Tip & info Memancing Di Sri Ganda

Share

 

Sekiranya bercadang untuk menguji lapangan Sri Ganda di Delta Kinabatangan yang terletak di Lahad Datu, Sabah… di sini kami sediakan serba sedikit setting peralatan yang sesuai untuk digunakan.

 

Joran

Memadai menggunakan joran dengan kekuatan maksimum 10-20lb dengan panjang maksima 6 kaki. Dua set joran perlu dibawa dengan kekuatan yang sama atau berbeza.

 

 

Kekili

Boleh menggunakan kedua-dua jenis kekili spinning atau baitcaster. Saiz yang sepadan dengan set joran dan kekuatan tali pancing. Sebaiknya juga bawa 2 set kekili yang kalis air masin.

 

Tali & Perambut

Tali sulam sekurang-kurangnya 30lb dan leader 40lb. Tali dan leader yang lasak amat penting untuk membolehkan gewang dilontar di celah-celah daun nipah ke lubuk di bawahnya.

 

Gewang

Hampir semua spesies BB & MJ yang kami daratkan menggunakan gewang selaman dalam tanpa mengira warna gewang.

 

 

Mata 3

Sama ada nak guna single hook atau treble hook pastinya ia kuat. Sebaiknya guna mata dengan kekuatan 3X ke atas.

 

Jaket Keselamatan

Digalakkan menggunakan jaket keselamatan berikutan terjatuh dari sampan.

 

Tambahan:

 

Tidak digalakkan terlalu kerap mencuci tangan kerana dikhuatiri akan menarik perhatian buaya yang turut mendiami Delta Kinabatangan ini.

 

Sri Ganda sudah mula mengamalkan konsep tagal untuk spesies BB atau tembaring namun spesies lain masih boleh ditapau.

 

 

Published by
Amang