Selaku pembuat gewang handmade yang setiap hari menghadap gewang, Johned Wan tentu saja lebih memahami gewang berbanding pemancing biasa. Justeru tip dari beliau ini khususnya bagi casting siakap sangat berharga untuk diabaikan begitu saja.
Apabila membeli sesuatu gewang, jangan dipandang pada luarannya saja. Gewang semenangnya dihasilkan untuk memukau pandangan mata para pemancing. Aksi renangan dan warna jugak penting untuk mendapat strike, berserta dengan cara dan menggayakan sesuatu jenis gewang.
Pemilihan sesuatu tempat untuk mencampakkan gewang juga penting. Ia penting untuk mengetahui di mana kedudukan ikan yang diburu. Lubuk kediaman ikan perlu dikenal pasti terlebih dahulu agar kita tidak ‘panjang tangan’ mencampak gewang.
Ads
Selain habitat, kita juga kena kaji perangai ikan dan kena faham apa yang ikan inginkan. Dan kita kena faham ikan yang menghentam gewang kerana apa? Bukan kerana sesuatu gewang itu nampak hidup ada sisik dan sebagainya tapi pada colour, bunyi, renangan dan cara menggaya itu yang penting.
Naluri ikan semestinya mengenal jenis makanannya. Cuma sifat pemangsa yang rakus dan ego menyebabkan ia marah pada benda-benda yang berlegar di dalam kawasan dan di depan matanya.
Ads
Apabila pemangsa ini aktif, dia akan bermain di permukaan air untuk memburu mangsanya. Oleh yang demikian jika bertemu maka jangan dilepaskan peluang untuk mencampak gewang di kawasan ia aktif memburu mangsanya ini.
Selain itu cara terbaik yang lain carilah tempat-tempat seperti di bawah bayang-bayang pokok dan di tepi reba terutamanya ketika air sedang berarus.
Ads
Bagi penggunaan gewang selaman dalam (deep dive) pula kita patut mengetahui kedalaman sesuatu tempat untuk memilih gewang yang sesuai dengan kedalaman. Ia penting agar kita boleh mempersembahkan gewang betul-betul di muka pintu mahligainya.
Penggunaan gewang yang tepat untuk dipersembahkan adalah penting. Bila tersalah pilih maka hilanglah peluang strike pada masa itu. Namun jangan terus lari… cubalah lagi dengan gewang yang lain pula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta membunuhnya.
Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air. Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun.
Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif. Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.
Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.
Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.
Sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan.
Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan. Untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya.
Muara Sungai Kong Kong sememangnya terkenal sebagai padang pancing untuk memburu siakap. Antara umpan dan teknik yang paling popular lagi mencakop di sini ialah casting siakap menggunakan umpan udang hidup.
Ramai agak keliru dengan teknik casting yang saya pratikkan untuk memburu siakap di sini. Teknik casting tergolong pelbagai teknik.
Ada yang mengunakan gewang dan ada juga mengunakan umpan hidup. Dan cara teknik karau pun agak berbeza. Ada yang mengunakan spinning reel dan ada juga mengunakan baitcasting reel.
Teknik casting umpan hidup (udang) yang paling mujarab yang selalu saya pratikkan. Ia bukan sahaja untuk casting siakap malahan boleh digunakan untuk spesies ikan dasar lain.
Digabungkan sistem ketuk henjutan dan tarikan secara pelan dan disulami kayuhan reel, janji umpan mestilah berada di dasar dalam masa yang sama juga kita akan memahami struktur dasar. Struktur dasar biasanya terdiri dari karang, pohon kayu, batu-batuan dan lain-lain lagi.
Rod dan reel juga memainkan peranan dalam sistem casting siakap di Kong Kong. Set ringan yang sesuai seperti P.E 1/3 dan 0/8. Manakala saiz reel 1000 hingga 3000 yang bersesuaian untuk mainan air payau.
Perambut bersaiz 20/30/40 lbs. Batu ladung hidup bersaiz 1-4 dan 5 stoper batu ladung. Mata kail pula bersaiz 3-7 jenama Berkley Triple Sharp.
Diharap ia membantu anda memperoleh strike. Untuk maklumat lanjut saya akan bantu apabila anda turun memancing siakap di Kong Kong ini.
Selain anak-anak ikan terbul, kawan atau lampam yang biasa dijadikan umpan hidup, ikan-ikan kecil atau ikan yang tidak diperlukan untuk hidangan juga boleh dijadikan umpan. Jangan fikir anak-anak ikan sebegini tiada nilai dan dicampak begitu saja.
Caranya buangkan sisik dan kemudiannya hiris badan ikan berkenaan untuk ambil isinya. Kemudian potong kecil mengikut saiz mata kail anda. Kemudian lontarkan sahaja ke lubuk. Bagi ikan predator seperti baung, sebarau atau lain-lain pasti akan tergoda juga untuk melahap umpan ini walaupun kecil.
Berbeza dengan pancingan air tawar yang majoritinya boleh menggunakan apa sahaja jenis isi ikan (terbaik gunakan ikan terbul), di laut, umpan isi ikan yang paling sesuai digunakan adalah ikan belanak, tongkol, kembong.
Kerana ia cukup liat dan tidak mudah di getu ikan kecil berbanding isi udang pasar yang bukan sahaja cepat habis, tetapi juga mahal harganya. Caranya sama sahaja, buang sisik, hiris, potong dan cangkuk pada mata kail.
Kelebihan umpan isi ikan
Lebih tahan lama di dalam air kerana isi ikan biasanya liat dan tidak mudah dihabiskan oleh ikan-ikan pengacau umpan.
Jimat dan tidak perlukan kos.
Boleh digunakan berulang kali pada tangkapan berikutnya.
Kelemahan umpan isi ikan
Agak lambat mendapat strike, terutama jika dilontarkan bukan di kawasan lubuk atau air yang mengalir deras, kerana ia tidak berbau kuat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...