Tip Memancing Sebarau!!

Share

 

Lain padang lain belalang, lain padang pancing lain peraturannya. Apatah lagi jika padang pancing tersebut bukannya di tanah air sendiri.

Berikut dinyatakan serba sedikit tip, panduan dan peraturan yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mengadakan trip memancing ke Banglang Dam yang terletak di Yala, Thailand ini.

 

 ➡ Pakaian camourflage

Harus diingat bahawa negara Thailand belum sepenuhnya bersih dari aspek pergolakan. Oleh yan demikian elakkan dari berpakaian ala ‘pemburu’ atau camourflage sepenuhnya.

Pakaian camourflage sememangnya sudah menjadi trend caster di tempat kita. Namun pakaian begitu boleh menimbulkan kekeliruan terhadap tentera atau pengawal keselamatan di negara tersebut.

Tidak kiralah ketika memancing apatah lagi dalam kenderaan.

 

 

 ➡ Peralatan pancing

 

Sebagaimana anda menggunakan setting perlatan untuk casting sebarau di Tasik Kenyir atau Tasik Temenggor, setting yang sama boleh digunakan di Tasik Banglang ini.

Kebanyakan daripada kami menggunakan rod dari serendah 4-10lb hinggalah 8-17lb. Tali utama pula berkekuatan dari 8lb hinggalah 20lb.

Sementara gewang pula dari jenis permukaan dan sesudu.

 

 

 ➡ Kaji diet ikan

Ada baiknya sebelum mula casting, ambil sedikit masa untuk melihat ikan-ikan apa yang dikerjakan oleh ikan pemangsa.

Ketika kami datang ke sini kami dapati banyak aktiviti ikan pemangsa mengejar dan membaham ikan jenjulung.

Sifat ikan jenjulung banyak mendiami pra permukaan air menjadikan gewang-gewang kecil tetapi panjang aksi permukaan cukup laku untuk memperdaya sebarau terutama spesimen besar di tasik ini.

 

 ➡ Kestabilan bot

Bagi yang tidak biasa casting di atas bot pancung, anda dinasihatkan mengambil sedikit masa  menyesuaikan diri untuk keseimbangan.

Jika tidak yakin untuk berdiri maka lebih baik casting sambil duduk saja. Kebanyakan bot pancung di sini direka untuk kelancaran pergerakan tetapi agak kurang stabil.

Elakkan dari melakukan pergerakan mengejut lebih-lebih lagi jika ada rakan yang casting sambil berdiri. Jaket keselamatan merupakan kelengkapan wajib pakai.

 

 

 ➡ Ikan terlepas

 

 

Jarak antara lantai dengan dinding bot juga agak rendah bukan saja membuatkan anda berasa sedikit gayat, malah juga memudahkan hasil tangkapan terlepas kembali ke air.

Pastikan anda mengendalikan hasil tangkapan dengan baik sekiranya tidak mahu melihat insiden badong yang didaratkan menggelepar hingga terlepas kembali air.

Ramai pemancing berhadapan dengan perkara ini termasuklah saya sendiri.

 

 ➡ Bantu tekong

Kebanyakan boatmen atau tekong di sini bukanlah tekong sepenuh masa. Ramai di antaranya hanya penduduk setempat yang memiliki bot pancung untuk kegunaan sendiri, bukannya untuk membawa pemancing memancing.

Jadi, sedikit sebanyak bantuan perlu diberikan kepada mereka. Jangan segan meminta tekong bawa ke mana-mana spot yang berpotensi pada pengamatan anda.

Begitu juga dengan kedudukan bot yang betul ketika menghadap lubuk.

 

 

Published by
Amang