Tip DIY Memperkukuhkan Lidah Gewang TDD!!

Share

 

Badan gewang yang diperbuat daripada kayu balsa yang agak lembut ini mudah pecah atau koyak sekiranya digasak ikan bersaiz kasar.

Sering berlaku sekiranya ia disambar ikan bersaiz kasar ialah lidahnya patah atau tercabut dan juga ekor gewang yang terkoyak.

Oleh yang demikian, kami belanja sedikit tip DIY untuk mengikat gewang ini bagi memperkukuhkannya.

 

Keperluan:

 

Gewang (Rapala Tail Dancer Deep)

Playar

Jarum peniti

Gam gajah

 

Cara-cara DIY:

 

Langkah 1

 

Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.

 

Langkah 2

 

Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.

 

Langkah 3

 

Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.

 

Langkah 4

 

Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.

 

Langkah 5

 

Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.

 

Langkah 6

 

Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.

 

 

Published by
Amang