Untuk kali ini, saya akan beri beberapa lagi tip untuk memperbaiki gambar landskap anda supaya nampak perbezaannya.
TIGA PERKARA PENTING
Masa, cahaya dan komposisi adalah tiga perkara utama mesti anda tahu dan peka sewaktu menghasilkan gambar landskap. Masa amat penting terutamanya yang ingin mendapatkan pencahayaan pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang.
Anda perlulah memastikan ia perkara pertama yang wajib anda ingat kerana walaupun lubuk yang anda pergi cantik tapi jika anda lepaskan peluang untuk mengambil gambar ketika matahari terbit atau terbenam, gambar anda hanya sekadar gambar biasa sahaja.
Komposisi memainkan peranan di mana kita perlu tentukan dengan tepat sudut yang sesuai untuk merakam gambar terbaik anda. Usah hanya fokus di daratan baru hendak memasang tripod dan sebagainya akan tetapi cubalah pelbagai angle seperti mengambil gambar di atas bot untuk mendapatkan hasil yang lebih kreatif.
TIP: Bangun seawal subuh & segera ke tempat shooting bagi mendapatkan gambar landskap matahari terbit.
Gila mancing? Jom join www.facebook.com/umpania101
MAKSIMUMKAN DEPTH OF FIELD
Bagi membantu anda untuk melihat perbezaan setiap jarak depth-of-field, dibawah ini saya sertakan jadual perbezaan aperture dan jarak lensa yang boleh anda guna pakai bagi membezakan hasil foto landskap nanti.
Lihat pada efektif jarak fokal (focal length) pada lensa anda dan baca ke bawah hingga anda sesuaikan dengan aperture yang ketika hendak shoot. Jarak antara lensa & penggunaan aperture berkait rapat sesama sendiri kerana sekiranya anda fokus pada jarak, depth of field anda boleh menjangkau hingga ke setengah hyperfocal hingga ke infiniti.
PENGGUNAAAN FOREGROUND
Gambar yang kreatif adalah gambar yang tidak statik yang mana juru fotonya berdiri tegak dan mengambil gambar hanya mengikut aras ketinggian diri sahaja.
Cuba anda sesekali mengambil gambar dengan menurunkan sedikit badan dan ambil gambar dari pemandangan bawah. Sekiranya kawasan sungai tersebut berbatu-batu bulat, elemen ini akan menjadikan foto anda menjadi lebih cantik dan kreatif.
LIHAT PADA ‘LEAD-IN LINES’
Lead-In Lines bermaksud garisan penghujung pada suatu komposisi gambar. Contoh yang paling senang ialah ketika anda berada landasan kereta api, di tengah jalan, di petak-petak sawah, atau apa sahaja yang berbentuk garisan.
Cuba anda berdiri di tengah garisan tersebut dan anda akan dapat melihat ilusi garisan yang dimaksudkan seolah-olah berpenghujung. Penggunaan rule-of-third dengan meletakkan komposisi garisan di bahagian petak hujung kiri atau kanan akan memberi impak gambar yang lebih menakjubkan.
TAMBAHKAN SILHOUETTES
Fotografi landskap sering kali berkait rapat dengan foto silhouettes. Apa yang penting, dapatkan mood yang sesuai, masa yang tepat dan jika boleh kawasan yang anda pergi tersebut mempunyai bot, sauh, aktiviti memancing, dan yang penting, pelbagaikan teknik komposisi supaya gambar menjadi lebih dramatik.
PERALATAN PERLU ADA SEWAKTU MENGAMBIL GAMBAR LANDSKAP
Filter
Anda hanya perlukan tiga jenis filter iaitu polarizer, warms-up & Neutral Density (ND). Penggunaan filter penting bagi menghasilkan imej yang lebih terang dan natural.
Remote Release
Anda perlu ada remote release terutamanya ketika menggunakan tripod. Ia digunakan bagi tujuan mengurangkan gegaran pada kamera sewaktu mengambil gambar.
Lens Hood
Ia digunakan untuk mengurangkan flare cahaya dan melindungi kamera anda. Ada yang suka menggunakannya dan ada yang tidak.
Gila mancing? Jom join www.facebook.com/umpania101
Tripod
Tripod digunakan untuk mengimbangi kamera anda agar gambar yang diambil tidak gegar dan stabil. Ia amat penting terutamanya ketika menggunakan long exposures.
Baju Hujan
Baju hujan amat penting bukan sahaja digunakan untuk melindungi anda terkena hujan akan tetapi boleh menjadi pembalut kamera supaya tidak terkena air.