Tip Menggewang Oleh Pakar Gewang Handmade!!

Share

 

Selaku pembuat gewang handmade yang setiap hari menghadap gewang, Johned Wan tentu saja lebih memahami gewang berbanding pemancing biasa.

Justeru tip dari beliau ini khususnya bagi casting siakap sangat berharga untuk diabaikan begitu saja.

 

baca juga gewang khas air masin

 

➡ Apabila membeli sesuatu gewang, jangan dipandang pada luarannya saja. Gewang semenangnya dihasilkan untuk memukau pandangan mata para pemancing.

Aksi renangan dan warna jugak penting untuk mendapat strike, berserta dengan cara dan menggayakan sesuatu jenis gewang.

 

 

➡ Pemilihan sesuatu tempat untuk mencampakkan gewang juga penting. Ia penting untuk mengetahui di mana kedudukan ikan yang diburu.

Lubuk kediaman ikan perlu dikenal pasti terlebih dahulu agar kita tidak ‘panjang tangan’ mencampak gewang.

 

➡ Selain habitat, kita juga kena kaji perangai ikan dan kena faham apa yang ikan inginkan. Dan kita kena faham ikan yang menghentam gewang kerana apa?

Bukan kerana sesuatu gewang itu nampak hidup ada sisik dan sebagainya tapi pada colour, bunyi, renangan dan cara mengayakannya itu yang penting.

 

 

➡ Naluri ikan semestinya mengenal jenis makanannya. Cuma sifat pemangsa yang rakus dan ego menyebabkan ia marah pada benda-benda yang berlegar di dalam kawasan dan di depan matanya.

 

baca juga gewang handmade anak tempatan

 

➡ Apabila pemangsa ini aktif, dia akan bermain di permukaan air untuk memburu mangsanya.

Oleh yang demikian jika bertemu maka jangan dilepaskan peluang untuk mencampak gewang di kawasan ia aktif memburu mangsanya ini.

 

 

➡ Selain itu cara terbaik yang lain carilah tempat-tempat seperti di bawah bayang-bayang pokok dan di tepi reba terutamanya ketika air sedang berarus.

 

➡ Bagi penggunaan gewang selaman dalam (deep dive) pula kita patut mengetahui kedalaman sesuatu tempat untuk memilih gewang yang sesuai dengan kedalaman.

Ia penting agar kita boleh mempersembahkan gewang betul-betul di muka pintu mahligainya.

 

 

➡ Penggunaan gewang yang tepat untuk dipersembahkan adalah penting. Bila tersalah pilih maka hilanglah perluang strike pada masa itu.

Namun jangan terus lari… cubalah lagi dengan gewang yang lain pula.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang