Tip Melancarkan Enjin Bot!!

Share

 

Terdapat persoalan kenapa perlu menaikkan sedikit pendikit minyak walaupun dalam buku manual ia tidak perlu dinaikkan. Sistem bahan bakar enjin sangkut yang menggunakan karburetor menghantar bahan api petrol ke bahagian omboh piston.

 

Bagi enjin sangkut yang berusia sistem salur minyak tangki terus ke karburetor ini mungkin berjalan dengan baik kerana mendapan minyak pelincir seperti 2T melekat pada salur getah ataupun karburetor.

 

Karburetor perlu dicuci sekurang kurangnya 3 bulan sekali bagi enjin yang kerap digunakan dan bagi enjin yang jarang digunakan karburetor perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum turun membawa enjin sangkut ke padang pancing.

 

Enjin sangkut yang disimpan terlalu lama boleh menyebabkan mendapan minyak pelincir menjadi pekat dan menutup salur minyak karburetor dan tidak dapat menghantar bahan api dengan baik.

 

Bagi enjin sangkut yang sukar dihidupkan tanpa memulas pendikit minyak, sistem choke perlu ditarik untuk memberi ruang udara pada karburetor untuk mencetuskan bahan api bagi menghidupkan enjin.

 

Antara peralatan lain yang perlu diperiksa adalah sistem salur minyak yang sentiasa dalam keadaan baik dan tiada kebocoran walau sehalus jarum.

Pastikan socket penyambung minyak dari salur getah ke bahagian enjin masuk dengan tepat supaya pengaliran minyak dapat terus dihubungkan ke bahagian penapis seterusnya ke bahagian karburetor.

 

Sebelum menghidupkan enjin, pam minyak sehingga diyakini memenuhi ruang salur dan sampai kepada karburetor.

Pastikan juga gear dalam keadaan kosong dan mula menarik tali penghidup enjin secara perlahan. Jangan tarik dengan cara menyentap dengan kuat kerana gigi gear mungkin akan lucut dan jika ia kerap terjadi, kemungkinan bahagian starter mengalami kerosakan.

 

Palam pencucuh (plug) yang sepatutnya ditukar mengikut kekerapan penggunaan perlu juga diberi perhatian dan ia alat yang wajib dibawa sebagai sparepart tambahan ketika keluar memancing.

 

Sekiranya bancuhan 2T berlebihan bagi enjin 2 lejang, palam pencucuh ini akan menjadi basah dan menyebabkan sistem elektronik yang bertindak sebagai pengalir tenaga bahan bakar terencat akibat palam pencucuh yang basah.

 

 

Published by
Amang