Masukkan 1kg dedak 929 dan 300gm dedak 989 ke dalam bekas bancuhan umpan. Gaul dedak-dedak ini sehingga sekata dengan sempurna.
Campurkan pula sepaket serbuk NS Power pandan dan gaul sehingga ia sebati dan sekata.
Gaul bahan tadi dengan sedikit air. Memadai kesemua bahan diserap air dan berkeadaan lembab saja. Biarkan sebati seketika.
Ads
Tuang minyak udang 30-50ml ke atas bancuhan dedak. Gaul minyak rohu dan bancuhan dedak hingga sekata.
Dedak yang sudah dilembabkan membolehkan minyak rohu meresap lebih meluas. Seterusnya boleh ditambah air untuk mendapatkan adunan yang sesuai dikepal pada spring perambut mata rohu.
Ads
Tip tambahan
Buat rumah sebelum memancing. Maknanya, lontar kepalan dedak yang dibancuh tadi ke kawasan yang dipercayai laluan utama ikan rohu sebelum melontar umpan bermata kail. Umpan rasuah ini akan memainkan penarik ikan rohu berlegar di kawasan umpan rasuah.
Basahkan juga roti dadu atau pelet yang dicangkuk pada mata kail bom dengan minyak udang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Siakap merah atau mangrove jack (MJ) merupakan spesies ikan muara yang seronok dipancing dengan menggunakan teknik mengilat atau lure casting.
Bagi memperoleh keputusan yang menggalakkan, gewang jenis minnow dan bersifat mengampai atau suspending. Biasanya saya gunakan gewang selaman sehingga 3 kaki supaya dapat mengetuk pintu rumah MJ. Ini telah terbukti keberkesanannya.
Perlulah diingatkan agar mata tiga asal gewang ditukarkan kepada jenis yang lebih kukuh kerana kudrat biasa MJ mampu meluruskan mata tiga. Saya suka gunakan keluaran VMC yang setakat ini masih terbukti keutuhannya pada mulut ikan.
Jika khuatir mata tiga terkangkang, gunalah mata tunggal atau single hook, tambahan pula ia kalis sangkut ketika tarikan gewang beroperasi.
Penggunaan mata tunggal ini telah saya uji dan terbukti keberkesannya dalam memastikan MJ tidak terlucut, sedangkan kes rabut selalu terjadi jika menggunakan mata tiga.
Bagi mendapatkan MJ, apa yang paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu kawasan berstruktur yang ditenggelami air.
Itulah sebabnya saya lebih suka mengilat ketika air surut. Reba mudah diliat dan memudahkan kita melontar gewang dengan lebih baik.
Dan yang paling penting, di kawasan inilah MJ bersembunyi, lebih-lebih lagi pada waktu matahari terik.
Ketika air pasang penuh pula, spot yang paling popular ialah tepian tebing sungai saja. Arus yang laju membawa MJ ke tepian sungai.
Lebih-lebih lagi kebanyakan anak-anak ikan akan berada di tepi tebing pada waktu air pasang.
Ketika mengilat, rajin-rajinlah melihat kawasan sungai. Kenal pastilah kawasan-kawasan yang terdapatnya sambaran ke atas anak-anak ikan.
Spot ini adalah spot ketiga yang pasti untuk kita memerangkap MJ. Kebiasannya selepas menyambar anak-anak ikan, MJ masih lagi berada di kawasan tersebut.
Lontaran pertama gewang yang tepat kebiasaannya akan membawa naik seekor MJ bersaiz sederhana. Spot di bawah jambatan pun jangan diketepikan, kawasan bertiang ini biasanya sangat berpotensi.
Waktu paling elok yang saya cadangkan untuk menjerat MJ ialah pada waktu air surut habis. Logik saya berpegang pada waktu ini ialah kerana kebanyakan MJ dan juga kerapu yang saya peroleh tumpas pada waktu ini.
Kebanyakan MJ tidak akan pergi jauh pada waktu air surut. Jadi, bila ia tak ke mana-mana, mudahlah kita mendapatkannya.
Berlainan pula ketika air pasang penuh yang menyukarkan kita mengesan MJ. Kebanyakan MJ kurang diperoleh pada waktu air pasang penuh.
Satu sebab yang penting adalah kerana arus yang deras menyebabkan MJ akan berlindung di kawasan tepian sungai atau tebing.
Ikan mahi-mahi diketahui mengandung gizi yang kompleks dengan konsentrasi vitamin dan mineral yang cukup tinggi.
Bahkan tingginya kandungan protein, kalori, maupun vitamin C dalam ikan ni dipercayai berkhasiat bisa meningkatkan vitalitasi dan imuniti tubuh.
Malah pengambilan ikan mahi-mahi berkhasiat sebagai autoimun untuk menangkisl penyakit berjangkit dan kronik.
Dalam setiap 113 gram hidangan mahi-mahi segar diketahui mengandungi sekitar 400mg asid lemak omega-3 (DHA dan EPA). Asid ini juga banyak terdapat dalam salmon yang sangat bermanfaat untuk kognitif otak, menjaga kesihatan kulit.
Ikan mahi-mahi juga kaya dengan kandungan protein rendah lemak yang baik dan sihat. Ikan ini kaya dengan kandungan fosfor, selenium, niasin, dan vitamin B12. Sedangkan kandungan lemak tinggi dan natrium dalam mahi-mahi ini juga sangat rendah.
Mahi-mahi juga kaya dengan kandungan fosfat yang sangat berguna untuk mencegah hipofosfatemia. Hipofosfatemia adalah kondisi rendahnya kadar fosfat di dalam darah yang dapat menyebabkan kerapuhan tulang dan otot lemah.
Mahi-mahi juga diketahui merupakan sumber protein dan rendah lemak. Nutrisi ini berkhasiat untuk meningkatkan imuniti tubuh dan menjaga kesihatan kulit wajah dan tubuh.
Kandungan protein dan kaya asam lemak omega-3 alami dalam mahi-mahi juga berkhasiat untuk mengoptimalkan fungsi kognitif otak.
Ikan mahi-mahi diketahui kaya dengan vitamin A dan D yang bermanfaat untuk menyuburkan rambut kepala dan menjaga kesihatan tubuh.
Kandungan mineral dalam mahi-mahi juga bermanfaat untuk mencukupi keperluan hormon, enzim, mahupun vitamin dalam metabolisme tubuh. Ini juga berguna untuk menjaga tekanan osmotic dan melancarkan transmisi impuls saraf dan kontraksi otot.
Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Lebih baik jika mengamalkan sesi tarik-menarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini. Banyak kejadian tidak diingini boleh berlaku ketika sesi melayan ikan.
Guna gancu, sauk atau lip grip untuk menaikkan ikan. Jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada kaki pancing. Apatah lagi jika yang sedang didaratkan masih dalam keadaan bertenaga atau spesies bergigi tajam.
Buka mata kail dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai. Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Tak perlu nak tunjuk korang handal dalam perkara yang tidak perlu seperti ini.
Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu. Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.
Pakai kasut yang sesuai ketika memancing. Jangan terpengaruh dengan gaya atau fesyen. Biar nampak macam tak bergaya langsung asalkan keselamatan diutamakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...