Tip Memilih Beg Galas Untuk Trekking!!

Share

 

Beg galas atau backpack merupakan elemen yang paling penting dalam jungle trekking. Kesesuaian dan ketahanan sesebuah beg galas adalah perkara yang memainkan peranan menentukan keselesaan anda. Sesebuah beg galas itu haruslah sesuai dengan saiz tubuh pemakai.

 

SAIZ

 

Ia mestilah sesuai dengan bahagian belakang kita yang dikenali sebagai ‘Torso’. Untuk menentukan ukuran torso, anda perlulah berdiri tegak di mana kaki haruslah dibuka selaras dengan luas bahu. Minta rakan anda mengukur menggunakan tap ukur bermula dari vertebra ke tujuh (tulang yang berada dibawah sekali di bahagian tengkuk biasanya berbonjol). Dari situ ukur hingga ke bawah mengikut kontur tulang belakang.

 

Untuk mencari titik akhir anda perlulah meletak kedua belah tangan anda di bahagian pinggul dengan ibu jari menghala satu sama lain. Garisan di antara ibu jari tadilah yang akan menandakan penghujung torso anda. Amnya jika ukuran torso anda di bawah 46cm (18 inci), anda adalah bersaiz kecil. 46-51cm (18-20 inci) bersaiz sederhana dan sekiranya anda lebih daripada 51cm (20 inci) adalah bersaiz besar.

 

Jika saiz beg terlalu panjang, ia akan menjadikan keseimbangan dan pergerakan seseorang itu terganggu seterusnya boleh mencetuskan kecederaan kepada anggota-anggota badan seperti bahagian belakang. Juga akan membahayakan sekiranya melalui cerun yang sempit kerana gangguan kepada imbangan.

BERAT

Selepas selesai menentukan saiz dan model diperlukan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi kemana-mana kedai outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20lb) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda. Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda.

 

Jika ianya terlalu rendah ia akan mengganggu pergerakan kaki ketika berjalan ke hadapan. Jika ia terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu pada bahagian bahu. Perlindung alas pada tali pinggang seharusnya membaluti di bahagian tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.

 

Tempat di mana penggalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada dibahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ia menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan penggalas juga haruslah selesa tanpa mengganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.

 

Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan penggalas-penggalas dan juga bahagian yang boleh diubah alih bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya. Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan.

 

SUSUNAN

 

Susun barang yang paling berat di atas dan sebolehnya hampir dengan bahagian belakang. Susunan beg seharusnya mempunyai berat antara 1/5 hingga ¼ dari berat badan anda. Beg tidur (sleeping bag) selalunya di susun di bahagian bawah, kemudian diikuti dengan pakaian, makanan dan khemah. Masukkan semua barang tersebut ke dalam plastik hitam bagi mengelakkan dari dimasuki air.

 

Pastikan tiada benda tajam di dalam beg yang tertonjol keluar, terutama di bahagian belakang beg. Ini memberi kesan pada tulang belakang anda. Kalau benda berat tu keras pastikan diletakkan apa-apa sahaja barang lembut yang bertindak sebagai pengalas / pelapik di antara beg dengan benda berat tadi.

 

Simpan tabung gas dan botol air di luar bagi mengurangkan selerak jika terdapat tumpahan dan sebagainya. Elakkan meletak barang anda tergantung di luar beg. Ini memastikan ia tidak tersangkut pada ranting-ranting dan duri pokok. Jika perlu, ada sesetengah barang yang boleh disimpan di luar beg, pastikan ia tidak berayun ketika anda berjalan kerana ia boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan.

 

Gunakan alas beg (rain cover) untuk memastikan beg anda tidak basah ketika hujan. Sekiranya hujan lebat, letakkan plastik hitam di bawah rain cover untuk mengelakkan beg basah dan menjadi berat. Lindungi barang di dalam beg anda dengan membalutnya dengan plastik. Juga bawalah beg plastik sampah lebih kerana anda memerlukannya untuk memastikan barang anda kering.

 

Buat sistem penyusunan sendiri, bagi memudahkan anda mengingati barang yang anda bawa. Jika kecemasan ia boleh memudahkan anda mengeluarkan barang yang diperlukan. Susun secara tertib.

 

IMBANGAN

 

Barang berat rapatkan dengan belakang (dekat dengan frame backpack). Ini adalah supaya posture kita akan lagi natural. kalau berat ke bahagian belakang beg, centre of graviti akan berubah, kita berdiri pun tak selesa, dan badan kita kena adapt dengan posture baru (bongkok ke depan).

 

Barang berat di letakkan sama ada di bahagian atas atau di bahagian tengah. Kalau barang berat diletakkan di atas, maka beg akan kurang stabil; mudah gerak-gerak sebab centre of gravity dah berubah, lebih kepada bahagian atas badan. Cara packing ini sesuai untuk terrain yang rata.

 

Barang berat yang paling sesuai diletakkan di bahagian tengah kerana centre of gravity tak berubah banyak sangat. Beg stabil kerana berat berada pada bahagian badan yang paling berat (kawasan torso). Sesuai untuk terrain yang tidak rata.

(Sumber: Facebook/endy kubis)

Published by
Amang