Tip Jimat Guna Batu Ladung!!

Share

 

Andai kata kalau sebiji batu no 4-8 berharga RM1 dan ke atas dan setiap trip diandaikan menggunakan 10 batu ladung serta purata ia akan sangkut 3-4 ketul, berapa pula nilai RM yang lebur untuk trip dua kali sebulan dan darab dengan setahun.

 

Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.

Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.

 

Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh

(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.

 

Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubahsuainya di bengkel pertukangan.

Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.

 

Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!

 

Published by
Amang