Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan
pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Sirip anal
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang.
Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Operkulum (pipi penutup insang)
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Cecair pembiakan
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Status taburan
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan siakap atau turut dikenali dengan panggilan kakap putih merupakan ikan muara yang berupaya hidup di air masin mahupun air tawar. Ikan yang turut popular dengan nama globalnya barramundi amat terkenal di Australia. Malah, perkataan barramundi merupakan kata pinjaman dari sejenis bahasa di Queensland yang bermaksud ‘ikan sungai sisik besar’. Barramundi juga sebenarnya merujuk kepada ikan saratoga dalam bahasanya.
Lates calcarifer merupakan nama saintifik atau nama Latin bagi spesies ini. Spesies ini merupakan ikan katadromous dalam keluarga Latidae.
Taburan spesies ini agak meluas terutamanya di kawasan perairan Indo-West Pacific. Taburan ikan siakap boleh ditemui di pinggir timur Teluk Gulf sehingga ke China, Taiwan, selatan Jepun, selatan Papua New Guinea dan selatan Australia.
Selain itu, kawasan perairan Asia Tenggara juga merupakan kawasan taburan spesies ini. Di Malaysia, tidak sukar untuk menemui spesies ini kerana Malaysia dikelilingi oleh perairan yang panjang.
Tidak hairanlah, kaki pancing di Malaysia cukup sinonim dengan spesies ikan ini. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan peminat siakap tertumpu pada bahagian muara dan tempat pertemuan laut dan sungai.
Ikan siakap merupakan spesies ikan yang mempunyai toleransi salitini yang sangat tinggi. Toleransi saliniti ini membawa maksud kepada daya toleran spesies ini terhadap sifat saliniti air atau kemasinan air.
Jadi, ikan siakap mampu hidup dalam keadaan air masin atau air tawar. Toleransi saliniti yang tinggi memberikan kelebihan kepada spesies siakap dalam memilih habitatnya.
Ikan siakap mempunyai bentuk badan yang memanjang dengan mulut condong yang besar. Bahagian rahang atas spesies ini memanjang sehingga ke bahagian belakang mata. Bahagian pipi atau operkulumnya mempunyai duri kecil yang mampu melukakan. Sementara itu, sisiknya pula dalam kategori ctenoid.
Kepalanya pula melengkung ke bawah. Selain itu, ikan siakap mempunyai sisik yang agak besar. Sisik pada badannya berwarna perak di mana mungkin boleh menjadi semakin cerah atau semakin gelap mengikut keadaan persekitaran habitatnya.
Barramundi merupakan spesies ikan demersal yang biasanya tertumpu di kawasan muara, lagun dan sungai. Spesies ini boleh hidup dalam keadaan air yang jernih sehingga kepada keruh dalam lingkungan suhu air 26°C-30°C.
Siakap juga merupakan spesies ikan katadromous iaitu bersifat migrasi dari kawasan air masin ke air payau untuk melepaskan telurnya. Siakap menjadikan moluska, krustasea dan ikan kecil termasuk spesiesnya sendiri sebagai diet makanannya.
Jadi ikan siakap boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang bersifat karnivor. Ketika bermula musim monsun, siakap jantan akan masuk ke muara untuk mencari pasangannya untuk pembiakan. Ketika ini ikan siakap betina mampu menghasilkan sehingga beberapa juta telur untuk dilepaskan.
Siakap juga merupakan spesies ikan yang bersifat hermaphroditic di mana mampu untuk bertukar jantina ketika musim mengawan.
Kebanyakan spesimen siakap dewasa yang ditemui merupakan spesimen betina. Selepas melepaskan telurnya, induk siakap tidak akan menjaga telur atau anak yang akan menetas.
Ikan amberjacks atau dalam panggilan tempatan aji-aji adalah ikan lautan Atlantik dan Pasifik dari keluarga Carangidae dan genus Seriola. Mereka adalah ikan sukan yang paling sering ditemui di lautan bersuhu sederhana panas.
Terdapat banyak jenis amberjacks, termasuk spesies dari laut Atlantik seperti greater amberjack, lesser amberjacks dan banded rudderfish. Sementara yang berasal dari laut pasifik seperti almaco jack dan yellowtail amberjacks.
Greater amberjacks atau nama saintifiknya Seriola dumerili, adalah spesies terbesar dalam keluarga amberjacks. Dari aspek morfologi, amberjacks biasanya mempunyai jalur gelap yang meluas dari hidung ke hadapan sirip dorsal mereka.
Mereka tidak mempunyai sirip anal dan sirip anal yang lembut kurang daripada dua kali panjang sirip analnya. Amberjacks yang biasa ditemui sekitar 18 kg atau kurang, dan didapati di kawasan terumbu karang, tukun-tukun dan bangkai kapal.
Mereka biasanya mendiami perairan dalam sekitar 20 hingga 75 meter. Amberjacks yang lebih besar juga terdapat di Laut Pasifik.
Amberjacks yang lebih kecil, Seriola fasciata, mempunyai mata yang lebih besar dan badan yang lebih dalam daripada amberjack yang lebih besar.
Badan mereka berwarna hijau zaitun atau kecoklatan hitam dengan sisi perak, dan biasanya mempunyai jalur gelap yang memanjang ke atas dari mata mereka. Amberjacks adalah pemangsa yang hebat, yang memakan sotong, ikan, dan krustasia, dan membiak di luar pesisir sepanjang tahun ini.
Banded Rudderfish atau Seriola zonata, adalah amberjack kedua terkecil. Spesies amberjack ini boleh dibezakan dengan amberjack lain dengan kehadiran sirip dorsal pertama. Spesies juvenilnya memiliki corak band menegak seperti pilotfish, dan mengikuti objek besar atau haiwan lain sebagaimana ikan cobia yang gemar mengekori yu paus.
Individu yang besar tidak mempunyai corak jalur atau band. Ikan ini walaupun biasa ditangkap, jarang dikenal pasti. Spesies dewasa memiliki corak raccoon-strip pada lingkaran mata dan jalur emas berwarna di sisi, biasanya dipanggil amberjack apabila ditangkap, dan juvana dipanggil pilotfish.
Terdapat spesies amberjacks lain wujud di beberapa bahagian lain di dunia. Antaranya seperti yellowtail amberjack (termasuklah Asian yellowtail, the California yellowtail, yellowtail kingfish atau southern yellowtail), Almaco jack, dan Japanese amberjack (five-ray yellowtail).
Salah satu ciri membezakan famili amberjacks adalah dengan cara mengira jurai insangnya, tetapi ia agak rumit dan ada cara lain. Pertamanya, greater amberjack dewasa lebih mudah diidentifikasi berdasarkan ukurannya saja. Tidak ada satu pun dari amberjacks lain mencapai ukuran sebesarnya. Meskipun almaco jack mampu mencabarnya namun bentuk tubuhnya sangat berbeza, dan mudah dibezakan.
Pada 2012, Guy Yocom menangkap yellowfin tuna (aya sirip kuning) terbesar yang pernah dicatat. Ikan besar ini ditangkap di perairan Cabo San Lucas, Mexico. Menggunakan joran Melton dan umpan hidup potongan ikan, Guy Yocom mampu mendaratkan tuna besar dengan berat 426 lb (193.23 kg).
Selepas 45 minit bertarung, Siegfried Dickermann berjaya mendaratkan albacore seberat 88.2 lb (40 kg) di perairan Gran Canaria, Sepanyol. Umpan yang digunakan ialah mackerel hidup.
Pada 17 April 1957, Dr. Russell Lee berjaya mendaratkan seekor big-eyed tuna (tuna mata besar) seberat 435 lb (197.31 kg) di perairan Cabo Blanco, Peru. Doktor tersebut mengambil masa selama 55 minit untuk mendaratkan tuna itu ke atas bot.
Selepas bertarung selama 40 minit, Mark Sosin berjaya menewaskan yellowfin tuna (tuna sirip kuning) seberat 153.6 lb (69.67 kg). Namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejayaan beliau itu.
Seekor dogtooth tuna (aya budak) seberat 147 lb 14oz (66.74 kg) telah berjaya ditewaskan oleh H.T. Chittum III pada 18 Oktober 2005.
Gambar hiasan
Pada 6 May 2012, Frank Sholtz berpeluh untuk menewaskan seekor yellowfin tuna di perairan Cape Point, Afrika Selatan. Beliau mengambil masa sehingga 6 jam untuk menewaskan tuna sirip kuning seberat 235.5 lb (106.87 kg) tersebut. Perghhh!
Pada 17 February 2012, Nathan Adams berjaya menewaskan monster seberat 739 lb 6oz (335.48 kg). Pacific bluefin tuna gergasi itu dipancing di perairan New Zealand.
Selepas bertarung selama 7 jam, Stewart Campbell pula berjaya menumbangkan Atlantic bigeye tuna seberat 329 lb (149.23 kg). Atlantic bigeye tuna tersebut didaratkan pada 5 May 1986 di perairan Abidjan, Ivory Coast, Afrika.
Pada 18 September 2012, Guy Yocum berjaya menewaskan tangkapan seberat 427 pound (193.68 kg) berupa yellowfin tuna di perairan Cabo San Lucas, Mexico.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...