Satu set assist hook (dua mata kail) ada yang berharga hingga puluhan ringgit. Kurang-kurang pun belasan ringgit juga la. Tentu fikir berbelas kali nak dibuang, bukan?
Tahukah anda mata kail tersebut sebenarnya masih lagi boleh digunakan dan berfungsi baik jika anda mengendali dengan baik. Untuk penjimatan juga, adalah lebih baik sebenarnya anda menggunakan mata kail tahan karat.
Ia tahan lama dan selamat digunakan berulang kali. Jika ingin memancing di laut, pilih mata kail yang bertulis saltwater pada bungkusannya kerana ia sememangnya berupaya menahan hakisan air masin.
Ads
Cara penjagaan mata kail
Ads
Selepas pulang daripada memancing terutamanya di laut (air masin), jangan sesekali lupa untuk bersihkan dan bilas dengan air tawar. Kemudian keringkan di bawah sinaran cahaya matahari.
Selepas dikeringkan, periksa satu persatu mata kail. Perhatikan mana bahagian yang ada tanda karat. Jika ada, gosok dengan kertas pasir. Penting untuk anda menyimpannya dalam kotak pancing anda. Sila amati semula, jika kurang tajam, boleh gunakan kikir halus (handlife) dan asah pada bahagian berkenaan.
Ads
Jika mata kail agak berkarat adalah lebih baik anda membuangnya sahaja. Paling penting, mata kail yang telah anda bersihkan ini jangan sesekali dicampurkan ke dalam bekas atau pek mata kail yang masih belum digunakan. Anda perlu menyediakan satu bekas khas untuk mata kail yang terpakai.
Perkara yang sama juga jika anda menggunakan assist hook atau mata kail gewang. Jangan simpan begitu saja gewang-gewang di dalam tackle box selepas digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Joran memancing jika terlalu lama tidak digunakan akan rosak juga. Tetapi itu lebih baik daripada rosak ketika menggunakannya. Oleh yang demikian, ikuti tip yang kami sediakan ini untuk menjamin joran anda mampu bertahan lama.
Sebaiknya elakkan dari mengepam atau menaikkan joran melebihi 90 darjah ketika bertarung dengan ikan bagi memelihara backbone atau tulang belakang joran.
Elakkan dari menegakkan joran secara tegak (90 darjah) ketika meletakkannya pancang kerana sentapan kasar ikan boleh menyebabkan tip (hujung joran) patah.
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Pasti juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada member… khususnya member yang baru belajar memancing.
Seandainya anda memancing di kawasan pantai berpasir sebaiknya survey dahulu jadual air pasang besar kerana pada ketika air bergerak pasang dan penuh kawasan yang berpasir tadi akan menjadi kawasan yang agak dalam dan ketam pada kebiasaannya akan lebih menggemari bermain atau mencari makanan di kawasan tersebut hingga ke pantai.
Bagi pemancing di pantai, sebaiknya mula memancing 3 jam sebelum air mula bergerak pasang penuh dan 2 jam selepas air mula bergerak surut.
Penggunaan Rod yang sesuai adalah dari 12 kaki ke atas. Tujuan penggunaan rod surf cast bersaiz 12 kaki ke atas adalah spot balingan dan jatuhan Jaring Ketam Drone yang agak jauh dari pantai.
Sebaik-baiknya jika di pantai terdapat jeti atau batu-batu pemecah ombak, ia memberikan advantage bagi para pemancing ketam untuk membuat lontaran lebih jauh dari kawasan pantai dan berpotensi untuk mendapatkan ketam yang lebih bersaiz besar dan banyak.
Bagi pemancing di atas rumah rakit, kelong atau jeti, pilihan rod terpulang kepada pemancing sama ada mahu menggunakan rod surf cast 12 hingga 15 kaki atau rod bersaiz 6 hingga 10 kaki (mengikut kesesuaian tempat).
Sebaiknya survey dahulu jadual air kecil atau jadual air pasang berarus perlahan kerana jaring Ketam Drone ini disebabkan apabila jaring berada di dalam dasar air masin ia akan mengembang dengan baik.
Air pasang besar amat tidak sesuai digunakan semasa berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti kerana arus air yang kuat serta laju akan menghanyutkan jaring tersebut biarpun batu ladung yang besar digunakan sebagai pemberat namun akan menyebabkan jaring tidak betul-betul berada di dasar air laut.
Saiz batu ladung yang disyorkan bagi pemancing di pantai adalah bersaiz 6 begitu juga jika berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti bergantung pada arus air.
Umpan yang disyorkan adalah ikan sardin atau Selayang. Umpan tersebut tidak semestinya segar sebaiknya pilihlah ikan yang agak lama sedikit atau mendapati perutnya hampir pecah ini kerana ketam amat tertarik pada umpan yang agak lama dan sedikit berbau hanyir ikan dan saiznya tidak perlu terlalu besar. Selain itu umpan kulit ayam juga boleh digunakan untuk memancing ketam.
Semasa umpan mula dikutis oleh ketam, di hujung rod akan berlaku sedikit pergerakan naik dan turun (terhangguk-hangguk) seperti memancing udang galah.
Perkara utama sebelum mula menarik jaring dari dasar, biarkan dahulu jaring tersebut dikutis ketam selama 4 ke 5 minit tujuannya adalah bagi memastikan ketam telah mula terperangkap di jaring dan jika anda menariknya dengan cepat, besar kemungkinan ketam tersebut boleh terlepas dari perangkap jaring.
Drag spinning reel haruslah dalam keadaan sedikit longgar, ini kerana jaring tersebut bila-bila masa sahaja ikan akan masuk perangkap jaring, dibimbangi ikan besar yang masuk perangkap Jaring Ketam Drone.
Jadi sentiasa berhati-hati jika drag spinning reel terlalu ketat peratusan rod terbang masuk ke dalam air.
Umpan harus dipantau selalu, andai terlalu lama umpan di dalam air kemungkinan besar umpan hanya tinggal tulang dan jangan sama sekali memancing ketam di kawasan berbatu kerana jaring ini mudah sangkut pada batu-batu karang di dalam laut dan juga bahaya pada keselamatan diri anda.
Kejadian mata kail tidak tercangkuk atau tertancap kemas pada mulut ketika melakukan strike merupakan satu perkara yang sangat mengecewakan. Apatah lagi setelah menunggu sekian lama menunggu ikan memakan umpan.
Perkara ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang pelik dan kemungkinan anda sendiri pernah hadapi. Begitu juga kejadian ikan rabut ketika sedang bertarung. Semuanya berlaku disebabkan mata kail tidak solid hook up. Di sini kami sediakan beberapa faktor yang menjadi punca.
Saiz mata kail yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut ikan. Untuk spesies bermulut besar, saiz dicadangkan adalah 3/0 atau 4/0.
Mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
Terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan. Kecuali anda memancing dengan teknik casting menggunakan umpan tiruan maka tidak perlulah menunggu untuk strike.
Teknik pasang umpan juga menjadi punca mata kail tidak tercangkup kemas. Jika cangkuk pada bahagian ekor kurang menjadi, cuba pula pasang mata dekat bahagian kepala udang. Dan pastikan juga mata kail tidak tenggelam di dalam badan umpan.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...