Tenggiri atau nama Inggerisnya Spanish mackarel serta narrow-barred Spanish mackarel merupakan spesies ikan air masin yang cukup popular bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. Spesies dengan nama binomialnya Scomberomorus commerson merupakan ikan mackarel dalam keluarga Scombridae. Spesies ini boleh ditemui dalam lapangan yang luas berpusat di Asia Tenggara, merangkumi barat dan pantai timur Afrika. Spesies ini juga bertaburan di Timur Tengah di utara Lautan Hindi sehingga ke barat daya Lautan Pasifik. Spesies S. commerson ini juga cenderung untuk berenang di kawasan pesisir dan juga laut lepas di kawasan yang mempunyai sistem terumbu karang atau berstruktur sedikit berbatu. Kawasan kedalaman air sekitar 10 hingga 50 meter merupakan habitat pilihan bagi spesies pemangsa ini.

Tenggiri 101 – Kenali Spesies Bergigi Tajam

Dalam perspektif morfologi, spesies yang turut dikenali dengan nama Spaniards (merujuk kepada nama Spanish mackarel) oleh pemancing global ini boleh dikenal pasti melalui bentuk badannya. Bentuk badannya berbentuk tipikal bagi ikan mackarel di mana badannya agak panjang dan berbentuk torpedo serta mempunyai garisan hitam berbentuk bar dari atas badan hingga ke bahagian abdomen. Warna badannya pula ialah hijau kebiruan dan bahagian abdomen lebih kepada tona warna putih keperakan. Spanish mackarel memiliki barisan gigi yang cukup kuat dan tajam. Gigi ini merupakan senjata utamanya selain daripada ketangkasan dan kekuatan renangannya.

Ads

Tenggiri 101 – Kenali Spesies Bergigi Tajam

Tenggiri atau spesies mackarel ini turut dikenali sebagai spesies ikan epipelagic serta spesies neritik yang merupakan spesies migrasi mengharungi garisan renangan yang panjang. Begitu pun terdapat juga kalangan ikan ini yang menjadi residen tetap kepada sesebuah lokasi. Bergantung kepada suhu sesuatu kawasan, musim mengawan bagi spesies ini agak bervariasi. Di Timur Afrika, lazimnya berlaku pada bulan Oktober hingga Julai, Disember hingga Februari di sekitar Madagascar dan Mei hingga Julai di kawasan Madras (Chako, Thomas & Pillay, 1968). Menurut dapatan daripada Lewis, Smith & Keaney, 1974, musim mengawan bagi mackarel di kepulauan Taiwan an New Guinea pula sekitar Julai hingga Disember.

Ads

Seperti kebanyakan spesies dalam genus ini, S. commerson menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai diet utama. Ikan seperti sardin, spesies carangidae yang lebih kecil serta udang turut menjadi antara mangsa yang diburunya. Tenggiri memburu mangsanya sepanjang hari, tidak kira pada waktu siang atau malam.

Ads

Tenggiri 101 – Kenali Spesies Bergigi Tajam

Spaniards yang tangkas ini mampu membesar sehingga 50 kilogram dan mencapai panjang maksimum sekitar dua meter. Begitu pun saiz tipikal bagi tenggiri ialah sekitar lima hingga sepuluh kilogram di kebanyakan tempat dan jika terdapat saiz melebihi 25 kilogram, spesimen tersebut dianggap sebagai saiz mega. Kebiasaannya, tumbesar panjang badan bagi Spanish mackarel yang besar akan terhenti apabila berat mencapai sekitar 25 kilogram. Sebaliknya tumbesaran akan beralih kepada bahagian saiz badannya di mana akan menjadi lebih tebal dan tegap menyerupai spesies dog tooth tuna atau aya budak. Spesimen begini dikatakan memberikan kepuasan total kepada pemancing dalam pertarungan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI