Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
Cara-Caranya:
Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan.
Ads
Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan.
Ads
Lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
Ads
Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya sebenarnya bukanlah tak pernah menggunakan umpan tiruan yang diletakkan bulu ayam atau itik sebagai aksesori untuk memperdaya ikan. Malah ada individu yang mengusahakan umpan bullet fly. Tapi tak pernah pula tengok sehelai bulu dan mata kail saja yang digunakan.
Untuk memuaskan hati saya, tekong tersebut sedia melakukan tutorial serta demontrasi. Dan saya memerhati dengan tekun. Beliau mengeluarkan sehelai bulu itik dari bekas pancingnya dan sebatang mata kail.
Kemudian dia ambil tali perambut dan tali perambut itu digunakan untuk mengikat mata kail bersama Perambut mata kail berbulu itik sepanjang sedepa itu kemudian disambung ke set pancing yang telah disiapkan dengan pemberat.
Mata kail berumpankan bulu ayam itu kemudian diturunkan ke air sehingga pemberat mencecah dasar lalu dikarau dengan kadar kelajuan yang agak tinggi juga. Dan ia segera berhasil! Hanya dengan semudah itu cencaru serta alu-alu berjaya didaratkan.
Melihat kepada kesan penggunaan bulu tersebut, saya segera menginovasikannya dengan meletakkan bulu ayam pada assist hook yang digunakan untuk jigging.
Terbukti ia adalah pendekatan yang cukup berkesan kerana bukan saja cencaru yang mengejarnya malah ikan-ikan pemangsa lain juga.
Berdasarkan pengalaman saya pasang tajur atau taut untuk haruan elok guna umpan ikan puyu sebab ikan puyu ni lambat mati.
Waktu yang sesuai ialah hampir waktu Maghrib kerana haruan biasanya akan ke gigi air utk mencari mangsa yang akan berada di gigi air atau menghampiri tebing pada waktu malam.
Sebaiknya selepas waktu Maghrib terus tengok tajur kerana kalau lambat angkat ada kemungkinan besar akan dimakan ular atau haiwan lain. Tidak kiralah sama ada haruan yang sudah terkena tajur atau ikan yang dijadikan umpan tajur.
Boleh juga kalau nak tengok lewat tapi kenalah berhadapan dengan risiko tajur terkena ular guni jika di kawasan tersebut ada ular guni. Ular ini biasanya mencari mangsa pada waktu malam. Waktu siang, ia menyorok dalam lubang di tebing parit.
Tali tangsi nylon 20-40lb sudah memadai. Tali nylon yang dijual gulung pun elok juga sebab elastik. Tak perlu fluorocarbon bagai. Yang penting, batang taut biar yang boleh melentur untuk menahan henjutan ikan.
Saya suka guna ranting buluh yang diambil daripada batang buluh galah tua walaupun tak cantik kerana ia lebih liat. Guna buluh yang diraut pun boleh juga kalau rajin tetapi tidak sekuat ranting buluh galah yang dah tua.
Batang bertam atau apa-apa pokok lain boleh janji ia lembut dan melentur untuk mengurangkan risiko haruan terlepas kerana batang lembut akan menyerap sentakan haruan yang terkena mata kail.
Mata kail pulak beli je mata kail murah-murah. Saya suka guna mata kail VMC yang biasa nelayan buat rawai tu. Janji batang ia panjang sebab kalau haruan telan umpan terus tali tajur selamat dari kena gigit lagi.
Target utama pancingan tuas ini ialah Spanish mackerel ataupun bahasa kita tenggiri. Selain itu ada beberapa spesies ikan yang menjadi buruan di tuas yang dikira sebagai ‘side dish’ seperti cencaru (kalau saiz besar kita panggil Ferarri), tongkol, pisang-pisang (rainbow runner), belitong (dolfin fish) dan kalau nak layan feel mancing atau meletupkan drag reel anda boleh cuba layaran (sailfish).
Teknik utama pancingan tuas ialah teknik casting dan teknik hambur (belon). Teknik belon ini hanya boleh dimainkan oleh 2 joran pada satu masa. Tali pancing dipasang dengan belon dan dihanyutkan di belakang bot bersama dengan umpan ikan hidup. Pemancing hanya perlu menunggu ikan meragut umpan sebelum aksi bermula.
Untuk teknik casting setup yang sesuai adalah dengan menggunakan reel yang ratio dan line retreival yang tinggi kerana kita akan membuat karauan laju. Karauan perlu laju kerana spesies tenggiri ini ialah spesies pemangsa dan gewang yang bergerak laju akan menarik minat cik giri untuk strike.
Pemancing juga memerlukan rod yang sesuai untuk ‘memegang’ lure dan metal jig yang berat sehingga 30-60 gm. Rod yang terlalu lembut akan memendekkan jarak casting pemancing.
Tali yang sesuai utk casting ialah tali sulam (braided) yang dipasangkan leader fluorocarbon juga untuk memastikan kita mendapat jarak cast yang jauh (memaksimumkan tempoh gewang berada dalam air). Poundage tali tidak perlu terlalu besar. 10lb sehingga 30lb sudah mencukupi.
Penuhkan spool anda sehingga melebihi 100 meter utk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya pakai braided 200 meter 10lb pada reel bersaiz 3000 dan 250meter 30lb pada reel bersaiz 5000.
Akhir sekali berkenan dengan gewang yang ampuh di tuas. Saya hanya menggunakan gewang yang murah kerana spesies tenggiri ini selalu memotong tali main line. Kalau kena Rapala XRrap atau Gomoku So Run menangis sahabat.
Oleh itu gewang seperti bulu ayam, kostal jig, mini jig menjadi pilihan dan jangan lupa tukarkan mata kail yg didatangkan bersama dengan jig tersebut dengan mata kail yang lebih kuat. VMC, Daichi, Gamakatsu menjadi pilihan saya. Selain itu boleh juga kita menggunakan ikan kembung pasar sebagai umpan casting. Dipasangkan kepada steel yang diikat 3 atau 4 mata kail. Yang penting karau laju-laju.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...