Keseronokan sebenar memancing ikan peacock bass adalah melalui teknik casting menggunakan umpan tiruan atau gewang. Maka tidak hairanlah pelbagai jenis gewang terdapat di pasaran bagi kepuasan kaki casting yang semakin besar bilangannya.
Sama seperti tempat lain, peacock bass Air Kuning tidak segan silu menghentam pencil dan popper berukuran 5-7cm lebih-lebih lagi ketika ia begitu galak menghambur anak-anak ikan di permukaan air. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan gewang permukaan kalau bertandan ke ke sini.
Ads
Malah, toman, haruan, sebarau dan jelawat juga banyak diberitakan gemar menghentam gewang permukaan. Gewang-gewang seperti Megabass dog-x, Jackall mudsucker, Ofmer catwalk, Yo-zuri 3D/3DS popper serta Jackson RA Pop sering diperkatakan akan keberkesanan penggunaannya di kalangan pengilat yang berkunjung ke sini.
Ads
Warna lazim adalah skema terang seperti fire tiger, merah dan oren. Warna natural dan transparent juga begitu efektif untuk digunakan di sini semasa matahari telah semakin meninggi.
Waktu ini, penggunaan gewang selaman, suspending dan sinking lebih praktikal terutamanya Storm flutterstick, Lucky Craft wander dan Smith pannish. Penggunaan soft plastic dan clouser spinfly yang diikat pada pemberat juga antara yang popular digunakan bagi memujuk PB yang berlegar jauh di bahagian dasar lombong.
Ads
Satu lagi kaedah yang efektif untuk diaplikasikan di sini adalah teknik tundaan menggunakan gewang selaman dalam. Antara spesies lain yang biasa didaratkan dengan menggunakan teknik ini adalah belida, toman, baung dan juga tapah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
Bomber 16A / Bomber Long A
Gewang ini merupakan sejenis gewang plastik berbentuk minnow yang sesuai digayakan sama ada dari jeti, daratan pantai atau dari bot. Panjang gewang ini sekitar 7 ½ inci dengan bibir plastik yang panjang, gewang ini merupakan jenis floating.
Mata kail dan split ring asal gewang ini dikatakan mempunyai kualiti rendah dan ramai pemancing menukarnya dengan yang lebih berkualiti, namun persembahan gewang ini mampu menggoda ikan bersaiz besar. Hari ini, gewang ini dijual dengan menggunakan nama Bomber Long A.
Bucktail
Tidak kira apa jenama atau stail, leadhead atau jighead berwarna dengan padanan rerambut atau bulu putih rusa merupakan antara umpan tiruan paling mencakup pernah diinovasikan. Dikenali dengan nama bucktail, balingkan dan biar tenggelam sebelum gayakan dengan gaya slow jig atau gaya yoyo.
Warna pilihan di laut selalunya warna putih atau kuning. Jika anda perlu menggunakan satu gewang sahaja ketika memancing, bucktail merupakan pilihan yang bijak.
Bunker Spoon
Sesudu trolling gergasi ini direka hasil inspirasi daripada lampu kereta LaSalle. Di bawah jenama Montauk Striper, sesudu trolling dihasilkan untuk pasaran komersial di bawah seliaan Joe Julian iaitu pemancing veteran.
Semua bunker spoon dihasilkan untuk kegunaan trolling menggunakan rod istimewa yang panjang dan tali yang boleh memanipulasi kedalaman. Walaupun kelihatan tidak berpotensi, anda tidak boleh menidakkan sejarah keupayaan sesudu ini menaikkan ikan bersaiz besar.
Cedar Plug
Gabungan timah dan kayu cedar ini mungkin merupakan antara hasil ciptaan gewang tiruan terbaik untuk menundukkan ikan tuna. Cedar plug mungkin kelihatan tidak menarik, namun keupayaannya menarik perhatian spesies tuna tidak dapat dinafikan.
Cedar plug boleh datang dengan pelbagai warna, namun ramai pemancing bersetuju warna asal kayu cedar tanpa warna lain merupakan yang terbaik.
Creek Chub – Pikie
Pada 1920, Creek Chub Bait Company telah memperkenalkan salah satu rekaan gewang terbaiknya iaitu Pikie. Asalnya gewang kayu dengan mata kaca serta bibir besi ini direka untuk air tawar, namun beberapa ketika selepas itu sekitar 30-an dan 40-an, semakin popular untuk kegunaan air masin lantas syarikat tersebut mengeluarkan rekaan yang lebih besar untuk kegunaan air masin.
Danny Plug
Asalnya, Danny plug dibuat dan dijual oleh Danny Pinchney pada awal 1960 dan gewang bibir besi ini mendapat sambutan hangat. Gewang ini dimainkan perlahan dan akan memperlihatkan renangan kiri kanan yang menggoda ikan. Hari ini gewang Danny plug dibuat oleh Gibbs Lures dengan rekaan asal di Kepulauan Rhode.
D.O.A Shrimp
Umpan ini dihasilkan pada tahun 1989 oleh Mark Nichols. Dibesarkan di Gulf Coast, beliau menghabiskan banyak masa di atas bot menangkap udang dan menghabiskan masa lapangnya dengan memancing.
Pengalamannya banyak membantu dalam menghasilkan D.O.A Shrimp ini. Gewang rekaan asalnya sepanjang 3 inci sangat popular sekitar tahun 1993. Dalam beberapa tahun gewang ini terjual dengan banyaknya dan sesuai digunakan di perairan di mana ikan menjadikan udang sebagai diet utama. Hari ini gewang D.O.A Shrimp datang dengan pilihan 4 warna.
Diamond Jig
Pada tahun 1929, John Schumke telah menghasilkan jig besi empat sisi yang dipanggil Bridgeport Diamond Jig. Diperbuat oleh syarikat penghasilan barangan perak, jig ini terhasil dengan prestasi tangkapan yang mengagumkan sebelum dijual kepada Bead Tackle Company.
Jig ini mampu menaikkan spesies seperti bass, cod, tuna mahu pun grouper. Boleh digayakan dengan cara casting atau pun jigging menegak.
Betul ke kalau nak memancing ikan siakap atau jenahak kat kolam pancing air masin pun kita kena tengok faktor air juga? Kalau betul, bila waktu yang sesuai untuk turun memancing dan dapat hasil yang baik?
JAWAPAN:
Sebagaimana yang diketahui, ikan siakap atau jenahak yang diletakkan di dalam kolam memancing bukanlah berasal dari ikan-ikan liar yang ditangkap di muara sungai. Sebaliknya ia merupakan ikan yang diternak dan membesar di dalam sangkar ternakan.
Sebagaimana resam ikan yang membesar di dalam kurungan, maka ia akan terbiasa dengan makanan yang disediakan oleh pengusaha sangkar seperti ikan-ikan buangan dan pelet makanan ikan.
Walau bagaimana pun ia tetap tidak kehilangan naluri asal sebagai ikan pemangsa yang akan membaham ikan-ikan kecil serta krustasea.
Oleh kerana demikian, umpan terbaik untuk memikap siakap dan jenahak di dalam kolam pancing terdiri daripada hirisan ikan, ikan belanak serta udang. Sementara waktu yang sesuai untuk menarik perhatian ikan-ikan ini memakan umpan agak subjektif.
Mungkin waktu terbaik ialah waktu yang sama ketika ia diberi makan ketika berada di sangkar. Atau mungkin juga sewaktu ia dilepaskan dari sangkar kurungan di kolam pancing.
Lazimnya ikan-ikan ini akan dilepaskan dalam keadaan kelaparan. Oleh yang demikian, apa saja bentuk makanan yang berdekatan akan dibahamnya. Begitu pun ada juga yang berpendapat, pengaruh pasang surut air laut turut memainkan peranan keaktifan ini memburu makanan.
Sekiranya ia aktif memburu makanan ketika air laut sedang bergerak surut, maka memancinglah pada waktu berkenaan.
Saya ingin tahu jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang paling kuat untuk digunakan.
Kalau admin, apa jenis ikatan yang admin selalu guna?
JAWAPAN:
Tidak dapat dinafikan bahawa tali pancing adalah penghubung utama antara pemancing dengan ikan.
Jika ia putus sama ada pada awal, pertengahan atau lebih perit lagi pada penghujung jalan, tatkala pemancing bertarung, maka kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.
Justeru itu seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan.
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang boleh dipelajari dan setiap satu itu boleh dipraktikan untuk menguji tahap ketahanannya.
Selain itu perlu diketahui juga bahawa simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing.
Ada berpendapat mengatakan ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali.
Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.
Secara peribadi admin berpendapat tiada satu pun ikatan atau simpulan yang tidak akan terlucut atau putus.
Dan admin sendiri tidak menetapkan hanya satu jenis ikatan saja yang digunakan.
Sebagai contoh, untuk ikatan pada spool biasanya admin guna uni knot, sambungan tali di dalam spool – uni to uni knot, sambungan braid kepada leader – FG knot, ikatan pada snap atau swivel – improved clinch knot dan ikatan mata kail – knotless knot.
Dan semua jenis ikatan dan penyambungan anda boleh lihat dan pelajari di laman sensawang Majalah Umpan iaitu www.umpan.com.my di segmen DIY.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...