Cara mudah yang pertama sekali anda perlu lakukan ialah anda perlu dapatkan segera hasil tangkapan anda walaupun seekor ikan puyu. Tanpa subjek ini maka gambar anda dikira gagal kerana tidak berjaya mendapatkan hasil yang baik.
Keduanya, anda perlu menahan nafas setiap kali mengambil gambar ikan tersebut. Ini kerana, salah satu punca gambar `bergerak’ atau tidak jelas ialah anda atau jurugambar tersebut tidak bersedia dengan betul. Nampak mudah, akan tetapi jika anda pakai kamera telefon pun, anda patut cuba menahan nafas beberapa saat ketika mengambil gambar.
Seterusnya mesti fokus kepada subjek. Fokus menjadi titik utama bagi memberi gambaran apakah subjek yang ingin anda gambarkan. Sekiranya ikan sahaja menjadi subjek anda, cuba laraskan kamera menjadi lebih hampir kepada ikan tersebut.
Anda boleh menggunakan zoom lens untuk merakam ikan secara close-up, merakam sisik ikan, gigi ikan atau apa sahaja yang anda rasakan kreatif.
Sekiranya anda menggunakan lensa normal 18-55mm, dekatkan diri anda kepada subjek tersebut dan kurangkan pemandangan lain di bahagian belakangnya.
Seeloknya anda haruslah memakai pakaian lengan panjang dari menampakkan sebahagian tangan anda ketika mengambil gambar.
Ini kerana kadang kala di bawak terik matahari, pantulan kulit di tangan boleh menjadikan gambar over exposed atau lebihan cahaya sewaktu memegang ikan.
Sebolehnya ikan tersebut hendaklah dipegang betul-betul dekat dengan air. Barulah nampak background ikan menjadi lebih natural.
Ikan hendaklah dipegang secara lembut dan bukanlah keseluruhan badan ikan tersebut penuh dengan tangan anda.
Walaupun ikan tersebut bergerak dalam keadaan laju, anda haruslah peka bahawa untuk mengambil gambar subjek, tangan tidak boleh 60% memonopoli dalam gambar. Ia juga akan memberi impak seperti ikan tersebut seperti kena picit atau digenggam sekuat hati.
Untuk freeze titisan-titisan air sungai atau air terjun, hendaklah pemancing set kamera dengan kelajuan shutter 1:500 per saat.
Gambar yang terhasil akan membuatkan ia lebih menarik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh set kamera dengan kelajuan shutter perlahan 1:30 per saat.
Cuba kedua-dua jenis kelajuan. Ini akan memperlahankan air dan menjadikan gambar air sungai, air terjun lebih halus. Pantulan batu sungai juga akan menampakkan ikan anda menjadi lebih cantik.