Umpan yang sesuai untuk memancing pari adalah udang pasir bersaiz besar atau ikan tamban potong. Untuk kejayaan pertarungan, tali utama sekitar 65-70 lb benang 8 sulam. Perambut tangsi 70-80lb. Mata kail yang sesuai digunakan adalah bersaiz 4/0 & 5/0. Manakala joran pula anggaran kekuatan dalam 40lb-50lb. Dengan menggunakan set kasar kita akan berjaya menawan pari.
Ads
Untuk memancing pari ini perlu ada kesabaran yang tinggi. Jika kita parking di kedudukan yang betul (lubuk atau laluan pari) kita akan dapat merasa tarikan pari. Habitat pari pula kebiasaannya dia berjalan secara berkumpulan kecil. Jadi jika kita berjaya naikkan seekor pasti akan ada lagi yang akan memakan umpan di kawasan itu.
Ads
Tarikan pari memang tidak asing lagi dengan gaya perlawanan yang cukup sengit. Ada kala memakan masa sehingga 3-4 jam untuk menewaskan pari yang bersaiz monster. Jadi dengan tips ini dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan dunia pemancingan. Semoga ia memberi manfaat kepada para anglers.
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali pancing pada kail. Ada yang senang tapi tak kuat. Ada yang kuat tapi tak senang pulak nak buat.
Step 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Step 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Step 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Step 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Step 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Step 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Step 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Step 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara. Untuk penjelasan tentang ikan kuku, anda boleh layari laman web Umpan.
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika perhati barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
Lain lokasi lain panduan dan kaedah memancingnya walaupun memburu spesies yang sama. Begitu juga dengan situasi padang pancing popular Air Ganda di Gerik, Perak ini.
Berikut merupakan serba sedikit panduan & tip untuk korang yang kali pertama ke Air Ganda.
Penginapan
Khidmat memancing di sini berkonsepkan pakej casting harian. Jika kaki pancing bercadang nak memancing ekstra, perlulah menginap di hotel di pekan Gerik sebelum keesokan harinya datang semula ke Air Ganda.
Pancing layang
Selain casting menggunakan umpan tiruan atau gewang, Air Ganda juga menjadi kegemaran kaki fly fishing untuk bergasak dengan toman.
Malah jika korang berhasrat untuk memancing toman dengan menggunakan umpan keli pun bukanlah satu kesalahan.
Sesat
Korang juga boleh membawa bot sendiri sini, tetapi tidak ramai yang berani membawanya, lantaran landskap Air Ganda yang berliku-liku yang mampu menyesatkan. Jadi, gunakan saja khidmat guide yang ditawarkan.
Taktikal gewang
Pada awal pagi gunakanlah gewang jenis permukaan atau top water kerana toman lebih tertarik dengannya.
Selain itu pada ketika inilah korang berpeluang melihat sambaran-sambaran rakus gewang di depan mata.
Zon strike
Peluang untuk mendapatkan strike toman amat tinggi sekiranya gewang dilontar sehampir mungkin di bahagian hadapan atau sisinya.
Lontaran di bahagian belakang (bahagian ekor) agak sukar mendapat sambaran.
Penyelamat gewang
Alat penyelamat gewang atau lure retriever jangan sesekali terlupa bawa jika ke sini. Lebih-lebih lagi jika menggunakan gewang selam dalam atau kes tersangkut.
Tiada musuh
Populasi toman Air Ganda sentiasa membiak ekoran faktor makanan (ikan loma) yang banyak selain faktor dipenuhi bangkar-bangkar kayu dan tiada musuh.
Tapau
Makanan tengah hari perlu dibeli siap-siap dari luar atau bagi yang rajin memasak bolehlah membawa kelengkapan ringkas.
Sayangi nyawa
Bekalan air terutama air mineral juga perlu cukup kerana casting seharian memerlukan tenaga dan air yang banyak. Dan tentu saja jangan dilupakan jaket keselamatan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...