Tip Menyimpan Umpun-Umpun Agar Tahan Lama!!

Share

 

Umpun-umpun, ruat atau perumpun adalah daripada kumpulan haiwan invertebrat hampir sama dengan jenis cacing tanah.

Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 50 cm serta mempunyai kaki seperti lipan, memperbezakan spesies ini daripada cacing tanah yang sedia ada.

 

Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ia bersarang di dalam lumpur itu sendiri.

Namun, sebagai organisma hidup, ia memerlukan kaedah penyimpanan yang sempurna bagi membolehkannya tahan lebih lama.

 

 💡 Panduan 1

Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta membunuhnya.

 

 💡  Panduan 2

Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air.

Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun.

 

 💡  Panduan 3

Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif.

Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.

 

 💡 Panduan 4

Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.

 

 💡  Panduan 5

Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

 

 💡 Panduan 6

Sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan.

Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan. Untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya.

 

 

Published by
Amang