Pancingan belut atau memancing belut sebenarnya bukanlah satu kaedah pancingan yang sukar untuk dipraktikkan.

Ia tidak perlu kelas khusus sebagaimana pancingan layaran untuk mencubanya.

Berikut adalah beberapa perkara atau tip ringkas untuk anda sekiranya belum dan berhasrat untuk mencubanya.

 

PERALATAN

 

Tidak banyak peralatan memancing atau tackles yang diperlukan untuk memancing belut.

Apa yang diperlukan hanyalah sebatang joran tanpa kekili. Memadai joran bajet rendah dengan kekuatan 10-20lb.

Sebaiknya joran yang ringan tetapi kuat dan liat. Gunakan tali tangsi dengan kekuatan 20lb hingga 40lb.

 

Tip & Panduan Memancing Belut ®

 

Tali tangsi diikat terus pada tapak letak kekili dan dimasukkan ke semua cincin dan panjang dari hujung joran sekadar dua kaki sahaja.

Ads

Pada hujung tali tangsi tersebut masukkan sebiji manik getah yang lembut sebagai stopper (bagi menghalang mata kali masuk ke cincin joran) dan ikatkan mata kail.

Sebaiknya juga gunakan mata kail yang telah diubahsuai saiz bukaannya.

 

UMPAN

 

Tip & Panduan Memancing Belut ®

 

Belut dikatakan akan memakan apa saja umpan yang disuakan ke pintu lubangnya. Bahkan jika menggunakan jari sahaja mengocak lubangnya akan menerima sambaran.

Ads

Namun umpan terbaik adalah katak yang mudah dicari di kawasan sawah. Boleh juga menggunakan jantung ayam, isi ikan, isi ayam atau soft plastics sekalipun.

Umpan yang digunakan haruslah dipotong kecil sepadan dengan mata kail yang digunakan.

 

 

WAKTU

 

Tip & Panduan Memancing Belut ®

 

Ads

Belut boleh dipancing tanpa mengira waktu yang sesuai. Namun waktu malam adalah lebih baik kerana selain cuaca yang lebih sejuk, belut juga lebih aktif dan berada di pintu lubangnya untuk menyerang mangsa.

Sementara waktu sesuai untuk memancing belut di sawah bendang pula adalah ketika selesainya musim menuai waktu, dan waktu-waktu bendang sawah belum kering sepenuhnya.

 

CARA MEMANCING

 

Boleh dikatakan kalau ada sawah padi maka adalah belut. Untuk mengesan belut adalah dengan cara mencari lubang-lubang belut.

Ia biasanya boleh ditemui di parit kecil (parit bendang) atau parit besar (parit saliran air), di tebing parit atau gigi air atau di dalam parit yang sudah cetek airnya.

Kocakkan umpan atau hujung joran pada pintu lubang tersebut.

 

Tip & Panduan Memancing Belut ®

 

Belut akan segera menyambar umpan atau bergerak keluar dari dalam lubang.

Apabila menerima sambaran dari belut, pastikan tali pancing ditarik lurus dari arah lubang dan bertahan sehinggalah belut mengaku kalah dan keluar dari lubang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI