Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Ads
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Ads
Pasti juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Ads
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada member… khususnya member yang baru belajar memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berbanding sotong mengabang, aktiviti mencandat atau eging sotong katak agak terpinggir sedikit. Selalunya katak ditangkap secara tidak sengaja ketika pencandat memburu sotong mabang dan amat jarang atau sukar ditangkap ketika para pencandat memancing sotong torak.
Ini disebabkan pecandat sotong torak kerap mengunjun candat pada paras pertengahan air. Sedangkan sotong katak lebih kerap berada berhampiran dasar laut. Oleh kerana itu sotong katak selalunya ditangkap dalam jumlah yang banyak oleh para nelayan menggunakan bubu. Saiz tangkapan selalunya saiz yang hampir sebaya.
Sebelum kita belajar tentang teknik menjerat sotong katak, terlebih dahulu kita perlu tahu tabiat sotong ini.
Pengetahuan tentang tabiat katak akan memudahkan proses kita menjeratnya. Sotong katak merupakan sotong yang mencari makan di bahagian dasar. Jarang sekali sotong ini naik ke permukaan atas air kecuali di kawasan cetek. Sotong katak boleh dikategorikan dalam kumpulan sotong yang pemalu. Pergerakannya untuk melarikan diri juga agak lambat berbanding sotong-sotong lain.
Sotong katak menangkap makanannya secara memeluk dan menekup. Ini kerana sotong katak tidak mempunyai dua tentakel seperti sotong lain yang memburu secara menyumpit dan memegang dengan laju. Disebabkan semua tentakelnya hampir sama panjang… setiap tentakel berpotensi untuk terkena mata candat. Selalunya candat udang akan dipeluk kemas di dalam semua tantakelnya.
Sotong katak biasa bertelur di celah karang dan kerap juga dijumpai pada tali-tali bubu dan unjam laut. Telurnya berangkai-rangkai dan telur yang matang berwarna lebih gelap. Sebiji telur akan menetaskan seekor anak sotong katak.
Tip Tambahan
Warna candat yang digunakan tidak kisah. Penggunaan candat hijau dan merah, saiz candat udang 2.0 dan 2.5 di kawasan pantai berjaya memikat sotong-sotong ini.
Candat udang perlu ditarik secara perlahan atau kejutan lembut (slow jerking).
Jangan tarik terlalu laju. Badan sotong katak lebih berat menyebabkan ia gagal mengejar candat yang ditarik laju. Kalau boleh… tarik candat secara mengheret dan berhenti-henti.
Lokasi memainkan candat hampir dengan dasar.
Agak sukar menjerat katak jika candat dimainkan di tengah atau permukaan air kecuali di kawasan cetek. Peratus tarikan di kawasan dasar adalah paling tinggi.
Adakalanya tarikan berlaku ketika candat hampir hendak dinaikkan ke atas.
Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran. Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.
Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoxy terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus. Rajin-rajinlah periksa bahagian ini.
Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.
Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.
Bahagian pemegang joran ini paling cerewet jika berlaku kerosakan. Tidak ramai pembuat joran custum sedia menerima tugas untuk menukar pemegang joran yang rosak. Bagi memastikan bahagian ini tidak cepat rosak, pastikan anda memasukkan tapak kekili dengan betul dan tidak mengetatkannya secara berlebihan.
Aktiviti memancing ikan belida mempunyai tarikan dan peminat yang tersendiri. Kekuatan ketika pertarungan serta bentuk menarik ikan ini menaikkan nilai giant featherback sebagai salah satu ikan air tawar yang wajar diberikan pujian. Beberapa kaedah pancingan boleh dicuba untuk cuba memperdaya spesies ini.
Antara teknik yang boleh diaplikasi termasuk pancingan dasar, pancingan menggunakan pelampung, casting serta teknik trolling. Ikan belida mampu mencapai berat sehingga 25 kilogram dengan panjang ukuran badan sehingga 1.5 meter. Tidak hairanlah ikan ini mampu menarik perhatian kaki pancing untuk diletakkan dalam senarai ikan wajib dipancing.
Dalam pancingan ikan belida, ketika sambaran berlaku pemancing harus bersedia kerana belida akan melakukan aksi lompatan ke belakang deras yang penuh karisma bagi cubaan menanggalkan mata kail.
Ketika ini, pemancing harus memastikan tali utama sentiasa dalam keadaan tegang ketika lompatan dibuat. Selain itu, ketika pendaratan juga, pemancing tidak boleh alpa kerana belida sering melakukan henjutan akhir tatkala telah hampir ke tebing atau ketika cuba disauk menggunakan jaring.
Ikan belida juga jarang memberikan kerjasama ketika pengendalian setelah dinaikkan. Biasanya ikan ini akan terus menggelepar sehingga kepenatan. Jika anda mahu melepaskan kembali, pastikan anda kendalikan dengan cermat. Pastikan juga ikan ini mendapat tenaga secukupnya sebelum dilepaskan semula dengan menghayun
ikan ini ke depan dan belakang untuk beberapa minit sehingga ekornya beralun dan dapat memegang badannya di dalam air.
Waktu terbaik untuk memancing belida ialah awal pagi dan juga lewat petang. Selain itu, mungkin anda mahu mencuba ketika waktu lepas hujan kerana belida juga gemar keluar memburu selepas waktu hujan.
Umpan
Untuk memancing ikan belida, teknik dasar atau pelampung boleh digunakan. Jika menggunakan kaedah pelampung anda boleh menggunakan cacing atau udang hidup sebagai umpan utama.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan ikan kecil sebagai umpan. Teknik pancingan dasar juga merupakan salah satu teknik paling efektif untuk pancingan belida. Umpan yang boleh digunakan termasuk cacing, ikan seluang, ikan puyu, ikan lampam serta ikan sepat.
Jika menggunakan umpan, pastikan anda menggunakan perambut yang halus diameternya kerana belida antara ikan yang agak sensitif. Spesies ini akan meluahkan semula umpan yang diambil jika merasakan terdapat tegangan pada perambut.
Gewang
Selain penggunaan umpan, penggunaan umpan tiruan juga efektif menjerat pemangsa nokturnal ini. Penggunaan gewang minnow yang kecil, spinner serta sesudu mampu untuk memperdayakan belida untuk menghentam gewang yang digayakan.
Kaedah mengilat boleh digunakan dengan variasi karauan yang pelbagai. Namun oleh kerana kawasan lingkungan teknik mengilat agak terhad, mungkin anda boleh mencuba kaedah trolling.
Kebanyakan belida tumpas dengan teknik trolling kerana lingkungan kawasan yang boleh dilalui oleh gewang anda lebih luas. Belida tidak akan teragak-agak untuk membaham gewang anda jika gewang anda lalu di hadapannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...