Penggunaan umpan tiruan kini semakin meluas diguna pakai terutama di kalangan kaki casting Malaysia. Pelbagai jenis umpan tiruan ada terdapat di pasaran masa kini merangkumi pelbagai jenis hard lure yang boleh diguna pakai sama ada untuk top water, sinking, deep, dan ada juga spoon, blade, pencil, popper dan bermacam-macam lagi yang ada di pasaran.
Boleh kita lihat, kebanyakan gewang yang dijual di pasaran kebanyakannya didatangi bersama mata tiga atau treble hook. Bagi yang baru-baru nak berjinak pasti mereka akan gunakan sahaja gewang bersama mata tiga tersebut. Namun bagi caster-caster yang lebih berpengalaman, mereka lebih gemar menukar mata tiga ini kepada mata tunggal.
Kalis sangkut adalah antara sebab mengapa single hook menjadi pilihan untuk dipadankan bersama gewang. Ini amat efektif digunakan jika memancing di kawasan berstruktur atau yang mempunyai banyak samai.
Mata kail yang menghadap ke atas menjadikan kebarangkaliannya untuk sangkut pada reba kayu ataupun samai atas air lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan penggunaan mata tiga pada gewang.
Namun, bukan semuanya indah bila menggunakan single hook ini. Harus diingat potensi untuk ‘missed-call’ juga sangat tinggi bila menggunakan single hook, terutama bila berhadapan dengan ikan bersaiz juvenil. Lain pula dengan mata tiga, yang mana potensi untuk hook-up lebih tinggi jika dibandingkan dengan mata tunggal.
Walau bagaimanapun harus diingat, biarpun potensi hook-up lebih tinggi dengan mata tiga, namun potensi untuk rabut juga amat tinggi. Ini kerana mata tiga mempunyai teras yang sangat pendek, jurang sempit dan tekak yang cetek sekali gus ia sukar untuk mengunci ikan lebih lama kecuali jika ketiga-tiga mata kail tersebut tertancap kemas pada mulut ikan.
Berbeza dengan mata tunggal yang mana jika ikan berjaya mengena, tancapannya lebih kemas di mulut ikan. Ini akan menyukarkan ikan melakukan pintalan terhadap split ring, sekali gus kebarangkalian untuk ikan rabut sangat rendah melainkan jika ikan tersebut berjaya mematahkan atau mengangkangkan mata kail pada gewang tersebut.
Ya, biarpun begitu, masih ramai yang tidak begitu yakin kepada penggunaan mata tunggal pada gewang. Mungkin faktor susah “hook-up” menjadikan ramai yang tidak begitu yakin kepada penggunaan mata tunggal.
Walau apa jua sekalipun, tiada pantang larang sebenarnya untuk menggunakan mata kail jenis apa. Ia bergantung kepada tahap keyakinan anda dan mana yang lebih anda selesa gunakan. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Bagi penulis, nak guna mata Biarpun kebarangkalian ‘hook-up’ rendah dengan mata tunggal, tetapi dikatakan potensi untuk ikan ‘landed’ lebih tinggi berbanding mata tiga.
Mata tiga atau mata tunggal tu biarlah ikut pada lokasi memancing anda. Jika memancing dari kawasan landbase di kawasan yang berstruktur atau mempunyai reba, penggunaan mata tunggal adalah disarankan. Sedikit sebanyak ia mampu menyelamatkan gewang anda tersangkut sekaligus menyelamatkan poket anda daripada membelinya lagi.
Jika gemarkan permainan gewang permukaan, mata tiga tidak perlulah ditukar ke mata tunggal. Begitu juga casting menaiki bot, ia tidaklah memberi masalah besar meskipun ada menggunakan gewang mata tiga. Apa yang penting, lure retriever, benda wajib yang mesti dibawa.