Oleh: Shahzairy Shahrom
Memandangkan ramai sahabat yang bertanya cara untuk casting di tebing berbatu, saya nak share sikit tips dan info. Semoga menjadi panduan.
Subjek 1 : SASARAN
Sebelum memulakan trip pastikan ikan apa yang nak disasarkan supaya senang nak setup peralatan memancing.
Contohnya; kalau nak target GT, talang, barracuda dan spesies pemangsa yang menyambar bolehlah siapkan set pancing yang kasar dan gewang permukaan seperti popper dan pencil. Sinking minnow dan micro jig pun ok.
Untuk ikan dasar macam kerapu, jenahak dan MJ boleh guna soft plastic dan gewang selam dasar.
baca juga Rekod Landbase Casting Kerapu 38kg!
Subjek 2 : TEMPAT DAN PASANG SURUT
Lain tempat lain cara. Ini yang selalu terjadi… bila orang ni pergi, dapat ikan banyak tapi bila orang lain pergi tak dapat ikan pulak. Okey… nak terangkan sikit. Saya akan pergi 2-3 kali di sesuatu spot untuk betul-betul paham waktu ikan makan di situ.
Ada yang frenzy waktu air pasang dan sebaliknya. Pastikan sentiasa meneliti jadual pasang surut sebelum memulakan trip. Jangan cakap ikan takde kalau kumpau. Laut tu memang tempat dia duduk.Cuma waktu makan dia je kita nak kena paham.
Subjek 3 – GEWANG
Tiada istilah gewang ‘killer’. Mahal ke murah ikan bukan tau pun. Cuma kita je yang nak kena paham apa yang ikan nak makan masa tu. Warna, bentuk dan jenis teknik. Itu semua caster sendiri yang kena pelbagaikan. Jangan malas tukar gewang.
Cara karauan pun memainkan peranan. Bukan baling tarik je. Pelbagaikan cara. Karau laju ke, jerk atau karau henti, lepas tu karau balik. Ikan follow gewang tapi tak nak ambik itu perkara biasa.
Masa tu kita kena ubah cara karauan dan pelbagaikan teknik sampai la ikan tu tergoda. Yang penting kena rajin dan jangan cepat putus asa.
Subjek 4 : SET CASTING
Bila menebing di laut ni saya suka pakai rod, reel, tali dan perambut kasar.Sebabnya saya sayang ikan dan gewang. Rugi kalau tali putus ikan terlepas. Ikan sedap pulak tu. Memang boleh nak pakai set kecik tapi pastikan dulu kawasan di sekeliling.
Cari tempat yang airnya dalam, tiada batu-batu timbul. Barulah boleh layan kalau kena ikan besar. Perambut 100% flurocarbon juga penting. Mahal sikit takpe asalkan lasak dan ikan pun tak berapa nampak.
Subjek 5 : KACA MATA POLARIZED
Kaca mata polarized ini penting. Bukan sekadar untuk nampak kacak je. Tapi penting masa nak casting. Bila pakai polarized kita akan nampak batu-batu di dalam air.
Sebelum mula cast saya akan teliti dulu batu-batu tinggi di dalam air. Tengok macam mana nak kawal larian ikan kanan ke kiri. Gewang pun selamat kalau kita tau kat mana kedudukan batu tinggi di dalam air.
Dan kena tengok tempat untuk daratkan ikan. Kalau tak teliti benda ni, tu yang selalu putus masa ikan dah nak dinaikkan.
Subjek 6 : KESELAMATAN
Pastikan kasut sesuai. Hand glove penting untuk lindung tapak tangan masa nak panjat batu. Dan jangan tinggal kawan. Pastikan sentiasa berteman dan jangan terlalu teruja.
Bila berteman macam manfaat boleh dapat. Mana la tau terjatuh ke apa ke… ada la member yang boleh bantu. Kalau dapat hasil pun member boleh ambilkan gambar.
Subjek 7 : CUKUP REHAT
Esok ada trip, malamnya tak boleh nak tidur. Itu situasi normal. Tak perlu la terlalu beria sangat. Rehat tu penting. Bila tak cukup tidur tu yang jadi mental.
Gewang sangkut marah batu, tali kusut marah tali, member dapat ikan pun muka ketat je. Bila dah macam tu hilang la keseronokan.
Subjek 8 : REZEKI
Bila dah cuba sedaya upaya tapi masih kumpau anggap saja tak ada rezeki sebab rezeki tu Tuhan yang tentukan. Orang memancing di kolam berbayar pun kekadang kumpau sedangkan dalam tu dah terang-terang banyak ikan.
Dan kalau ada rezeki lebih tu bagi la sikit kat member yang kumpau. Pergi sama-sama apa salah hasil bagi sikit sorang. Barulah datang seronoknya.
baca juga Tip & Trik Casting: Ketahui fungsi lidah gewang
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan