Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba pancingan sungai pegunungan sebegini, saya ingin berkongsi sedikit panduan dan info:
Untuk trip melibatkan trekking, persediaan bersenam atau berjoging adalah cara terbaik untuk persediaan. Tidak mengapa jika kita berbadan besar yang penting sihat dan cergas.
Pilih beg yang sesuai untuk tujuan trekking dan hadkan barang yang akan dibawa. Bawa barang yang betul-betul penting untuk digunakan saja.
Pastikan kasut yang dipakai jenis tahan lasak. Bagi saya dan kebanyakan geng trekking, kasut getah berharga kurang dari RM10, sudah cukup baik. Pastikan saiznya tidak terlalu ketat dan longgar.
Ads
Pakai stoking untuk elakkan kaki melecet. Gunakan stoking panjang (stoking bola untuk elakkan serangan pacat dan terkena duri).
Pakai pakaian yang cepat kering. Kalau boleh elakkan pakaian material cotton yang menyerap dan menyimpan air. Dan jangan lupa bawa sleeping bag kerana cuaca malam sangat sejuk.
Ads
Maksimum dua joran setiap seorang. Jangan bawa joran 1 piece. Jika ada travel rod 3-5 pieces lagi bagus. Dan pastikan joran yang dibawa bersesuaian dengan jenis pancingan sungai pegunungan.
Bawa kelengkapan sewajarnya seperti tiub motosikal, minyak petrol tambahan, pam angin, spanar, jika menaiki motosikal. Untuk perjalanan dalam hutan, sebaiknya tukar tayar kepada tayar berbunga cross.
Buang atau tanam sampah (tin kosong, plastik) di satu tempat, jangan sepahkan ia. Tanamkan sikap menyayangi alam semula jadi yang bersih dan sihat.
Ads
Pastikan jalan dalam kumpulan, elakkan dari terpisah jauh dengan rakan. Setiap orang pastikan nampak kelibat rakan di hadapan dan rakan di hadapan pula kena pastikan ada rakan di belakangnya.
Jangan menegur jika terpandang perkara pelik di dalam hutan, mengambil dan bawa pulang benda-benda yang pelik.
Doa, tawakal mohon perlindungan keselamatan dari Allah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai pemancing yang tak makan ikan pacu kerana tidak pernah mencubanya. Atau sebab rasa isinya yang rasa macam tanah. Sebenarnya jika dibersihkan dengan teliti bagi menghilangkan hanyirnya dan dibuat asam pedas… rasanya ramai pemancing yang sanggup berpanas memancing ikan pacu.
Bahan
1 ekor ikan pacu (saiz kecil)
1 sudu asam jawa dibancuh dengan setengah cawan air
2 batang serai diketuk
Seikat daun kesum
Bendi atau terung (tak suka tak payah)
Air
Minyak
Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (dilembutkan dahulu)
1 inci belacan
I inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Cara Menyediakannya:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak dan wangi.
Tambahkan air asam jawa
Masukkan air (nak pekat letak sikit) dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kemudian baru masukkan ikan.
Tambah bendi, terung atau apa saja sayur dan biar semuanya masak.
Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 lagi dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung Cormorant ini disebut ‘ukai’.
Biasanya teknik ini dilakukan bersama nelayan lain yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung Cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran.
Setelah burung Cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, ia dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.
Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat pada leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun
burung Cormorant masih boleh menelan ikan kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang diinginkan nelayan.
Teknik ini sangat berkesan pada waktu malam kerana nelayan menggunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.
Saat ini, teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin luput ditelan zaman.
Lebih malang lagi, teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia di mana nelayan muda lebih gemar menggunakan teknik moden seperti jaring dan pukat.
Fakta
Burung Cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Menu utamanya ialah ikan.
Bila disebut raksasa atau monster, apa yang terbayang pada fikiran anda? Secara peribadi, saya masih sukar untuk percaya kewujudan raksasa.
Sedangkan naga pun susah nak terima kewujudan, apatah lagi monster di lautan dalam. Namun, disenaraikan juga antara raksasa lautan yang dikatakan pernah wujud jutaan tahun dahulu.
MOSASAURUS
Fosil Mosasaurus membuktikan saiznya boleh mencapai sehingga 50 kaki panjang. Ini menjadikan spesies ini antara spesies pemangsa yang terbesar pada zaman Cretaceous.
Kepala Mosasaurus kelihatan seakan buaya zaman moden dan dengan deretan gigi tajam yang kukuh, raksasa ini mampu membaham hampir kebanyakan mangsanya dengan mudah walaupun mangsa dilengkapi sistem cangkerang.
LIOPLEURODON
Liopleurodon menghuni lautan sekitar Eropah ketika zaman Jurassic dan merupakan antara pemangsa yang ganas. Raksasa lautan ini mampu mencapai lebih daripada 20 kaki panjang.
Rahangnya yang besar dengan barisan gigi yang tajam menjadikannya pemangsa yang ditakuti lantas membolehkannya menguasai rantaian makanan ketika itu.
TANYSTROPHEUS
Tanystropheus merupakan reptilia namun menghabiskan kebanyakan masa memburu di lautan marin bagi mencari mangsanya.
Raksasa reptilian ini mampu membesar sehingga 20 kaki dan menjadikan ikan sebagai diet utamanya. Spesies ini dipercayai wujud sekitar 215 juta tahun dahulu pada zaman Triassic.
THALATTOARCHON SAUROPHAGIS
Fosil raksasa lautan ini merupakan antara fosil yang paling baru ditemui. Saiznya sekitar 30 kaki panjang dan hampir menyamai sebuah saiz sebuah bas.
Dipercayai spesies ini hidup sejak 244 juta tahun dahulu. Saintis menganggarkan spesies ini hidup ketika selepas fasa kepupusan Permian iaitu fasa hampir kebanyakan hidupan laut mengalami kepupusan.
NOTHOSAURUS
Raksasa ini hanya sekitar 13 kaki panjang namun merupakan pemangsa yang agresif. Mulutnya dipenuhi dengan gigi tajam dan sering memburu ikan kecil dan sotong.
Nothosaurus dipercayai gemar menyerang hendap mangsanya. Fosil menunjukkan spesies ini hidup ketika zaman Triassic.
THALASSOMEDON
Thalassomedon merupakan spesies Pliosaur di mana namanya diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Raja Laut’.
Pemangsa ini mampu mencecah sehingga 40 kaki. Sirip kiri dan kanannya sahaja sepanjang 7 kaki.
Raksasa ini merajai lautan sehingga zaman Cretaceous sebelum kewujudan pemangsa yang lebih ganas seperti Mosasaur.
TYLOSAURUS
Saiz Tylosaurus mencecah sehingga 50 kaki dan merupakan pemangsa yang sangat menggemari daging.
Kebanyakan hidupan yang lebih kecil daripadanya akan menjadi mangsanya. Raksasa prasejarah ini hidup ketika zaman Cretaceous dan menjadi raja di kawasan laut Amerika Utara.
Tylosaurus juga menghuni tangga atas bagi pyramid makanan waktu itu.
DAKOSAURUS
Penemuan pertama fosil Dakosaurus ialah di Jerman dan dikatakan antara pemangsa utama ketika zaman Jurassic.
Fosil lain yang ditemui menunjukkan spesies ini turut berlegar dari England ke Rusia sehingga ke Argentina.
Bentuknya seakan buaya zaman moden dan saiznya dikatakan mencecah 16 kaki. Bentuk giginya yang unik dipercayai menjadikan spesies ini antara pemangsa teratas ketika zamannya.
SHASTASAURUS
Shastasaurus merupakan pemangsa marin yang kelihatan seakan ikan lumba-lumba moden. Spesies ini menjangkau saiz yang begitu besar ketika zaman Triassic lebih 200 juta tahun dahulu.
Spesies ini merupakan varieti daripada Ichthyosaurs yang mampu membesar sehingga 65 kaki. Berenang di lautan sebagai pemangsa,raksasa besar ini menjadikan ikan lain sebagai diet utamanya.
MEGALODON
Salah satu daripada pemangsa marin terbesar sepanjang zaman dan jerung terbesar pernah direkodkan.
Megalodon menjadi raja ketika era Cenozoic iaitu sekitar 28 – 1.5 juta tahun dahulu. Saiznya lebih besar berbanding jerung putih moden, pemangsa marin terhebat masa kini.
Jika jerung putih sepanjang 20 kaki, Megalodon pula mencecah 65 kaki iaitu lebih panjang dan besar berbanding sebuah bas!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...