Tip Memilih Gewang `Killer’ Untuk Peacock Bass

Share

 

Keseronokan sebenar memancing ikan peacock bass adalah melalui teknik casting menggunakan umpan tiruan atau gewang. Maka tidak hairanlah pelbagai jenis gewang terdapat di pasaran bagi kepuasan kaki casting yang semakin besar bilangannya.

 

Sama seperti tempat lain, peacock bass Air Kuning tidak segan silu menghentam pencil dan popper berukuran 5-7cm lebih-lebih lagi ketika ia begitu galak menghambur anak-anak ikan di permukaan air. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan gewang permukaan kalau bertandan ke ke sini.

 

 

Malah, toman, haruan, sebarau dan jelawat juga banyak diberitakan gemar menghentam gewang permukaan. Gewang-gewang seperti Megabass dog-x, Jackall mudsucker, Ofmer catwalk, Yo-zuri 3D/3DS popper serta Jackson RA Pop sering diperkatakan akan keberkesanan penggunaannya di kalangan pengilat yang berkunjung ke sini.

 

 

Warna lazim adalah skema terang seperti fire tiger, merah dan oren. Warna natural dan transparent juga begitu efektif untuk digunakan di sini semasa matahari telah semakin meninggi.

 

Waktu ini, penggunaan gewang selaman, suspending dan sinking lebih praktikal terutamanya Storm flutterstick, Lucky Craft wander dan Smith pannish. Penggunaan soft plastic dan clouser spinfly yang diikat pada pemberat juga antara yang popular digunakan bagi memujuk PB yang berlegar jauh di bahagian dasar lombong.

 

 

Satu lagi kaedah yang efektif untuk diaplikasikan di sini adalah teknik tundaan menggunakan gewang selaman dalam. Antara spesies lain yang biasa didaratkan dengan menggunakan teknik ini adalah belida, toman, baung dan juga tapah.

 

Published by
Amang