Memang rugi kalau bertandang ke CWS tapi tidak memancing. Memancing saja tapi tak tau umpan atau teknik yang betul pun rugi jugak sebab tak dapat nak rasa strike. Jadi kami perturunkan sedikit ilmu yang kami perolehi ketika bertandang ke CWS ini.
Sekiranya nak strike ikan peacock bass atau PB, spin fly paling popular digunakan di sini. Hasilnya memang terbukti mencakup berbanding gewang-gewang lain. Tapi kalau nak lagi power, boleh saja bawak anak ikan kap atau pimpim. Memang laju PB mengejar umpan anak ikan.
Sewa bot untuk dapatkan PB bersaiz besar. Dengan bot kita boleh meneroka lebih banyak lubuk yang ada dan boleh mengejar ‘boiling’. Putih mata jawabnya bila menebing dan tengok ikan boiling nun jauh di tengah lubuk.
Kawasan pelantar yang menjadi tempat simpanan bot dan belakang gelanggang tenis menjadi antara tempat terbaik memburu PB bersaiz kasar jika memancing secara landbase. Kawasan yang dilitupi teratai menjadi port terbaik memburu haruan dan toman.
Jika ingin memancing atau memburu rohu, jelawat dan temoleh… korang boleh layan di balkoni resort sahaja. Sediakan umpan terbaik memburu spesies ini seperti dedak, palet atau hirisan sawit.
Gila mancing? Jom join www.facebook.com/umpania101
Umpan roti berkesan digunakan untuk memburu ikan kaloi, patung dan temakang yang banyak bermain di kawasan sekitar chalet.