Bermula hari ini, kebanyakan umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa. Namun, bagi sesetengah negara yang mana permulaan puasa ditentukan dengan pengiraan astronomi sebagaimana di Amerika Syarikat, mereka sudah pun berpuasa mulai 16 Mei (kelmarin).
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Begitupun, perbezaan geografi dan jarak kedudukan dengan garis waktu membuatkan tempoh berpuasa itu berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain.
Di Malaysia, jangka masa berpuasa adalah lebih kurang selama 13 jam 52 minit. Begitu juga den Negara-negara yang berada dalam tempoh berpuasa yang sama adalah seperti Singapura, Indonesia dan Afrika Selatan. Sementara di Papua New Guinea sekitar 13 jam 11 minit sahaja.
Ads
Namun tahukah korang ada negara yang waktu siangnya lebih panjang dan apa pula yang lebih pendek? Berikut merupakan tiga negara yang tempoh puasanya paling panjang dan tiga negara yang tempoh puasanya paling pendek:
Ads
Tempoh puasa paling panjang:
1. Iceland 21 jam 51 minit (imsak 1.56 am, iftar 11.47 pm)
2. Norway 20 jam 20 minit (imsak 2.09 am, iftar 10.29 pm)
3. Russia 19 jam 33 minit (imsak 1.35 am, imsak 9.08 pm)
Ads
Tempoh puasa paling pendek:
1. Argentina 11 jam 8 minit (imsak 6.08 am, iftar 5.56 pm)
2. New Zealand 11 jam 21 minit (imsak 5.44 am, iftar 5.05 pm)
3. Australia 11 jam 46 minit (imsak 5.18 am, iftar 5.04 pm)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untungnya pemancing ialah dapat menghasilkan juadah makan-makan dari sumber yang segar. Contohnya macam ikan siakap.
Hanya pemancing yang dapat merasai siakap liar yang jauh bezanya rasanya dengan siakap ternak. Apatah lagi kalau dibuat masak 3 rasa.
Bahan-bahan Ikan:
1 ekor ikan siakap (anggaran 800 grm) – dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
Tepung jagung – untuk dilumur pada ikan.
Minyak – untuk menggoreng
Bahan-Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih (diketuk)
5-8 tangkai cili padi (diketuk)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (diketuk)
Bahan-Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu besar sos tiram
Bahan-bahan tambahan:
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggala (dipotong dadu)
3 helai daun limau purut
Daun sup / saderi (jika suka)
Cara-Cara Menghasilkannya:
Ikan dibersihkan dan lumur dengan garam dan kunyit. Perap untuk seketika. Kemudian lumur tepung jagung pada seluruh bahagian ikan.
Tuang minyak yang banyak ke kuali untuk menggoreng. Setelah minyak panas masukkan ikan goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak di kuali yang lain dan tumis bawang putih, halia, cili besar, dan serai. Setelah bawang putih kekuningan masukan bahan-bahan sos dan limau purut dan kacau sebentar.
Akhir sekali, dimasukkan bahan-bahan tambahan dan masukkan sedikit air, tambah garam, gula dan bahan perasa.Biarkan kuah mendidih seketika sehingga kuah agak pekat angkat dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Ikan siakap merupakan spesies gamefish yang menjadi buruan ramai pemancing terutamanya kaki casting. Namun untuk berjaya dapat strike bukanlah mudah. Di sini kami sediakan beberapa pendedahan berguna untuk korang mengenal lebih mendalam perihal siakap.
Dipercayai ikan siakap akan mudik hulu sungai dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun dan akan menjadikan muara sungai sebagai tempat persinggahan. Pada masa ini ramai nelayan dan pemancing akan tertumpu ke muara sungai untuk memburu siakap. Lazimnya ikan siakap ini mematuk pancing pada awal pagi atau lebih dikenali sebagai kepala pasang oleh para nelayan.
Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.
Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut. Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.
Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati. Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.
Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya. Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.
Sebagai pemancing dan lelaki yang mementingkan status kelelakian anda, adalah sangat penting untuk korang jadikan ikan puyu sebagai menu utama. Nak tau kenapa… ini dia sebabnya.
Presiden Persatuan Usahawan Penternak Puyu Kelantan (Pupuk), Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, ikan puyu digunakan secara meluas di Indonesia untuk merawat dua penyakit yang sering dihidapi manusia.
Menurutnya, spesies ikan darat atau air tawar itu dikatakan mampu mengatasi masalah osteoporosies atau tulang reput selain mengatasi masalah LEMAH TENAGA BATIN LELAKI.
“Di negara jiran itu mereka memproses tulang ikan puyu menjadi serbuk sebelum dibuat kapsul kerana dikatakan tulang puyu mampu menguatkan tulang dan merawat masalah tenaga batin lemah,” katanya.
Mohd Izzat berkata, khasiat tersebut membuatkan ikan puyu mendapat permintaan tinggi selain popular sebagai makanan eksotik termasuk di negara ini.
Menurutnya, menyedari potensi besar dalam industri ikan puyu telah mendorong pelbagai pihak mula menternak ikan puyu secara komersil.
“Di negara ini, ikan puyu lebih popular sebagai makanan eksotik yang diproses dengan pelbagai cara termasuk pekasam,” katanya ketika ditemui di rumah seorang penternak ikan puyu, Ridzuwan Mustafa, 50, di Kampung Keluang.
Mohd Izzat memberitahu lagi, sehubungan itu persatuan menggalakkan orang ramai yang berminat agar menceburi bidang penternakan ikan puyu kerana ia memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius.
Menurutnya, pihaknya mengesyorkan penternak memelihara ikan puyu baka Chumphon 1 yang diimport dari Thailand kerana baka jenis ini mempunyai rasa dagingnya yang lebih manis dan lemak.
“Spesies ini juga boleh mencapai saiz melebihi 3 kg seekor selain tempoh masanya yang lebih singkat untuk membesar berbanding ikan puyu tempatan,” kata graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini.
Ujar beliau, penternakan ikan puyu baka Thailand semakin menjadi pilihan kerana penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian serius termasuk tidak cerewet dari aspek pemakanan.
Ridzuwan bercita-cita menjadi penternak ikan puyu yang berjaya dan dapat membekalkan ikan untuk pasaran tempatan.
Menurutnya, di negara ini ikan puyu boleh dipasarkan secara hidup, pekasam, ikan kering, sejuk beku dan umpan hidup (umpan pancing).
“Ikan spesies ini boleh dipasarkan seawal sebulan iaitu setelah mencapai ukuran 5.08 sentimeter (2 inci) panjang bagi tujuan umpan hidup yang dijual dengan harga sekitar RM1 seekor.
“Harga ikan puyu hidup semasa di pasaran dari baka ini mencecah RM20.00 sekilogram manakala harga benihnya adalah 30 sen seekor,” katanya yang turut membekalkan benih ikan ini untuk penternak dari Kelantan dan Terengganu.
Mohd Izzat berkata, pihaknya sedang menggiatkan usaha menambah bilangan penternak ikan itu di negeri khususnya di daerah Besut daripada 30 orang sekarang kepada bilangan lebih besar memandangkan bekalan ikan puyu tidak dapat memenuhi permintaan pasaran,
Sementara itu salah seorang penternak, Ridzuwan berkata, dia mula berjinak dalam ternakan ikan puyu pada Mac lalu sebanyak 3,000 ekor selepas mengetahui potensi ternakan ini yang sangat besar.
Menurutnya, dia membela ikan tersebut dalam dua kolam buatan dan satu kolam tanah di halaman rumah.
“Saya merancang untuk membesarkan perusahaan saya namun berharap agensi berkaitan atau kerajaan dapat membantu penternak sepertinya untuk memajukan lagi dalam bidang ini,” katanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...