➡ Dalam trip ini gewang yang dianggap berstatus tahyul adalah Rapala Fat Rap 5cm dan 7cm sama ada selaman cetek mahupun selaman dalam.
Selain sebarau, ikan-ikan lain turut melahap gewang ini. Gewang selaman cetek disarankan di sini adalah kerana Sungai Gay (anak sungai Kelay yang merupakan lubuk utama) terdiri jeram-jeram cetek berbatu.
➡ Penggunaan gewang selaman berkesan di sungai utama (Sungai Kelay) yang lebih dalam.
Namun kebanyakan ahli trip yang menggunakan gewang selaman dalam berakhir dengan kekecewaan akibat tidak dapat diselamatkan apabila tersangkut pada celahan batu terutamanya di kawasan jeram.
➡ Set peralatan yang disarankan; rod 10-20 lb memadai panjang maksimum 6’ kerana ia lebih senang untuk melontar gewang khususnya di ulu sungai yang sempit.
Tali sulam sekurang-kurangnya 20lb dengan leader floroucarbon 30lb. Kekili menegak atau mendatar boleh digunakan asalkan memiliki gear ratio tinggi kerana perlu menggayakan
gewang dengan sempurna di kawasan jeram. Mata kail sama ada mata tiga atau mata tunggal berkuatan sekurang-kurangnya 4X.
➡ Penggunaan jaket keselamatan adalah diwajibkan sama ada anda casting di atas bot mahupun menebing di kawasan jeram berbatu.
Risiko tergelincir di atas batuan dan terjatuh ke dalam arus jeram yang deras amat tinggi. Disarankan menggunakan jaket keselamatan dari jenis foam kerana ia bukan saja sesuai
untuk bermain air malah tidak menimbulkan sebarang masalah ketika pemeriksaan di lapangan terbang.
arrow: Sekiranya anda berhajat untuk menerima strike kelah merah, carilah spot-spot di mana terdapatnya pokok di tebing sungai.
Banyak strike yang kami terima terutamanya di bawah pokok yang mana buahnya menjadi makanan ikan kelah.
Sementara corak strike sebarau pula lebih kurang sama saja di sungai pergunungan negara kita.
Gewang-gewang lain yang turut laku:
baca juga fungsi lidah gewang
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan