Tip & Panduan Mengilat Sotong Mengabang ©

Share

 

Bilakah waktu yang sesuai untuk memancing atau casting sotong mengabang? Waktu siang atau malam?

 

Jawapannya cukup mudah. Dua-dua pun boleh. Bergantung pada lokasi di mana kita hendak casting.

Contoh di Pulau Ular yang kami kunjungi, sotong mengabang hanya aktif dan mengejar candat pada waktu siang sehinggakan matahari terpacak atas kepala pun masih boleh casting dan mengabang tetap galak. Bila malam, sotong menyepi.

 

Berlainan pula di daratan seperti di tebing berbatu serta benteng, sotong mengabang aktif pada lewat petang dan waktu malam. Di kawasan yang terdapat cahaya seperti di bawah jambatan juga boleh didapati spesimen ini.

MEMILIH CANDAT

 

Warna serta corak yang cantik pada pandangan kita belum tentu menjadi kesukaan dan menarik minat sotong mengabang.

Jika di sebelah Pantai Timur candat bintik, pink dan oren menjadi pilihan. Warna serta berat candat yang pelbagai perlu dibawa kerana lain tempat lain pula kesesuaiannya.

 PERALATAN

 

Joran khas untuk casting sotong agak sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Sebagai alternatif joran P.E 0.6-1.2 sepanjang 6-7 kaki sudah dikira sesuai untuk mengilat dari tebing.

Kekili mendatar yang kecil bersaiz 500-1000 sudah memadai dan dimasukkan tali tangsi berkekuatan 10lb-15lb dengan diameter 0.18mm -0.20mm.

 

Penggunaan tangsi lebih efektif berbanding tali sulam kerana ia mempunyai daya regangan. Tangsi hanya dimasukkan ke dalam spool kekili sehingga 80% ruangan spool.

Jika tangsi dimasukkan memenuhi spool, masalah ‘sarang burung’ sering terjadi. Peralatan yang lebih ‘heavy’ diperlukan jika mengilat mengabang di laut dalam kerana saiz sotong yang lebih besar serta perlawanannya lebih ganas.

WARM JACKET

 

Ini antara teknologi terkini dalam penghasilan candat. Jika sebelum ini kita hanya bergantung kepada  cahaya luminous pada candat bagi memerangkap sotong, kini badan candat yang bersuhu suam membuatkan candat seolah-olah umpan hidup sebenar dan sudah tentu ia lebih memperdaya sotong.

Walaupun tanda harga yang dilekatkan pada kotak candat ini membuatkan ‘kening terangkat’ namun berbaloi menggunakannya kerana kelebihannya ini.

Selain itu terdapat juga candat UV seperti Keimura Teknologi keluaran Shimano yang mana candat ini sangat efektif terutama untuk situasi gelap di dasar yang dalam.

 

Published by
Amang