Ikan yang segar boleh dilihat pada mata, insang dan sisik sebagai tanda kesegarannya. Bagaimana pula cara untuk memilih sotong segar? Ketika anda berada di pasar basah, kitab oleh lihat sotong disusun dengan pelbagai cara bagi menarik pelanggan.
Sotong memang terkenal sebagai hidupan laut yang mudah rosak kerana organ dalaman yang terdedah kepada persekitaran luar berbanding ikan yang mempunyai organ di bahagian lebih tersorok.
Berdasarkan faktor berkenaan, sotong kerap kali disimpan bersama ketulan ais bagi mengekalkan kesegarannya.
Sotong jualan yang tidak disimpan bersama ais dan terdedah kepada suhu persekitaran yang lebih kering akan memudahkan ia menjadi rosak. Penjual selalu menyembunyikan kecacatan ini dengan menggunakan ais atau air sejuk.
Ads
Walaupun begitu pembeli masih boleh mencari perbezaan antara sotong lama dan sotong yang baru. Beberapa panduan boleh digunakan semasa membeli sotong di pasar.
Badan sotong baru (segar) biasanya lebih bulat dan pejal. Tanpa memegangnya pun boleh dapat saksikan keadaan ini.
Matanya bulat dan tidak berkedut namun jarang sangat kita mengambil kisah perihal mata sotong ketika membelinya.
Kulit ari atau kulit luarnya tipis masih membalut kemas badannya tanpa terkoyak atau tertanggal.
Ads
Kulit utama badannya putih dan tiada tanda lebam merah jika kulit luarna tertanggal.
Tiada cairan yang keluar dari kawasan lehernya.
Baunya tidak kuat atau hampir tiada bau jika ia benar-benar dalam keadaan segar.
Ads
Dakwat hitamnya tidak terkeluar dan jika badannya terluka sekalipun tidak terdapat kesan hitam.
Janggut atau tantakelnya mengembang atau sedikit mengeras
Boleh dikatakan tanda-tanda ini agak sukar untuk diperhatikan jika pekedai menyimpan sotong di dalam ais. Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk memilih.
(Sumber: sotonglaut.blogspot.com)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cara penjagaan terbaik untuk joran yang mempunyai pemegang gabus ialah dengan membuka lapisan plastik sebaik sahaja ingin mengunakannya.
Selepas dibuka pemegang gabus itu sebaiknya disapukan dengan bahan cecair ‘Cork Seal’ untuk melindungi gabus dari memasuki air lantas menjadikannya kalis air. Cecair ‘Cork Seal’ ini juga mengeraskan gabus supaya ia tidak mudah tersopek dan reput.
Joran yang telah disapu ‘Cork Seal’ tidak licin seperti joran yang disapu Epoxy. Saya tidak syorkan joran yang mempunyai pemegang gabus di Epoxy kerana ia menjadikannya licin dan tidak sesuai untuk aktiviti casting.
Lure atau gewang terbaik untuk digunakan untuk kawasan atau spot dipenuhi reba ialah spoon dan spinner kerana ia berat dan diperbuat daripada logam memudahkan ia tenggelam ke dasar dengan cepat.
Kilauan yang terdapat padanya juga boleh menarik perhatian ikan walau ia sedang tenggelam sekalipun. Banyak juga sebarau yang boleh diperoleh ketika spoon masih bergelek (fluttering) ke dasar.
Paling penting sekali kebanyakan spoon dan spinner adalah berharga ekonomi dan teknik ini dimainkan rapat dengan reba, peratusan sangkut amatlah tinggi. Jika putus sekalipun tidaklah rasa ralat sangat. Saiz yang sesuai antara 7 hingga 20gm, lagi berat spoon lagi cepat ia jatuh ke dasar.
Warna tidak menjadi kriteria utama, asalkna ia berkilat sudah. Saya lebih suka menggunakan spoon berwarna tembaga, emas dan oren jika hari mendung, awal pagi dan lewat petang serta perairan yang keruh dan spoon warna perak berkilat, putih serta pink jika cahaya matahari kuat menyinar dan perairan yang jernih.
Alasannya ketika cuaca redup atau perairan yang sedikit keruh, cahaya matahari kurang menembusi air lantas kilatan sisik anak-anak ikan kurang berkilau. Sebab itu spoon warna tembaga dan emas lebih sesuai kerana cahaya yang dibiaskannya pudar.
Ketika cuaca cerah dan perairan jernih, cahaya matahari kuat menembusi air membuatkan sisik ikan-ikan kecil membiaskan banyak cahaya. Sebab itu spoon warna perak lebih berjaya. Ikan pemangsa selalunya tidak menyerang makanan yang kelihatan pelik dalam habitat semulajadinya.
Spoon biasanya dilengkap dengan mata tiga dan ia adalah agen sangkut nombor satu untuk teknik ini. Anda mesti menukarnya dengan mata tunggal untuk meminimakan sangkut. Terbaik jika mata tersebut dilengkapi wayar kalis sangkut.
Akan tetapi kerana ia dimainkan rapat dengan reba kejadian sangkut akan berlaku juga. Jika terasa spoon sudah sangkut, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah jangan sesekali merentap joran untuk melepaskan sangkut tersebut, ia akan membuatkan mata kail terbenam dengan lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa bot melawan arah spoon yang tersangkut itu. Tegangkan tali dan tariklah ia ke atas sedikit kemudian lepaskan tali dan tarik semua, ulang proses sampai mata kail tertanggal dari reba.
Jika masih sangkut lagi barulah gunakan lure retriever yang sesuai. Lure retriever yang mempunyai rantai tidak berapa sesuai lantaran rantainya itu sendiri akan menjadi mudah sangkut di kawasan bereba. Jika sangkut lagi, jalan lain terpaksalah menariknya hingga putus.
Salah satu umpan yang jarang digunakan oleh pemancing ialah ketam. Ketam boleh digunakan secara seekor, keratan, hidup atau yang sudah mati. Umpan ketam paling popular digunakan untuk memancing ketarap atau bayan. Umpan ini boleh juga digunakan untuk memancing ikan kerapu. Ia sebenarnya boleh digunakan untuk memancing di laut dalam, pantai dan muara sungai.
Jenis ketam
Terdapat banyak jenis ketam yang dijumpai di perairan negara kita dan boleh dikatakan beberapa jenis sahaja yang boleh digunakan senagai umpan iaitu dari jenis ketam batu, ketam nyiur, ketam biru atau ketam renjong dan sejenis ketam yang kecil yang selalu dijumpai di kawasan hutan bakau.
Ketam kecil ini namanya saya tidak pasti tetapi ia bersaiz lebih kurang sebesar duit siling 20-50 sen dan berwarna coklat.
Bagi penggunaan ketam kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana ketam yang mati dan busuk tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Seboleh bolehnya gunakan ketam yang segar dan baik.
Cara menyimpan
Cara untuk menyimpan ketam yang mati supaya ia akan selalu segar adalah untuk membungkusnya dengan kertas seekor demi seekor dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan. Lagi bagus ketam dibekukan terlebih dahulu.
Sekiranya bot yang anda naiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup maka bolehlah anda menyimpan ketam hidup di dalamnya.
Sekiranya bot tidak mempunyai tempat menyimpan umpan hidup, anda boleh menyimpannya di dalam kotak dengan memasukkan air masin sedikit dan pastikan simpan di tempat yang teduh dan elakkan dari pancaran matahari secara terus.
Untuk perjalanan yang jauh masukkan ais sebesar dua penumbuk dalam plastik dan ikat, kemudian masukkan ais ini ke dalam tempat simpan ketam bersama ketam hidup tersebut. Siramkan sedikit air setiap 4 jam supaya badan ketam tersebut tidak kering.
Cara cangkok
Terdapat beberapa cara untuk mencangkok ketam tersebut, apa yang penting adalah cara kita mencangkoknya perlu mengambil kira beberapa faktor.
Mata kail
Mata kail memainkan peranan yang amat penting semasa mengguna umpankan ketam hidup kerana sekira kail itu terlalu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan umpan.
Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 4/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat daripada aloi atau carbon steel kerana sangat ringan tetapi kuat.
Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya umpan dapat bergerak secara semula jadi.
Sekiranya wire leader digunakan, cubalah menggunakan yang paling halus sekali. Bagi saya, wire leader yang saya selalu gunakan adalah dari jenis 15lb hingga 60lb.
Dan sekiranya tidak menggunakan wire Leader, saya menggunakan perambut mono antara 40lb hingga 80lb.
Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan ketam yang hidup. Sekiranya ketam itu terlalu besar maka kita bolehlah memotongnya atau menggunakan sebahagian dari ketam tersebut.
Untuk mencangkuk kail pada ketam kita boleh mencangkuknya pada bahagian antara kaki ketam. Saiz yang sesuai digunakan sekiranya memancing dengan menggunakan ketam seekor bergantung pada saiz ikan yang dipancing. Saya syorkan saiz ketam tidak melebihi 3 inci garis lentang.
Kita boleh juga mencangkuk ketam tersebut secara sekerat, bahagian isi badan, atau secara mengumpulkan beberapa kaki ketam dan mencangkuknya pada mata kail atau menggunakan sepit dengan mencangkuk pada bahagian tengah penyepit.
Bagi umpan yang segar atau mati pula maka kita boleh menggunakan kaedah di atas atau mencangkok melalui ekor ke badan ketam tersebut atau beberapa ekor sekali sekiranya ia kecil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...