(oleh: Nas Ahmad)

Ikan begahak atau spesies Belodontichthys dinema adalah ikan pemangsa yang sinonim dengan perairan air tawar Sungai Pahang.

 

Waktu terbaik untuk memburu spesies ini adalah pada musim kemarau, lazimnya pada bulan Mac, Jun dan Ogos.

 

Ikan begahak biasanya mendiami kawasan sungai yang lebih dalam dan berarus.

Ia boleh ditemui secara berkumpulan ketika musim anak-anak ikan mungkus (ikan-ikan kecil) bergerak melawan arus mudik ke hulu.

 

baca juga Kenali Ikan Begahak

 

Untuk mengesan kehadiran begahak adalah tidak sama dengan kehadiran sebarau yang frenzy meligan anak-anak ikan.

Kehadiran begahak dikesan apabila ada kelibat anak-anak ikan yang melompat di permukaan air.

Ia berbeza dengan kesan sambaran dari sebarau yang kedengaran meletup-letup.

 

Teknik casting biasanya diaplikasi bagi memburu spesies ini. Ia sebenarnya boleh dipancing dengan kaedah lama iaitu menggunakan umpan ikan hidup namun keseronokan memancing lebih jika dilakukan dengan teknik casting.

 

Walaupun dengan kehadiran ikan mungkus, ada ketikanya ikan begahak ini tidak aktif mengejar anak-anak ikan ini.

Pada waktu ini boleh cuba teknik menunda gewang atau throlling bagi menarik keluar begahak keluar dari lubuknya di dasar sungai.

 

 

Untuk tujuan menunda gewang bolehlah gunakan gewang selaman dalam yang mampu menyelam sehingga 3 meter.

Pada asasnya tidak banyak terdapat kawasan melebihi 5 meter di Sungai Pahang. Sementara drag kekili perlu dilaraskan sehingga 50% sahaja bagi mengelak kes rabut atau lucut.

 

Sama ada menunda atau casting, gunalah treble hook atau mata tiga yang halus dan tajam. Ini kerana begahak diketahui jarang menelan gewang.

Sebaliknya lebih kepada melanggar atau menampar mangsa dengan pipi kepalanya. Sekiranya menggunakan mata kail yang tebal dan kasar maka peratus untuk hook up adalah rendah.

Begitu juga sekiranya menggunakan mata tunggal gewang atau single hook. Dalam erti kata lain, guna treble hook standard saja.

 

baca juga Menebing begahak musim kemarau

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan