⇒Pilihlah daging ikan dengkis yang memiliki warna kulit terang dan cerah sehingga daging terlihat lebih fresh dan segar.
⇒Bila menekan daging ikan dengkis akan terasa kenyal. Kalau tekstur kulitnya tenggelam bermakna isinya sudah lembik dan tidak lagi segar.
⇒Perhatikan keadaan matanya. Mata ikan dengkis yang masih segar cenderung seperti tersembul keluar dan cembung kelihatannya. Kalau dah tenggelam bermakna ia sudah tidak segar lagi.
⇒Periksa ingsang dan sirip ikan. Insang ikan yang masih segar juga terlihat berwarna merah dan siripnya kuat tidak mudah dipatahkan.
Setelah memilih ikan untuk dimasak maka langkah selanjutnya adalah proses penyimpanan ikan dengkis jika tidak memasak semuanya sekaligus. Untuk menyimpan ikan yang baik, cara untuk melakukannya adalah seperti berikut:
⇒Kebanyakan suri rumah menyimpan ikan di dalam ruang sejuk beku peti ais. Penyimpanan ikan di dalam peti sejuk beku memang bagus karena membuatkan ikan kekal awet.
Namun penyimpanan yang melebihi dari 6 bulan sudah tidak digalakkan lagi. Jadi sebaiknya segera dimasak saja jika sudah mendekati tempoh 5 bulan.
Ads
⇒Jika ikan yang di dalam peti sejuk dibekukan maka langkah selanjutnya adalah dengan nyah beku atau mencairkan ikan dengan membiarkannya begitu saja di luar peti sejuk.
⇒Ikan dengkis yang sudah pernah dibekukan maka sebaiknya jangan dibekukan lagi sekali di dalam pei sejuk. Sebaiknya sesudah dikeluarkan dari peti sejuk segera dimasak saja.
Ads
Itulah beberapa langkah proses penyimpanan ikan yang baik agar nutrisi di dalam ikan tetap terjaga dan bermanfaat bagi kesihatan kita juga.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika ketiadaan alat mendaratkan ikan, cubalah untuk mendaratkan ikan dengan memegang bahagian ekornya. Atau dengan memasukkan tangan ke bahagian bawah pipinya. Namun tindakan ini perlu berhati-hati agar tidak mencederakan bahagian insangnya.
Tak Boleh
Elakkan juga melakukan jerk iaitu mengangkat ikan keluar dari air dengan menggunakan kuasa joran dan tali pancing walaupun memiliki set pancing yang sangat berkuasa.
Boleh
Gunalah playar atau alat khas menanggalkan mata kail (hook remover) untuk mengeluarkan mata kail yang tertancap pada mulut atau badan ikan.
Tak Boleh
Elakkan dari menanggalkannya hanya menggunakan tangan sahaja.
Sekiranya mata kail berada jauh di dalam mulut ikan, sebaiknya cakap dipaksa untuk menanggalkannya. Potong sahaja perambut kira-kira 5 cm yang terkeluar dari mulut ikan.
Boleh
Sekiranya ingin bergambar dengan hasil tangkapan, lakukanlah dengan tempoh yang segera.
Sebaiknya biarkan ikan berada dalam keadaan tenang sebelum memegangnya. Peganglah bahagian ekor dengan kemas dan mengampu bahagian abdomennya untuk bergambar.
Tak Boleh
Jangan bersihkan badan ikan dengan mengelap kotoran atau lendir pada badan ikan. Lendir pada badan ikan adalah agen antibodi yang sangat penting pada kesihatan ikan.
Jangan juga bergambar dengan cara menggantung ikan dengan menggunakan lip grip.
Boleh
Jika perlu, berikan sedikit bantuan pernafasan jika ikan yang dilepaskan kembali dengan cara yang sempurna menunjukkan respon negatif untuk berenang dalam keadaan normal.
Tak Boleh
Jangan sesekali campak ikan ke kolam dengan cara melambungnya ke udara. Perbuatan ini samalah sebagaimana kita terjun ke kolam dengan cara mengembangkan badan.
Peribahasa jangan menilai buku melalui sampulnya sangat menepati senario Kolam Pancing Seri Semabok yang terletak di Lebuh AMJ, Semabok, Melaka. Dengan saiz kolam yang kecil dan gelapnya air tanah gambut, maka tidak hairanlah Kolam Pancing Seri Semabok ini diberi jolokan ‘kolam puaka’. Walaupun pada mata kasar kolam ini kelihatan kecil, jangan sesekali beranggapan penghuni kolam turut sama kecil. Hanya setelah memancing barulah anda akan tahu bahawa penghuni-penghuni kolam bukanlah kecil anak. Malah jauh lebih bagak saiznya berbanding kolam-kolam lebih luas saiznya.
Setelah agak lama menjadi pelanggan setia kolam, pada tahun 2015 Mohd Haidzir Mohd Nordin atau lebih dikenali sebagai Papa Danish mengambil keputusan untuk menyewa kolam secara persendirian dari pemiliknya Adam Hussin. Selepas itu barulah kolam dinaiktaraf sedikit demi sedikit, diubah konsep dan penambahan stok ikan sebelum dibuka kepada publik sebagai kolam pancing komersial.
Informasi kolam
Antara kolam pancing terkecil di negeri Melaka dan berdekatan dengan bandar. Turut dikenali di kalangan pemancing tetap sebagai ‘kolam puaka’ disebabkan tabiat makan ikan yang sentiasa berubah dan sensitif dengan perubahan waktu dan cuaca. Pemilihan jenis umpan dan perisa menjadi percaturan utama.
Mengamalkan konsep tangkap, timbang dan lepas dengan bayaran balik duit ikan. RM 1 bagi setiap kilogram patin, RM 3 bagi setiap ekor rohu dan pacu. Manakala patin Chaophraya pula dibayar RM seekor.
Terdapat kira-kira 4 tan ikan di dalam kolam dengan majoritinya patin dari saiz 1 kg hingga 14 kg. Pacu sehingga saiz 5 kg dan rohu terbesar seberat 6 kg.
Menyediakan pakej memancing RM 25 untuk tempoh 4 jam. Selain menyediakan ranking harian dan bulanan, ia turut menawarkan bonus untuk tangkapan 14 kg ke atas. Dan beroperasi dari jam 4 petang hingga 12 malam setiap hari.
Teknik dasar sahaja dibenarkan tanpa had panjang perambut, wajib penggunaan batu ladung dan dua mata kail sahaja.
Antara umpan yang dibenarkan adalah palet biji, dedak hancur dan roti.
Penggunaan pelampung kekal, mashmellow, umpan tiruan, umpan berasaskan organ haiwan, umpan hidup, bahan yang tidak halal dan mata rambai adalah tidak dibenarkan.
Tips untuk pacak
1. Umpan yang biasa digunakan adalah umpan tepung berperisa, roti, palett dan dedak. Bancuhan sedikit lembik, gumpalan umpan bersaiz kecil dan tenggelam menjadi pilihan.
2. Menggunakan perambut V, dua mata bersaiz 8-11 dengan panjang perambut 4-12 kaki.
3. Perisa umpan yang biasa digunakan adalah strawberi dan pandan.
Sekurang-kurangnya berkekuatan 10-20lb. Tidak perlu panjang panjang kerana nanti sukar untuk mengawalnya dari ruang terhad atas bot. Sebaik-baiknya gunakan joran sepanjang 6 hingga 6.5 kaki. Pastikan juga joran jenis kuat dan tahan lasak.
Kekili
Ikut keselesaan tetapi jangan terlalu kecil. Saiz 3000 ke atas adalah disyorkan. Tak perlu kekili mahal-mahal. Yang murah pun boleh asalkan kuat dan tahan lasak.
Tali
Jenis sulam (braided). Dicadangkan agar memilih berat tidak melebihi 50lb. Kalau nak guna tali tangsi, pastikan melebihi 20lb tetapi tidak perlu melebihi 40lb. Tali tangsi yang tahan lasak tidak terlalu kuat spring adalah lebih baik.
Mata kail
4X dan ke atas. Saiz 4/0 atau 5/0 adalah bersesuaian. Pilih jarak mata yang lebar untuk meningkatkan kebarangkalian kail mengena. Dicadangkan jenama seperti Gamakatsu, Owner, Mustad dan Daichi.
Perambut dawai
Boleh gunakan jenis multi strand tanpa balut kerana ia lebih lembut berbanding tali utama yang berbalut. Tanpa perambut dawai, toman boleh memutuskan tali perambut dengan mudah.
Klip
Snap atau snap swivel boleh digunakan. Cuma pilih yang lebih kuat. Dicadangkan kekuatannya melebihi 50lb. Rugilah kalau dah strike toman, kili pulak terkangkang sebab tak cukup kuat.
Umpan mati
Kalau ada boleh boleh bawa. Kalau tiada gunakan umpan hidup kerana toman yang benar-benar ganas tidak akan melayan umpan tiruan.
Umpan hidup
Anak keli ialah umpan terbaik untuk toman. Sekiranya terlihat sekumpulan anak toman yang berwarna kemerah-merahan sedang muncul ke permukaan air, baling umpan ke tempat anak-anak toman itu.
Pasti ibu toman yang bersifat pelindung akan marah dan seterusnya menyambar umpan tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...