Ketam bakau atau nipah adalah umpan terbaik untuk memancing ketarap tetapi udang hidup dan sotong segar juga boleh digunakan. Oleh kerana ikan ketarap ini selalu berlegar mencari makanan di kawasan karang maka set pancing yang sedikit melampau diperlukan walaupun saiz ikan tak sebesar mana.
Taktik ikan ketarap melepaskan diri bila terkena pancing ialah menyelusup ke dalam karang dan ini menyebabkan perambut selalu putus bila bergesel dengan karang yang tajam. Set yang sesuai ialah reel spinning dikunci dengan drag maksimum dan dipadankan dengan rod PE 3-5 yang keras dan pendek. Tali utama yang sesuai ialah 50lb disambung perambut pendek maksimum 1meter sahaja.
Ads
Bila Ketarap menjamah umpan kita mestilah cepat bertindak mengangkat joran setinggi yang boleh sambil menahan asakan ikan yang akan meluru ke karang. Tahan seketika dan kemudian buatlah 4-5 karauan secepat mungkin supaya ikan ditarik jauh dari kawasan karang.
Ads
Untuk menyediakan umpan, ketam nipah ini mesti dikopek cengkeranya dan dipotong empat bahagian jika umpan itu besar. Ketuk sedikit kaki nya supaya aroma ketam itu keluar membuat ketarap lebih cepat menjejak umpan.
Ads
Setelah umpan dicangkuk ke mata kail, hulur perlahan-lahan dan bila sudah jejak ke dasar, tarik atau pusing kekili untuk menggantung umpan setinggi 1 meter dari dasar. Jika kena musimnya kita tidak menunggu lama untuk ketarap membedal umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran. Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.
Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoxy terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus. Rajin-rajinlah periksa bahagian ini.
Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.
Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.
Bahagian pemegang joran ini paling cerewet jika berlaku kerosakan. Tidak ramai pembuat joran custum sedia menerima tugas untuk menukar pemegang joran yang rosak. Bagi memastikan bahagian ini tidak cepat rosak, pastikan anda memasukkan tapak kekili dengan betul dan tidak mengetatkannya secara berlebihan.
Memancing bawah jambatan Pinang Pinang jugak agak menarik. Bagi sesiapa yang suka memancing sambil mencari cabaran boleh juga memancing di sini. Saya selalu pergi memancing di tiang jambatan sebelah Prai, jadi apa yang saya nak kongsi pun berkaitan tiang jambatan sebelah Prai sahaja.
Alatan Persediaan Perlu Bawa
Tali untuk mengikat pancing
Makanan dan minuman yang mencukupi
Baju hujan kalau musim hujan
Umpan Pilihan
Sotong cumit… kalau ada bawa lampu dan bateri boleh tangguk sotong.
Udang hidup… perlu dibeli kerana susah nak dapatkan pembekal udang hidup di sini.
Bilis lembut… boleh di apollo di tepi tiang. Umpan paling banyak dan senang dapat.
Bersia… boleh apollo siang atau malam. Banyak waktu siang.
Tamban… terdapat di tiang tertentu sahaja.
Gelama kecil… boleh dipancing dengan umpan pumpun.
Isi ikan kembung segar… beli di pasar.
Rahsia Mancing
Sebaiknya bawa apolo saiz kecil kerana bilis kecil. Seeloknya umpan yang di apollo disimpan dalam baldi atau kolam takungan umpan kerana ikan besar sewaktu umpan susah dapat.
Lubuk Potensi
Lubuk ikan di tiang jambatan tidak menentu kerana ada banyak tiang. Sesetengah orang minat dengan tiang tertentu. Jadi ada banyak lubuk di bawah jambatan P.Pinang.
Saya menggemari tiang no 3 dan 4 kerana tiang ni ada jenahak yang besar. Selain itu di tiang ini banyak ikan gerepoh dan senangin. Setiap kali saya pergi ke tiang ini tidak pernah pulang hampa tapi tiang ni selalu sangkut kerana ada banyak batu dan karang.
Selain itu tiang 8,9,10,35,36,37,38,39,40,41,42,43,44,45,46,47 dan banyak tiang lagi. Kalau anda keliru boleh rujuk dan tanya dengan boatman. Dia pasti bagitau tiang mana yang tengah hot.
Selain tiang, anda perlu mencari arah balingan, kalau kawasan yang sangkut tu memang lubuk yang baik.
Kalau nak memancing kerapu layan tepi tiang je, pakai umpan udang hidup lagi baik di tepi tiang kerana kerapu suka hentam udang di sini. Di tepi tiang juga terdapat talang, jenahak dan semilang terutama di tiang yang airnya dalam seperti tiang 38.
Kalau tiang 3 dan 4 sila baling arah batuan kerana jenahak suka berlonggok kat situ.
Waktu Ikan Aktif
Ikan kat jambatan suka makan waktu air beralih. Pastikan umpan sentiasa ada semasa air berubah arah arus. terutama semasa air bergerak perlahan.
Semasa air surut. Ikan senangin tidak mengira masa sangat dan senangin suka makan umpan bilis. Penggunaan perambut apolo yang dibuat sendiri memang sesuai memancing senangin.
Pada waktu pagi. Ikan gerepoh dan jenahak suka makan pada waktu pagi. Pastikan umpan ada pada waktu ini kerana peluang lebih cerah.
Teknik Mancing
Perambut yang tidak terlalu kasar anggaran 50 lb sahaja
Mata kail juga tidak terlalu besar kerana umpan bilis kecil sahaja.
Umpan dicangkuk pada mata kerana bilis yang kecil mudah mati kalau dicangkuk pada badan
Spesies Lazim
Oleh kerana memancing di bawah jambatan seperti memancing di tengah laut ditambah lagi dengan tukun dari tiang jambatan itu sendiri, maka terdapat pelbagai jenis ikan di sini yang boleh memukau pemikiran kaki pancing yang belum biasa memancing di sini.
Bagi pancingan air masin, umpan udang hidup sememangnya menjadi antara pilihan utama bagi kaki pancing. Namun begitu, sesebuah trip pancing itu akan menjadi musibah besar apabila umpan udang hidup yang dibawa semuanya mati begitu sahaja.
Pastinya ini akan mengganggu mental kaki pancing yang bersusah payah mendapatkan umpan udang hidup ini. Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi beberapa tip berguna untuk memastikan umpan udang yang dibawa bertahan lama terutama bagi trip yang jauh dan memakan masa beberapa hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Cuba masukkan daun hijau yang tak bergetah di dalam bekas udang seperti pelepah kelapa atau dedaun yang tumbuh di tepi pantai. Daun itu akan mengurangkan udang hidup berlaga sesama sendiri dan suhu air tidak akan cepat panas.
Gunakan kotak foam putih untuk simpan udang hidup khususnya bagi perjalanan jauh atau untuk simpan semalaman. Ini kerana kotak putih luas dan suhu air tidak akan naik. Kotak foam juga lembut tidak mencederakan udang jika berlaga.
Ketulan ais perlu dibungkus dalam plastik dan diikat mati sebelum dimasukkan dalam bekas (dan perlu rajin tukar). Peranan ais juga untuk kurangkan air drpd berbau busuk, maka kadar kematian udang akan kurang.
Pam udara adalah satu kemestian. Jadi pastikan pam udara sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan bateri yang mencukupi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...