Kali ini saya akan merungkai sedikit teknik menguraikan semula tali yang kusut akibat dari setting’ timbangan lure’ yang tidak tepat atau balingan yang tidak sempurna.
Sebenarnya kekusutan tali tersebut adalah perkara biasa bagi pemancing yang baru menggunakannya. Ia bukanlah satu masalah besar kerana tali tersebut kusut kerana gelendong memuntahkan talinya tanpa henti secara mengejut dan ia boleh diuraikan dengan sekali menarik tali utama dan menguraikan tali yang bertindih.
Ads
Ads
Sebenarnya tali yang keluar secara mengejut itu bertindih antara satu sama lain dan tali tersebut perlu diuraikan dengan menggunakan alat cangkuk yang tajam bagi menarik tali yang bertindih tadi.
Ads
Tarik tali utama sehingga tegang gunakan jarum gelung pisau lipat multipurpose. Kenal pasti tali yang bertindih dan tarik tali tersebut sehingga longgar. Tarik semula mainline tadi sehingga tali bertindih tadi terkeluar dan keadaan spool seperti sediakala.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya ada satu persoalan yang memeningkan kepala. Sebagaimana yang kita tahu ikan siakap boleh dipancing di kawasan muara. Namun, ketika musim tengkujuh lubuk-lubuk siakap di muara menjadi kosong. Ke mana siakap pergi?
JAWAPAN:
Soalan yang kedengaran mudah tetapi sulit untuk dihurai jawapannya. Memandangkan admin bukanlah pemburu siakap tegar, yang sentiasa memantau pergerakan siakap tanpa mengira musim, sudah tentu admin tidak dapat menyatakan di mana siakap menyorok pada musim tengkujuh.
Namun untuk tidak menghampakan, admin jelaslah serba sedikit berkaitan dengan habitat dan tabiatnya. Dalam keadaan semulajadi ikan siakap lazimnya akan mendiami sungai dan air laut.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya sendiri) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik dan cacing. Kajian juga mendapati bahawa ikan siakap muda akan makan zooplankton (hidupan halus dalam air).
Ikan ini merupakan jenis katadromous yang tinggal di sungai dan menyusur sungai dan ke kuala dan lembah takungan banjir bagi proses bertelur. Selalunya pada permulaan musim hujan ikan jantan menyusur ke hilir bagi bertemu ikan betina dan seterusnya akan bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor).
Ikan dewasa lazimnya tidak menjaga telur atau anaknya yang memerlukan air payau untuk terus hidup dan membesar. Ikan ini adalah jenis dikatakan ‘hermaphroditik turutan’ di mana kebanyakan ikan matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan dengan itu kebanyakan ikan siakap besar adalah betina.
Oleh yang demikian, untuk memburu ikan siakap pada musim tengkujuh, mungkin anda perlu menyusur lebih jauh ke kawasan air payau yang menjadi lokasi ia bertelur.
Ikan hiasan air masin ini memiliki bentuk dan corak bergaris hampir menyerupai sayap kupu-kupu oleh karena itu dinamakan Butterfly Fish. Ikan ini sangat mudah untuk dipelihara, oleh yang demikian ia sangat dicadangkan bagi sesiapa saja yang ingin memelihara ikan hiasan air masin.
Dottyback
Ikan hiasan air masin jenis dottyback adalah ikan yang tinggal di perairan tropika dan subtropika Indo Pasifik yang terkenal memiliki terumbu karang melimpah. Oleh kerana itu ia tidak sukar untuk dipelihara sesuai dengan suhu negara kita.
Clown Fish
Jenis ikan hiasan air masin bernama Clown Fish atau biasa disebut Ikan Badut ini pasti sudah sering dilihat karena merupakan pameran utama dalam filem Finding Nemo. Untuk penjagaan ikan ini sangat mudah, apa yang diperlukan ialah terumbu karang di akuarium agar mereka terasa nyaman.
Yellow Tang
Yellow tang merupakan jenis ikan hiasan air masin mudah dipelihara dan sesuai bagi pemula (newbies) yang ingin memelihara ikan hiasan air masin. Ikan hiasan air masin Yellow Tang merupakan jenis paling aktif bergerak dalam keluarga Tang.
Blue Tang
Paracanthurus hepatus merupakan nama ilmiah dari ikan hiasan air masin blue tang. Blue tang juga dikenali dengan nama botana. Ikan botana juga terkenal sebagai karakter ikan bernama `Dory’ dalam film “Finding Nemo”. Anda juga boleh menyampurkan blue tang dengan clown fish dalam satu akuarium.
Doctor Fish
Sesuai dengan namanya, ikan air masin satu ini bermanfaat untuk membantu menyembuhkan ikan hiasan air masin lain yang diserang fungus di akuarium milik anda. Dengan warna yang cukup menarik, ikan hiasan air masin satu ini terkenal ramah dengan ikan lainnya sehingga serasi untuk dipelihara oleh sesiapa saja.
Blue Devil
Ikan Blue Devil yang memiliki nama ilmiah Paraplesiops Bleeker adalah pilihan ikan hiasan air masin lainnya yang boleh jadi pilihan untuk hiasan akuarium air masin yang ada di rumah. Warna kebiruan dengan corak berbintik putih menjadi daya tarik utama.
Meskipun mudah dipelihara, ikan hiasan satu ini lebih baik dipelihara di akuarium berukuran besar dengan banyak ornamen karang karena habitat asli ikan ini adalah berada di dasar berkarang.
Mandarin Fish
Ia sering mendapat nama jolokan `Naga Cina’, Mandarin Fish merupakan salah satu spesies ikan hiasan air masin yang popular dengan kecantikan warnanya. Ikan air masin ini juga memiliki fizikal kuat dan memiliki daya tahan yang baik.
Namun, Mandarin Fish memerlukan makanan hidup sehingga bagi anda yang ingin memelihara ikan masin ini harus memiliki perhatian ekstra dalam soal makanan.
Firefish
Ikan hiasan akuarium air masin terkenal dengan sifatnya yang aktif dan lincah. Tubuhnya yang kecil molek dengan warna yang cukup mencolok menjadikannya ia lebih bernilai. Sifatnya yang tidak konfrontatif juga membuatnya boleh dicampur dengan pelbagai ikan hiasan air masin yang lain. Firefish memakan alga dan juga zooplankton, sehingga membuatnya menjadi salah satu ikan hiasan air masin yang mudah dipelihara.
Cara menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan dengan menggunakan air cucian beras sama kaedahnya dengan susu. Rendam ikan haruan dalam air beras sekitar 15 minit, namun jika bau hanyir yang masih terasa maka anda perlu merendamnya lebih lama lagi.
Dari dulu hingga sekarang susu dari dulu sampai sekarang digunakan manusia yang dapat diolah menjadi pelbagai jenis makanan atau minuman yang sangat lazat. Teryata susu juga dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar khususnya ikan haruan.
Cara penggunaan susu untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan adalah dengan merendam ketulan ikan haruan yang akan dimasak ke dalam larutan susu segar atau susu UHT.
Untuk mendapatkan hasil yang optimal, rendam ikan haruan sekitar 10 menit atau sampai bau hanyir pada ikan haruan mulai pudar.
Anda boleh gunakan beberapa biji limau nipis dengan membelahnya menjadi dua kemudian perah limau nipis tadi ke atas beberapa ikan yang akan dimasak.
Sapukan perahan limau nipis dengan sekata agar bau hanyir ikan menghilang. Tunggu beberapa minit dan cuci ikan agar hilang perahan limau nipis hilang. Setelah itu gosok badan ikan dengan daun limau nipis.
Daun limau nipis memiliki aroma yang wangi menyegarkan, wangi ini dapat kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan.
Bahan selanjutnya yang wajib anda cuba adalah cuka makan. Cara penggunaan cuka sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah.
Hal yang harus dipersiapkan terlebih dahulu adalah siapkan ikan air tawar berupa ikan haruan yang sudah dibersihkan. Letak ikan ke dalam ekas dan kemudian titiskan cuka dengan sekata pada seluruh bahagian ikan agar bau hanyir dapat segera hilang.
Tunggu beberapa minit dan cuci ikan untuk membersihkan cuka yang masih melekat.
Banyak khasiat dan manfaat asam Jawa yang patut kita banggakan, salah satunya adalah dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan.
Caranya sangat mudah dan praktikal, kita hanya perlu larutkan beberapa butir asam Jawa ke dalam air kemudian air larutan tadi kita gunakan untuk merendam ikan yang akan kita hilangkan bau hanyir.
Halia juga boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar mahupun ikan air masin.
Selain murah halia juga mudah didapati, penggunaan halia untuk menghilangkan bau hanyir adalah dengan menghaluskan beberapa ketul halia dengan menggunakan blender atau menggunakan lesung batu.
Setelah halus sapukan secara sekata pada bahagian ikan sampai perut bahagian dalamnya. Tunggu beberapa minit dan ikan siap dimasak.
Cara menggunakan kunyit sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah dan efisien. Caranya haluskan terlebih dahulu kemudian oleskan dan taburkan secara merata. Tunggu beberapa minit dan ikan siap diolah menjadi hidangan yang lazat dan untuk dinikmati.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...