Tip Keselamatan Memancing!!

Share

 

Jangan suluh sembarang

Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh. Paling penting jangan menyuluh secara terus ke arah air.

Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita, sebaliknya boleh mengundang haiwan berbahaya. Tabiat menyuluh ke air ini sememangnya sukar untuk dihakis oleh para pemancing.

 

Kit Penghalau serangga

Insect repellent atau kit penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan memancing. Tidak kiralah dalam sapuan atau semburan. Kecuali, korang sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.

 

Pakaian sesuai

Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan serba-serbi warna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.

Seperkara lain, ia turut menyulitkan rakan sendiri kerana boleh menimbulkan banyak kekeliruan.

 

Pancing berkumpulan

Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma memancing di sungai belakang rumah atau tepi lombong, setidak-tidaknya ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

 

Jangan sepahkan peralatan

Amalkan sikap menyimpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan. Jangan malas bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.

 

Unggun api

Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (peringatan : jangan pula korang buat unggun api jika memancing di atas sampan!)

 

Kenal ikan

Ambil sedikit masa terlebih dahulu spesies tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.

 

Belerang

Jika perlu, tabur belerang dalam bentuk lingkaran bagi memagari kawasan korang memancing. Ia bertujuan untuk menghalang binatang atau serangga berbisa memasuki kawasan korang. Namun, jangan biarkan belerang itu terlepas masuk ke kawasan air.

Published by
Amang