Kalaulah harga joran mencecah ribuan ringgit sekalipun, jika tidak dijaga dengan cermat lambat lain ia akan rosak juga.

Jadi pemancing semua, apa kaedah yang anda gunakan untuk memastikan kualiti joran kalian sentiasa dalam keadaan tip top?

Berikut adalah lima tip asas untuk menjaga joran anda, mungkinkah anda menggunakan cara yang berbeza?

 

 ➡  BERSIHKAN JORAN

 

 

 

 

Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan joran.

Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran dengan air tawar dan menggunakan sabun adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran.

Ads

Terutamanya bahagian guide atau cincin joran. Bahagian ini paling mudah bergaram sekaligus mereputkannya.

 

 ➡  LAP KERING JORAN

Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan.

Sebaiknya juga ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum ia disimpan di dalam almari atau sarung khas.

 

 

Ads

 

 ➡  OLIS MINYAK

 

Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak. Sekiranya tak mampu nak beli minyak yang mahal-mahal, guna minyak Singer pun boleh.

Minyak memainkan sedikit peranan bagi menghalang pembentukan garam atau dijangkiti fungus.

 

 ➡  SIMPAN DI TEMPAT KHAS

Ads

 

 

Dapatkan beg atau rak khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya.

Jangan sesekali menyandarkan joran secara condong pada dinding kerana ia akan menyebabkan joran melengkung.

 

 ➡  ELAKKAN TERKENA PANAS

 

 

Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas secara langsung dan bahang panas seperti meletakkannya di dalam kenderaan.

Suhu panas berbahang boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI