Bagi kebanyakan pemancing, selain keasyikan melayan tarikan demi tarikan ikan bermisai ini, kelebihan lain spesies ini ialah keenakan dagingnya.

Spesies ini tidak seperti kebanyakan spesies air tawar yang lain, selain tidak mempunyai tulang yang banyak, rasanya juga amat enak jika dimasak dengan apa cara sekalipun.

 

Tip Pancing Ikan Baung!!

 

Antara masakan yang paling sesuai bagi baung ialah masakan gulai tempoyak ikan baung, kukus, masak lemak cili padi dan ia menu wajib lebih-lebih lagi jika trekking dan memancing di atas  boathouse.

 

Tidak hairanlah, ikan baung mampu meraih harga yang tinggi bila dijual, terutama jenis baung sungai.

Manakala baung akar yang memiliki badan lebih panjang dianggap memiliki rasa yang lebih sedap berbanding baung biasa.

 

UMPAN MENJERAT BAUNG

IKLAN

 

Tidak sukar untuk mencari umpan khusus bagi memancing spesies baung. Antara umpan asas, mudah dan paling mujarab ialah cacing tanah.

Umpan universal ini memang tidak disangkal antara umpan memancing yang paling mujarab termasuk untuk pancingan baung.

 

Tip Pancing Ikan Baung!!

 

Selain itu, cengkerik dan anak udang juga turut berkesan untuk memancing spesies ini. Selain umpan asas, terdapat juga umpan yang lebih kompleks namun cukup ampuh menjerat baung.

Umpan busuk seperti umpan tapa yang berasaskan bau juga merupakan umpan popular bagi memancing ikan baung.

IKLAN

Cuma ia bergantung kepada pemancing sama ada sanggup untuk menggunakannya atau tidak.

 

Selain pancingan dasar, terdapat juga sesetengah keadaan spesies baung menghentam gewang.

Jangan tak percaya jika dikatakan baung juga menyambar gewang. Walaupun tidak begitu popular, namun kaedah casting dan trolling menggunakan gewang jenis selaman dalam

atau sederhana dan gewang rattlin mampu menaikkan spesies baung jika gewang tersebut lalu di hadapannya.

 

Tip Pancing Ikan Baung!!

 

IKLAN

Untuk menjerat baung bersaiz besar (biasanya kaedah taut) umpan yang terbaik, tidak lain tidak bukan ialah menggunakan anak ikan yang disauk seperti ikan terbul, lampam sungai bersaiz 2-3 jari.

Mata kail perlu dicangkuk di bahagian atas badan atau ekor sebelum dibiarkan hidup di permukaan air dan boleh juga kaedah pancingan dasar.

 

Apa sekalipun, ternyata spesies baung bukanlah spesies yang liat memakan umpan. Cukup hanya menggunakan umpan asas seperti cacing tanah, meluangkan masa untuk memburu

spesies bermisai ini memang berbaloi lebih-lebih lagi jika dilakukan bersama rakan-rakan terdekat.

 

Tip Pancing Ikan Baung!!

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI