayuhan melawan arus serta kayuhan melawan ombak jika melakukan pancingan kayak di kawasan sebegini.
Bebanan / Rintangan
Bebanan dan rintangan dihadapi ketika anda bertarung dengan ikan di dalam kayak. Cara mengawal bebanan di dalam kayak amat penting agar tiada kecelakaan berlaku terutama ketika anda sedang bertarung dengan ikan.
Imbangan Duduk
Apabila seseorang pemancing membuat lontaran gewang ketika duduk di dalam kayak, pastikan anda tenang dan dapat mengawal imbangan kayak. Kayak boleh terbalik kerana tujahan lontaran akan menyebabkan inersia dan kayak anda bergoyang.
Imbangan Berdiri
Sebagai seorang caster, teknik ini amat penting kerana dengan berdiri lontaran gewang akan lebih jauh serta tepat kerana adanya ruang yang lebih banyak untuk membuat hayunan rod.
Namun mengawal imbangan berdiri lebih sukar berbanding mengawal imbangan duduk.
Pastikan anda menguasai cara mengawal imbangan berdiri jika mahu melakukan cast secara berdiri. Jika tidak, pastikan anda duduk ketika buat lontaran.
Menaiki Kayak ketika terjatuh di dalam air
Jika kayak terbalik, pastikan anda tidak gelabah dan bertenang sebelum menaiki kayak anda kembali. Sama ada kayak jenis ‘on-top’ atau ‘sit’, pastikan anda tahu cara menaiki kayak dari dalam air sama ada dalam keadaan seorang diri atau dengan situasi bersama rakan kayak lain.
baca juga Kaedah Memancing Yang Berisiko Tinggi
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan