Pemilihan perambut juga bergantung kepada lokasi memancing dan situasi semasa sama ada konsep pancingan harian atau pertandingan. Oleh yang demikian, amat penting untuk menjaga dengan baik perambut ini agar tidak menyusahkan diri sendiri apabila hendak menggunakannya nanti.
Bersihkan dan keringkan perambut selepas digunakan terutamanya perambut yang dihasilkan dari tali braided. Ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Sapukan sedikit minyak pada mata kail terutamanya mata kail yang senang karat. Jika tiada minyak yang sesuai, minyak masak pun boleh.
Ads
Periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat.
Ads
Periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru. Jangan menyesal di kemudian hari.
Ads
Sebaiknya letakkan perambut dalam bekas yang terdedah udara dan terkena cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Penting! Asingkan perambut anda. jangan campur adukkan pelbagai jenis perambut di dalam satu bekas, nanti jadi mee goreng susah nak leraikan.
Pastikan juga perambut disimpan di tempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Disebalik lebih berpeluang untuk strike, memancing di atas bot juga lebih terdedah kepada risiko dan bahaya yang lebih berbanding menebing. Oleh yang demikian, langkah-langkah perlulah diambil kira malah wajib dijadikan disiplin utama.
Sentiasalah memakai jaket keselamatan. Tidak kira apa jenis jaket keselamatan, ia haruslah dipakai dengan kemas. Jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya. Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda. Jangan terlalu leka memancing sehingga tidak memantau keadaan sekeliling.
Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan. Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri. Tingkah laku juga perlu dikawal.
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang. Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut. Terutamanya jika berlaku perubahan kedalaman air.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Kemalangan sememangnya tidak berbau. Ramai yang tidak mengambil peduli tentang perkara ini sehinggalah berlaku kemalangan atau sebagainya.
Memancing di rakit dan kelong kelong sebenarnya satu gaya pancingan yang pasif. Kita perlu ingat bahawa hasil bergantung sepenuhnya kepada musim dan pergerakan ikan. Oleh kerana ia adalah satu struktur statik di pesisir laut, kita tidak bebas mengikut pergerakan ikan dan terpaksa menunggu kumpulan ikan bergerak menghampirinya.
Peluang ini perlulah digunakan sebaik-baiknya, di mana kita perlu memerah segala teknik dan tenaga yang bakal mempengaruhi hasil tangkapan nanti. Walau bagaimana pun, sangat sukar untuk kita meramal waktu ini. Tetapi salah satu caranya, kita boleh merujuk kepada pergerakan ikan umpan seperti tamban.
Untuk menentukan musim ikan pula, sebaik-baiknya rujuklah kepada penjaga premis ini. Mengikut pemerhatian, kebanyakan ikan biasanya didaratkan antara bulan April hingga September. Oktober hingga Februari pula lebih sinonim dengan musim tengkujuh, justeru kurang sesuai.
Pasang surut air dan cuaca turut mempengaruhi pergerakan ikan. Waktu terbaik ialah air pasang pagi atau petang, tetapi pagi lebih menjanjikan. Tengah hari bukanlah tak sesuai tetapi aktiviti biasanya sedikit terganggu dengan faktor cuaca terik dan tiupan angin kuat. Malam pula biasanya dihabiskan dengan pancingan dasar dan koyan.
Secara jujur admin akui pernah berhadapan dengan perkara yang sama. Bezanya, saya hanya ditanya kenapa pakai tali braided, bukannya ditegur apatah lagi dimarahi. Lainlah kalau penggunaan tali braided menyalahi peraturan kolam. Sebenarnya, penggunaan tali tangsi ada kelebihan tersendiri berbanding penggunaan tali braided atau benang.
Tidak dinafikan masih ada sesetengah pemancing berstatus otai masih beranggapan tali braided akan menghasilkan dengungan di dalam dan dapat dilihat dengan jelas oleh ikan di dalam air. Atas faktor-faktor itu ikan tidak mendekati umpan. Jika benar anggapan begitu maka tiadalah pukat atau jaring dihasilkan oleh material selain tangsi sahaja. Sekaligus tidak akan memakan umpannya jika anda memancing berdekatan dengannya.
Hakikat sebenarnya tali sulam dicipta dengan teknologi terkini untuk membelah air sekaligus tidak menghasilkan dengungan atau buih berbanding tali tangsi. Malah soal ini langsung tidak timbul jika memancing di kolam yang hampir tiada arus.
Walau bagaimana pun penggunaan tali tangsi terbukti lebih berkesan berbanding tali braided. Penggunaan tali tangsi membolehkan mata kail tertancap kemas pada mulut ikan. Begitu juga dengan peratusan strike. Sifat tali braided yang tiada memori menyebabkan mata kail mudah terlucut.
Dan yang paling utama apabila bersilang tali dengan pemancing lain, tali tangsi lebih mudah dilerai berbanding tali braided.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...