Sebagai pemancing yang LAPARKAN strike, kita sanggup melakukan apa saja tindakan yang tidak wajar seperti memindahkan spesies ikan terlarang ke perairan tempatan.

 

Kita sama sekali tidak menghiraukan nasib individu lain yang KELAPARAN gara-gara perbuatan kita tersebut. Kejadian di Timah Tasoh ini jelas membuktikan natijah dari perbuatan tangan hitam kita.

 

Menurut Bernama, kehadiran ikan pemangsa, spesies peacock bass atau ikan raja yang membiak secara tidak terkawal di Empangan Timah Tasoh mengundang

keresahan dalam kalangan nelayan darat di sini apabila hasil tangkapan ikan semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

 

Pengerusi Nelayan Timah Tasoh, Azhar Abd Aziz berkata, kehadiran ikan asing itu telah menyebabkan jumlah ikan tempatan semakin berkurangan apabila ikan itu menjadikan ikan kecil spesies tempatan sebagai sumber makanannya.

IKLAN

 

Timah Tasoh Dilanggar Peacock Bass!

“Ikan yang berasal dari Amerika Selatan itu bukan hanya cepat membiak tetapi bertindak ‘kejam’ memakan anak ikan dan ikan kecil spesies tempatan seterusnya

mengancam pembiakan ikan tempatan seperti ikan talapia, baung dan lampan yang menjadi punca pendapatan nelayan darat di sini,” katanya.

 

Azhar, 31, berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Negeri Perlis kerana peka dengan masalah ini apabila menggalakkan

IKLAN

orang ramai yang datang ke sini untuk memancing ikan raja agar populasinya berkurang sekaligus membantu memelihara spesies ikan tempatan.

 

Katanya, dia berharap orang ramai tidak melepaskan ikan asing ke sungai atau tasik kerana ianya bukan hanya menjejaskan spesies ikan tempatan tetapi turut memberi kesan kepada ‘periuk nasi’ (punca pendapatan) nelayan darat.

 

Terdapat 60 nelayan mencari pendapatan dengan menangkap ikan di sini di samping mengusahakan perusahaan ikan pekasam.

IKLAN

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Perlis, Ismail Ibrahim berkata, pihaknya melarang mana-mana individu membuang apa sahaja jenis ikan ke

dalam kawasan empangan bagi mengelakkan gangguan terhadap populasi ikan spesies tempatan.

 

Timah Tasoh Dilanggar Peacock Bass!

 

Beliau berkata, pemantauan sentiasa dijalankan oleh pihaknya bagi memastikan orang ramai agar tidak bertindak sesuka hati melepaskan ikan asing ke empangan.

 

“Antara usaha yang kita lakukan adalah menggalakkan orang ramai datang ke sini, memancing ikan itu selain menyediakan papan tanda melarang pembuangan ikan asing di Santuari Ikan Air Tawar di Empangan Timah Tasoh,” katanya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI